HARTA MENGIKUT SYARIAT ISLAM
1.0 PENGENALAN
Harta merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan dimana manusia tidak akan terpisah darinya. Secara umum, harta merupakan sesuatu yang disukai manusia, seperti hasil pertanian, perak dan emas, ternak atau barang-barang lain yang termasuk perhiasan dunia.
Menurut Wahbah Zuhaili, Harta (maal) dari segi bahasa bererti apa saja yang dimiliki oleh manusia. Secara amnya harta dikenali sebagi sesuatu yang dimiliki oleh seseorang individu sama ada dalam bentuk manfaat. Manakala pengertian harta menurut istilah, Ulama Hanafi mendefinisikannya sebagai sesuatu yang diingini manusia dan boleh disimpan lama. Definisi ini berbeza dengan pentakrifan yang dikemukakan Syafi’i dan Hanbali yang berpendapat bahawa sesuatu itu dianggap harta jika ada nilai komersial padanya sama ada ia dalam bentuk barang atau manfaat dan boleh dikenakan ganti rugi sekiranya ia dicerobohi.
Harta yang dimiliki setiap individu selain didapatkan dan digunakan juga harus dijaga. Menjaga harta berhubungan dengan menjaga jiwa, kerana harta akan menjaga jiwa agar jauh dari bencana dan mengupayakan kesempurnaan kehormatan jiwa tersebut. Menjaga jiwa menuntut adanya perlindungan dari segala bentuk penganiayaan, baik pembunuhan, pemotongan anggota badan atau tindak tanduk melalui fizikal.
1.1 HARTA DARI PERSPEKTIF ISLAM
Takrifan ini membawa maksud bahawa untuk menentukan sesuatu itu
sebagai harta ianya memerlukan beberapa ciri, antaranya;
A. Ianya hendaklah mempunyai nilai, sama ada bentuk fizikal atau manfaat.
B. Ianya hendaklah sesuatu yang halal dan tidak najis menurut syarak.
C. Ianya hendaklah sesuatu yang boleh dimiliki. Jika sesuatu itu tidak boleh
dimiliki dan dikuasai seperti ikan yang masih di laut atau burung di udara,
maka ia tidak lagi dianggap sebagai harta.
1.1.1 PENGERTIAN HARTA DALAM AL-QUR’AN:
“Dijadikan indah dalam (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (surga)”. (QS. Ali Imron 3:14).
1.1.2 PENGERTIAN HARTA MENURUT AL-SUNNAH
Rasulullah Shallahu Alaihi Wassallam bersabda: “Sebaik-sebaiknya harta ialah yang berada pada orang salih”. (HR. Bukhari dan Muslim)
1.2 PENDAPAT HANAFIYAH
Menurut Hanafiyah, al-maal adalah segala sesuatu yang mungkin dimiliki, disimpan, dan dimanfaatkan. Pendapat ini mensyaratkan dua unsur yang harus terdapat dalam al-maal.
1.0 SOROTAN KAJIAN
Di dalam konsep harta di dalam syariah islam terbahagi beberapa pendapat yang penting berkenaan harta seperti contoh yang diterangkan oleh (K Iberahim 2004) di dalam artikalnya bertajuk undang-undang harta didalam perspektif islam, harta menjadi enakmen pada tahun 1999 yang terdiri daripada harta alih dan tak alih. Beliau menekan dan telah diklasifikasikan harta dalam beberapa bentuk iaitu salah satu adalah seperti wang simpanan, Di mana menceritakan tentang apabila berlaku kematian dan sedikit sebanyak proseduar yang telah dilakukan. Seterusnya harta penama yang dinyatakan adalah dalam salah satu konsep harta, ia merupakan proses untuk mengambil polisi insuran atau telah membuat simpanan atau caruman dalam institusi seperti KWSP . Seperti contoh bagi orang bukan islam sekiranya si mati menamakan penama ketika hidupnya, Penama tersebut akan mewarisi secara mutlak keseluruhan wang itu. Pembayaran ex-gratia merupakan salah satu bentuk ganti rugi atau pampasan yang bersifat percuma. Pembayaran ini tidak dikehendaki membuat sumbangan atau caruman terdahulu bagi melayakkan mendapat jumlah tersebut. Di dalam kes Wan Shariman Bin Suleiman dan Siti Nurhayati Binti Mohd hakim-hakim mahkamah rayuan syariah perseketuan telah mengetepikan keputusan dimana pembayaran ex-gratia merupakan harta pusaka bagi si mati.
Seterusnya, (E.Mediawati 2010) di dalam jurnal pengajian umum menerangkan berkenaan asas-asas bekenaan harta seperti dalil-dalil al-quran, hadith dan lain-lain lagi. Menurut Abdullah al-Mushlih dan Shalah ash-shawi harta terbahagi dan menjadi berbagai macam bergantung dengan orientasi pembahagiannya. Antaranya harta tetap adalah harta yang tidak mungkin dipindahkan seperti tanah dan yang melekat dengan tanah seperti bangunan dan harta yang boleh dipindah pindah dan dialihkan. Ini adalah diketegorikan di dalam klasifikasi harta.
Justeru, didalam artikel berkenaan agama dalam membuat perancangan harta. (A. Mahmood) mengulas tentang tuntutan mengembangkan harta di dalam islam, Seperti islam meletakkan harta sebagai salah satu keperluan bagi manusia. Bagi memenuhi dan merialisasikan kenyataan itu dengan baik adalah salah satu dengan sister pengurusan dan pentadbiran pekembangan harta itu sendiri agar dapat menghindar dari segala keburukan dan kemudaratan.
Seterusnya (B.Iv 2007) didalam analisa terhadap konsep kepemilikan harta dalam sistem ekonomi kapitalis dan islam. Di dalam konsep ini ia menerangkan tentang kepentingan individu dalam system ekonomi kapitalis di mana para pendukung mazhab ekonomi kapitalis menyatakan bahawa kebebasan ekonomi sangat bermaanfaat bagi masyarakat. Selain itu kelemahan yang ada di dalam system kapitalis dengan berbagai saingan yang tidak terbatas mengakibatkan banyak keburukan dalam masyarat apabila menganggu kapitalis kerja dan ekonomi. Hal ini demikian tindakan kapitalistik Adam Smith adalah satu tindakan yang mempunyai kemungkinan untuk mendapatkan keuntungan secara damai. Menurut Karl Mark system kapitalisme di inggeris pada abad XIX telah melahirkan kisah-kisah kesengsaraan hidup.
(M.Yahya M.Hussin & Fatimah Salwa A.Hadi 1985) di dalam Pasaran Modal Harta Islam Malaysia Mengembang atau Menguncup telah menerangkan tentang Negara Malaysia yang merupakan antara aktiviti modal islam (PMI) dan pasaran modal konvensional (PMK). Evolusi pasaran modal islam yang diwujudkan pada sekitar tahun 1995 yang melaksanakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan oleh perlbagai pakar dan tokoh-tokoh. Perkembangan amanah pelaburan hartanah islam yang inovatif dan produktif dianggap sebagai satu kejayaan dalam modal harta islam dikenali sebagai I-REIT. Sukuk dan perkembangan di Malaysia adalah satu yang strategik di Negara ASEAN kerana lengkap mempunyai ekosistem tadbir urus yang tersusun dan berlaku peningkatan sebanyak 16.4%
Konsep Kepemilikan dalam islam (M.Sularno ,2001) Hak milik menurut Ali Al-Khafifi adalah satu kekhususan untuk menguasai sesuatu yang mengesampingkan orang lain supaya mendapat maanfaat Ia juga memperhatikan ketentuan kepemilikan dalam islam sebab atau cara memperoleh kaedah agar difahami dengan lebih mudah. Nilai yang di bahagiakan untuk memperoleh pemilikan yakni antaranya seperti Ihrazul muhabat, Al-uqud dan Al-Khalafiyah. Implikasi juga disebut didalam kepemilikan dalam islam terhadap pengembangan ekonomi islam antaranya berlandaskan Al-quran dan Al-sunnah.
(Abdul Ghafar B Ismail, 2010) undang-undang islam dan kewangan menerangkan tentang kontrak-kontrak yang terdapat didalam islam, keuntungan dan kerugian dan semangat yang ada di dalam umat islam berkenaan dengan hubungan luar antara Negara-negara lain. Perkara yang menarik yang dibincangkan oleh penulis adalah berkenaan undang-undang yang sah di dalam islam antaranya adalah mudharib dan rabbul maal perlindungan kedua ini jarang didengar perbezaan yang terdapat pada kedua konsep ini berbeza dengan Negara-negara yang lain.
2.0 DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan borang kaji selidik tentang harta di dalam syariat islam terhadap pelajar diploma pentadbiran dan pembangunan islam semester enam
Soalan pertama menanyakan samada adakah mereka pernah mempelajari konsep berkenaan harta sebelum ini. 100% daripada pelajar dppi semester 6 menyatakan bahawa mereka pernah mempelajari tentang konsep harta sebelum ini .
Soalan kedua pula menyatakan pandangan mereka adakah harta penting bagi setiap individu. Mereka semua berpandangan bahawa harta penting bagi setiap individu dengan semua menjawab 100%. Terdapat beberapa penjelasan yang mereka berikan antaranya ialah kerana penting untuk masa depan mereka, untuk keselesaan hidup mereka dan juga untuk mengembangkan agama islam
Soalan ketiga bertanya tentang bagaimana mereka ingin mengekalkan harta yang mereka miliki sekarang. Pertama ialah melindungi atau kekalkan kekayaan mereka mengikut cara islam manakala kedua mengikut instrument pembahagian harta dan ketiga berbelanja mengikut hawa nafsu. 90% daripada mereka ingin melindungi atau mengekalkan harta mereka mengikut cara islam manakala 10% pula ingin mengekalkan harta mereka mengikut instrument pembahagian harta dan tiada yang ingin berbelanja mengikut hawa nafsu terhadap harta mereka.
Soalan keempat pula menanyakan kepada mereka sekiranya mereka diberi peluang untuk belajar tentang harta adakah mereka akan mempelajarinya. 100% dari pelajar sem6 dppi menjawab mereka ingin belajar lebih lagi tentang harta kerana pada pandangan mereka kita sebagai manusia perlu ada pengetahuan asas tentang harta supaya kita dapat menguruskan harta kita dengan baik serta menggunkan hartatersebut di jalan Allah supaya mendapat keredhaan Allah atas apa yang kita kerjakan atas muka bumi ini.
Soalan ke lima menyatakan tentang harta yang mana lebih di utamakan manusia samada harta alih atau harta tidak alih.terdapat 60% daripada pelajar – pelajar ini menyatakan bahawa manusia lebih mengutamakan harta alih iaitu benda yang bukan melekat pada bumi seperti duit, emas, kereta dan sebagainya. Manakala selebihnya terdapat 40% mengatakan bahawa manusia lebih mngutamakan harta tak alih yang lansung di pindahkan ataupun di alihkan dari bumi ini seperti tanah, bangunan dan juga pokok. Kesimpulannya manusia sekarang lebih mementingkan harta alih
Manakala soalan ke enam pula menanyakan samada adakah mereka pernah terfikir untuk memiliki harta alih seperti duit, emas , saham , kereta dan seangkatannya. Terdapat 60% menyatakan bahawa mereka terfikir untuk memiliki harta alih iaitu duit kerana duit mudah dibawa kemana sahaja yang digunaakan dalam urusan jual beli dalam kehidupan seharian manusia untuk meneruskan hidup. Manakala terdapat 20% menyatakan bahawa meraka ingin memiliki harta alih sepert emas kerana mempunyai susut nilai. Emas merupakan wang tunai kerana mudah di tunaikan kerana laku seluruh di seluruh dunia. Mereka berpendapat bahawa lebih baik menyimpan emas daripada menyimpan duit di bank. Nilai emas setiap hari semakin naik dalam jangka masa panjang. Manakala selebihnya 20% lagi menyatakan bahawa meraka ingin memiliki harta alih seperti kereta kerana senang di uruskan. Kereta pada masa kini menjadi keperluan untuk manusia kerana mempunyai banyak kegunaan untuk manusia yang boleh menjadi alat perhubungan yang menghubungkan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menggunakan kereta yang tidak mengambil masa begitu lama jika di bandingkan dengan berjalan kaki yang mengambil masa begitu lama untuk samapai ke destinasi yang ingin di tujui. Kesimpulannya manusia sekarang ingin memiliki wang atau duit kerana ia menjadi keutamaan mereka dalam hidup yang lebih memerlukan wang berbanding emas dan kereta yang di beli menggunakan wang.
Soalan ketujuh menanyakan adakah mereka akan membelanjakan harta mereka dijalan Allah. Secara keseluruhan sebanyak 100% menjawab ya untuk soalan ini bahawa mereka akan membelanjakan harta mereka di jalan Allah agar amalan mereka dapat diberkati Allah
Soalan kelapan pula menanyakan jika mereka ingin mengembangkan harta mereka, pelaburan manakah yang mereka lebih utamakan samada pelaburan islamik atau pelaburan konvensional. 100% dari mereka menyatakan bahawa mereka lebih mengutamakan pelaburan islamik jika mereka ingin mengembangkan harta mereka berbanding pelaburan konvensional kerana pelaburan islamik berlandaskan syarak berbanding pelaburan islamik yang lebih mengutamakan riba yang di larang dalam agama islam.
Soalan ke sembilan menyatakan tentang adakah mereka akan mewasiatkan harta mereka kepada baitulmal selepas mereka meninggal dunia. Terdapat 20% menjawab bahawa mereka akan mewasiatkan harta mereka kepada baitulmal selepas mereka meninggal dunia supaya dapat melakukan amal jarian yang mendapat pahala berterusan. Manakala 80% tidak akan mewasiatkan harta mereka kepada baitulmal selepas meninggal dunia tetapi akan mewasiatkan kepada keluarga mereka tanpa memberikan sebab. Di dini dapat dilihat bahawa pelajar – pelajar lebih mementingkan institusi kekeluargaan.
RUMUSAN
Harta merupakan suatu perkara yang amat penting dalam hidup manusia. Ia adalah teras dalam kehidupan dan juga sebagai sumber kekuatan sesebuah individu dan ummah sama ada dalam waktu berlakunya peperangan mahupun semasa damai. Manusia tidak berupaya untuk hidup dengan kehidupan yang selesa dan tidak mampu untuk mempertahankan diri dan menjaga kedaulatan tanah air yang diduduki melainkan jika mereka mempunyai harta. Harta tidak dapat dipisahkan dari manusia mahupun ummah. Allah SWT telah menerangkan dalam al-Quran betapa kasihnya manusia kepada harta dan mereka senantiasa berkeinginan untuk mendapatkannya sebagaimana mereka ghairah untuk mendapatkan perhiasan hidup yang lain. Harta adalah merupakan perkara yang sangat diperlukan dan sangat dikasihi oleh naluri semulajadi manusia. Menyedari kedudukan harta disisi manusia, maka Allah SWT telah mengariskan panduan dan tatacara yang jelas, baik dari segi mendapatkan dan membelanjakannya. Semuanya adalah bagi memastikan kesejahteraan hidup manusia di dunia dan di akhirat.
RUJUKAN
(Ahmad, 2006)Ahmad, Y. (2006). Konsep Harta Menurut Perspektif Undang-Undang Islam Dan Undang-Undang Sivil. Jurnal Pengajian Umum, 1–16 Pages.
Ahmed, A. (2010). Global financial crisis: an Islamic finance perspective. International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management, 3(4), 306–320. http://doi.org/10.1108/17538391011093252
Authors, F. (2010). Islamic law and finance. http://doi.org/10.1108/08288661011074954
Bank Negara Malaysia. (2013). Malaysia: World’s Islamic Finance Marketplace. Bank Negara Malaysia. http://doi.org/10.1002/9781118936863.ch18
Gdodp, O., Dpdodk, L. T. K., Kduwd, E. O., Gdq, E., Odlq, S., Pdqxvld, V., … Phqjdnxl, V. (2001). Konsep Pemilikan Dalam Islam. Konsep Pemilikan Dalam Islam, 216(556), 1–8. Retrieved from http://download.portalgaruda.org/article.php?article=8616&val=577
Hussin, M. Y. M., Muhammad, F., & Razak, A. A. (1985). Pasaran Modal Islam di Malaysia : Mengembang atau Menguncup ? Islamic Capital Market in Malaysia : Expanding or Shrinking ?, 2, 1–14.
Iv, B. A. B. (2007). Segala sesuatu untuk diri sendiri.”. Retrieved from http://library.walisongo.ac.id/digilib/files/disk1/7/jtptiain-gdl-s1-2004-tutiernawa-315-BAB+IV+2-5.pdf
Mahmood, A. M. (2009). Tuntutan Agama Dalam Membuat Perancangan Harta. Retrieved from http://e-muamalat.gov.my/sites/default/files/kertas_ilmiah/2010/04/TUNTUTAN_AGAMA_DALAM_MEMBUAT_PERANCANGAN_HARTA-EDIT.pdf
Maybank2u. (2015). Konsep Pengurusan Harta Berlandaskan Syarak. Retrieved from http://www.maybank2u.com.my/iwov-resources/islamic-my/document/my/en/islamic/scoe/knowledge-centre/articles/Konsep_Pengurusan_Harta.pdf
Mediawati, E. (2010). Harta dalam islam. Retrieved from http://file.upi.edu/Direktori/FPEB/PRODI.AKUNTANSI/198201232005012-ELIS_MEDIAWATI/harta_dalam_islam,_S.pdf
Syariah, D. A. N., & Ibrahim, K. U. A. (2004). KAJIAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG SIVIL. Penentuan Harta Pusaka Di Malaysia, 2(5), 1–20. Retrieved from http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/11/1-Penentuan-Harta-Pusaka.pdf
Wiyanti, D. (2013). Perspektif Hukum Islam terhadap Pasar Modal Syariah Sebagai Alternatif Investasi Bagi Investor. Modal Syariah Harta Islam, 20(2), 234–254.
No comments:
Post a Comment