PERKEMBANGAN TASSAWUR
Tassawur islam berkembang melalui cara yang sama dengan cara berdakwah yang telah di terapkan dalam agama islam itu sendiri. Dengan kata lain perkembangan tassawur islam ini juga boleh dikatakan dakwah islamiyah, iaitu mengajar serta memperingatkan semula kepada semua umat manusia tentang islam. Ini berlaku kerana manusia kini sudah alpa dengan agamanya, iaitu mengangap agama itu adalah perkara biasa. Salah satu sebab perkara ini sudah terjadi, kerana mereka hanya mengamalkan proses islam baka. Islam baka ini adalah islam hanya pada keturunan sahaja, sedangkan mana-mana umat islam perlu menguatkan iman mereka dengan pelbagai cara, proses ini adalah cara yang tidak bersesuaian dengan apa yang berlaku pada zaman kita. Walhal, kita perlu mencari dan mengkaji tentang agama islam sehingga akhir hayat seseorang, kenapa kita perlu melakukan ini, ia atas sebab kita dijadikan makhluk di muka ini sebagai khalifah. Apabila kita berada di zaman rasulullah ,apa-apa masalah kita boleh merujuk kepada baginda terus. Selepas kewafatan baginda kita boleh bertanya kepada para sahabat Rasulullah S.A.W. iaitu Saidina Abu Bakar , Saidina Umar, Saidina Usman, dan Saidina Ali.
Keempat-empat sahabat adalah boleh dijadikan sumber pertanyaan yang tepat selepas Rasulullah wafat. Saidina Abu Bakar al-Siddiq merupakan khalifah Al-Rashidin yang pertama. Beliau meneruskan system pengurusn negara sepertimana yang dipraktikkan oleh Rasulullah S.A.W. Khalifah berperanan sebagai ketua agama dan ketua negara (pengurusan dan pentadbiran). Saidina Umar al-Khattab dilantik sebagai ketua hakim dan pengagihan zakat. Selain daripada itu, Saidina Umar juga turut mengasingkan di antara kuasa kehakiman daripada kuasa pentadbiran dan pengurusan. Bagi Saidina Umar al-Khattab menggantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah al-Rashidin yang kedua. Beliau mengubah corak pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran daripada system yang dilaksanakan oleh Saidina Abu Bakar. Pengubahsuaian ini dilakukan bagi memudahkan lagi pengurusan dan pentadbiran negara sesuai dengan perkembangan kekuasaan negara islam dan pertambahan umat islam serta masalah dan kemaslahatan negara. Namun begitu, dasar yang digariskan itu tidak lari daripada menegakkan keadilan, kekuasaan dan pemerintahan mengikut syariah islamiah. Saidina Umar tetap mengekalkan konsep syura sebagai asas kepada pentadbiran dan pengurusan negara.
Seterusnya di sambung oleh Saidina Uthman al-Affan setelah Saidina Umar al-Khattab meninggal dunia, tampuk pemerintahan negara islam dipegang oleh Saidina Uthman al-Affan sebagai khalifah al-Rasyidin yang ketiga. Beliau mengambil langkah mengekalkan semua gabenor dan sebilangan besar pegawai tinggi kerajaan yang dilantik oleh Saidina Umar. Beliau juga meneruskan system pentadbiran dan pengurusan seperti yang diamalkan oleh Saidina Umar di samping terus mementingkan system syura seperti yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan dua orang Khalifah sebelumnya. Jasa besar Saidina Uthman ialah dialah yang melengkapkan penyusunan Al-Quran dan Al-Quran dinamakan Resam Uthmani. Khulafa yang keempat adalah sepupu baginda Rasulullah SAW iaitu Saidina Ali Abi Talib. Beliau merupakam Khalifah yang terakhir dan dalam melaksanakan sistem pentadbiran dan pengurusan negara , beliau mengikuti jejak langkah semua khalifah yang sebelumnya. Gabenor diberikan kuasa mutlak untuk mentadbir dan mengurus wilayah masing-masing, tetapi dengan pengawasan yang rapi. Semua gabenor dan pegawai tinggi kerajaan digalakkan menjalani cara hidup yang sederhana. Mereka juga diminta menggunakan kebijaksanaan dan sifat lemah lembut dalam menyelesaikan maslaha orang ramai.
Tassawur islam semakin kembang dengan perubahan corak pemerintahan berubah daripada sistem khalifah kepada baiah kepada sistem monarki yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi berikutnya yang berlaku semasa zaman Bani Umaiyah. Dasar penerapan tasawwur pada masa ini bersifat kekeluargaan dan meminggirkan sistem syura.
Seterusnya, pada zaman Bani Abbasiah pula meneruskan cara warisan keluarga. Namun begitu, zaman ini penyerapan tassawur lebih mendalam berbanding zaman Bani Umaiyah. Terdapat sistem yang rasmi dan sistem kehakiman pula disusun lebih teratur atau diperkenankan lagi. Apabila zaman tabi’ tabi’in ia disambung dengan tabi’ tabi’ tabi’in dan sehingga lah zaman ulamak dan hingga ke moden. Pengurusan tasawwur di Zaman Moden di polopori oleh Jamaludin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Pada masa ini, pemikiran pengurusan islam lebih condong atau cenderung untuk mengembalikan semula kegemilangan umat dan dunia islam yang agak suram kerana kesan imprealimse Barat yang menjajah sebahagian besar daripada negara islam. Penerapan tasawwur di zaman moden yang agak terkenal ialah Mu’in al-Din, Zahid Ali, Jurji Zaidan, S. Khuda Bukhsh, s.M. Imanuddin, Ali Nadwi dan Prof. Dr. Haron Din.
Objektif perkembangan tasawwur islam pada zaman moden ini ialah untuk menyingkap ketinggian sistem pengurusan islam yang pernah dilaksanakan sejak berabad-abad sebelumnya (di zaman kegemilangan umat islam), membersih, memperbaiki sistem berfikir dan cara hidup umat islam serta membuat pembaikan secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan umat yang telah terpengaruh dan terbelenggu di dalam pemikiran dan pengaruh penjajah barat. Tujuannya ialah untuk mengembalikan semula umat islam kepada jati diri yang unggul untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan kejayaan hidup di akhirat. Bermula dari wahyu Rasulullah SAW iaitu اقرا(baca) sehingga terjadi sebuah kitab suci Al-Quran agung yang menjadi segala rujukan dan panduan hidup di ikuti dengan Hadis. Setelah itu qiyas dan ijmak yang menjadi penyelesaian sesuatu masalah. Pemikiran pengurusan islam meliputi secara lengkap dan praktikal pada setiap etika dan tempat dalam segala bidang sama ada politik, pentadbiran, ekonomi dan kewangan, pendidikan, perundangan dan kehakiman, keselamatan dan ketenteraman serta dalam bidang sosial dan kemasyarakatan.
Secara umumnya dapat disimpulkan bahawa pengurusan tasawwur daripada segi teori dan praktiknya telah lama wujud sejak bermulanya tamadun manusia itu sendiri. Tasawwur islam meliputi dan mencakupi pelbagai bidang iaitu aspek politik, ekonomi, social, pendidikan, ketenteraan, perundangan dan sebagainya. Pada masa kini, sistem pengurusan Islam telah disusun lebih sistematik dengan wujudnya peradaban baru dalam ketamadunan kehidupan manusia.
Rujukan
Prof. Dr. Haron Din (1992) Cetakan pertama (Edisi Kedua) : HIZBI Sdn. Bhd.
Dr. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Dr. Ideris Endot, Anuar Puteh (2008) : Pusat Perkembangan Pendidikan : UKM Bangi
http://www.scribd.com/doc/52583066/Modul-Nota-Ringkas-Tasawwur-Islam#scribd
http://scholarsupportcolumn.blogspot.my/2012/05/ilmu-islam-dan-barat-satu-penelitian.html
No comments:
Post a Comment