Sunday, 26 June 2016

HUBUNGAN TAMADUN BERDASARKAN MENGIKUT TIGA PERSPEKTIF

2.3 HUBUNGAN TAMADUN BERDASARKAN MENGIKUT TIGA PERSPEKTIF 

Umumnya setiap bangsa dan agama setuju tamadun merupakan pencapaian kemajuan dalam pelbagai bidang kehidupan masyarakat. Ia saling berkaitan antara satu sama lain, kerana ia melengkapi apa yang dikatakan sebagai tamadun. Tiga perspektif yang dikatakan adalah, hubungan diantara adalah :

i. Hubungan Tamadun dengan Agama
ii. Hubungan Tamadun Dengan Budaya
iii. Hubungan Tamadun Dengan Bangsa

2.3.1 Hubungan  Tamadun dan Agama

Agama adalah satu aspek yang tidak boleh diabaikan dalam kajian ketamadunan. Fenomena agama penting difahami kerana ia merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia. Berasaskan fahaman sekular agama melibatkan kepercayaan terhadap sesuatu yang bergantung kepada benda yang telah berlaku (beyond). Manakala tamadun merujuk kepada suatu tingkat pencapaian daripada sesi pembangunan sosial, keadaan mayarakat yang peradaban atau bertamadun. Ianya bermaksud suatu masyarakat yang mencapai tahap maju dalam bidang sosial, seni dan sains sehingga membentuk sesebuah budaya seterusnya diaplikasikan dalam kelompok tertentu.

Bagi menghuraikan hubungan antara tamadun dengan agama, ia adalah suatu pendekatan yang bersifat kefalsafahan yang diperlukan. Ia harus saling berkaitan dengan konsep manusia sebagai agen tamadun. Oleh kerana tamadun dibina atas acuan dan latar budaya masyarakat yang tertentu maka faktor keagamaan atau sistem kepercayaan sesuatu masyarakat itu tidak dapat diketepikan, malah ianya menjadi faktor penentu. Hal ini dapat dibuktikan melalui sejarah tamadun-tamadun besar dunia. Tamadun-tamadun dunia yang pernah muncul seperti Aztec, Sumeria/Babylonia, Mesir Purba, China, Indus-Ganges misalnya mempunyai tradisi sistem kepercayaan yang mendominasi malah menentukan imej tamadun tersebut.

Malah, amalan mulia dan bermoral tinggi merupakan perkara penting dalam kehidupan bertamadun. Pembinaan sifat tersebut pada diri seseorang berkait rapat dengan kepercayaan beragama dalam kehidupan seorang manusia. Agama berperanan membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta perilaku tindakan mereka dalam kehidupan. Daripada bukti tamadun-tamadun silam, ia dapat dilihat bagaimana agama mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan tamadun. Bukti-bukti peninggalan dan barangan tamadun-tamadun silam yang dapat dilihat sehingga ke hari ini menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama.
Umumnya, Para sarjana Islam dalam bidang ini pula telah membuat penegasan tentang kedudukan, peranan serta pengaruh Islam sebagai pemangkin kebangunan tamadun Islam. Muhammad Abduh misalnya dalam Tafsir al-Quran telah membuat suatu generalisasi bahawa semua  tamadun (madaniyyat) dibangunkan di atas asas agama. Manakala Ali Shariati pula menekan persoalan peranan Islam sebagai faktor utama dalam proses kebangunan Tamadun Islam.

2.3.2 Hubungan Tamadun dan Budaya

Tamadun dan budaya mempunyai perhubungan yang rapat kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun. Budaya kehidupan sesebuah mesyarakat merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaran mereka dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Masyarakat yang berbudaya tinggi sudah pasti mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri- ciri  kehidupan bertamadun. Tetapi, tamadun berbeza daripada budaya sekiranya dilihat dari dua keadaan berikut:

  I. Pengaruh dan pengakhiran tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh dan pengakhiran  budaya. Dengan erti kata lain sesuatu natijah budaya yang kekal lama dalam sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun. Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu natijah tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka telah jauh berbeza daripada keadaan silam. Cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan pula merupakan natijah budaya kerana telah mengalami banyak perubahan dalam tempoh seratus tahun ini.
II. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di rantau Melayu berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab sungguhpun mereka berada di bawah naungan ketamadunan Islam.
Secara kesimpulannya, hubungan antara tamadun dan budaya

2.3.3 Hubungan Tamadun dan Bangsa

Hubungan antara tamadun dengan bangsa tidaklah begitu ketara sekalipun terdapat beberapa tamadun yang sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa seperti tamadun Cina dan tamadun India. Lazimnya sesuatu bangsa mempunyai pertalian yang rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu. Manakala tamadun pula bersifat universal melintasi sempadan geografi yang secara langsung melampaui batasan bangsa dan kebangsaan. Terdapat tamadun yang dibangun dan dimiliki oleh lebih daripada satu bangsa atau kaum seperti tamadun Barat yang mengandungi beberapa bangsa atau kaum di Eropah dan Amerika Utara. 

Manakala Tamadun Islam telah membangun dan berkembang dengan di latari oleh pelbagai budaya dan bangsa. Secara teorinya, tamadun dan bangsa mempunyai kaitan walaupun selalunya tamadun melampaui batasan kebangsaan. Namun demikian imej sesuatu tamadun itu banyak ditentukan oleh bangsa yang menerajui tamadun itu. Sebagai contoh yang dekat ialah tamadun Islam yang berkembang di Alam Melayu yang memperlihatkan imej dan, pada waktu yang sama meletakkan Islam sebagai asas sistem nilai dan landasannya.











No comments:

Post a Comment