Georges Leopold Cuvier lahir pada 23 august 1769 di kota kecil Montbeliard yang berbahasa Perancis di daerah Wurttemberg, tidak jauh dari Perancis. Dia adalah anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Ayahnya pula adalah seorang askar di sebuah kem ketenteraan dan keluarganya adalah penganut agama Kristen Lutheran yang sangat taat. Manakala kakaknya pula meninggal setibanya beliau dilahirkan.
Georges mula – mula dididik di rumah oleh ibunya. Minatnya terhadap zoology dan botani telah Nampak sejak dari awal. Sejak dari 1784 sehinggalah 1788, dia telah melanjutkan pendidikannya di Acedemi Caroline di Stuttgart iaitu sebuah sekolah yang didirikan oleh bangsawan Wurttemberg untuk mendidik anak-anak muda yang kelak mengisi jabatan pentadbiran dalam pemerintahan.
Oleh kerana tiada jawatan kosong yang terdapat di jabatan pentadbiran di sana ketika Cuvier lulus dan tamat pengajiannya maka beliau pun pergi ke Perancis dan menjadi tutor dalam sebuah keluarga bangsawan yang terletak di Protestan iaitu di Normandia. Kemudian, beliau bekerja pula sebagai pegawai pemerintahan di sebuah kota kecil. Selama tujuh tahun di Normandia, Cuvier memanfaatkan waktu lapang beliau dengan mempelajari tanaman dan haiwan yang ada di sekitarnya terutama sekali haiwan yang tidak bertulang belakang yang terdapat di persisiran pantai.
Pada tahun 1795, Cuvier bertemu pula dengan A.H. Tessier iaitu seorang ahli pertanian. Tessier mengakui akan bakat dan kemampuan yang dimiliki oleh Cuvier dan seterusnya mengusulkan pendapat agar Cuvier menjadi penolong guru besar dalam bidang anatomi perbandingan di Museum Nasional Sejarah Alam di Paris. Anatomi perbandingan pula meliputi kajian di bahagian-bahagian tubuh badan haiwan dan juga manusia serta fungsi, persamaan dan juga perbezaanya.
Sumbangan karya yang diberikan oleh Cuvier adalah peranannya mematapkan ilmu anatomi perbandingan dan juga palentologi. Palentologi pula adalah ilmu yang mempelajari fosil haiwan, manusia dan tumbuhan. Beliau juga memberikan sumbangan yang amat bermakna dalam proses penggolongan haiwan serta tumbuh-tumbuhan.
Selama Cuvier bekerja di Museum Sejarah Alam, beliau juga bekerjasama dengan Profesor Etienne Geoffroy Saint-Hilaire. Bermula dari situ kita dapat lihat bahawa pandangan Cuvier mengenai dunia haiwan amat berbeza sekali dengan pandangan yang dinyatakan oleh Geoffroy dan juga pakar biologi Prancis yang lain seperti Jean-Baptiste de Lamarck. Cuvier juga beranggapan bahawa ciri-ciri anatomi yang membezakan kelompok haiwan, membuktikan bahawa spesis tidak pernah berubah sejak masa kejadian.
Maksudnya disini, Cuvier percaya bahawa haiwan-haiwan diciptakan dalam kelompok yang berbeza dan tetap manakala bagi pendapat Lamarck dan juga Geoffroy adalah sebaliknya dimana kedua-dua tokoh tersebut mengatakan bahawa mereka mendukung gagasan bahwa semua haiwan dapat disusun dalam sebuat rantai besar makhluk dari yang paling sederhana sampai yang paling rumit sekali.
No comments:
Post a Comment