Konsep tamadun Cina
Tamadun ini bermula di Tanah Besar China dan berkembang di wilayah-wilayah lain seperti perkembangan budaya Cina di Asia Tenggara, benua Australia, Pulau Formosa, Amerika Utara dan Eropah. Walaupun terdapat beberapa perbezaan yang nyata antara tamadun dan budaya di Tanah Besar China dengan budaya masyarakat Cina di kawasan-kawasan lain, namun kepercayaan dan sifat-sifat budaya Cina yang berasal dari tanah besar masih diamalkan di kebanyakan kawasan-kawasan yang lain.
Walaupun terdapat beberapa perbezaan yang nyata antara tamadun dan budaya di Tanah Besar China dengan budaya masyarakat Cina di kawasan-kawasan lain, namun kepercayaan dan sifat-sifat budaya Cina yang berasal dari tanah besar masih diamalkan di kebanyakan kawasan-kawasan yang lain
Selain itu, tamadun cina juga mempunyai lima konsep yang terdapat diadalamnya seperti konsep T’ien, konsep Dao atau Tao, konsep Ying dan Yang, konsep The Golden Mean atau Chung dan juga konsep The Grand Unity atau Ta T'ung.
Konsep T’ien
Konsep T’ien kebiasaanya digunakan untuk menunjukkan langit atau dikenali sebagai “Heaven”. walaupun begitu sejak zaman awal di dalam sejarah Negara Cina, T’ien juga digunakan oleh mereka untuk menunjukkan dewa terpenting atau dewa utama dalam kepercayaan mereka. Oleh itu, dewa yang terpenting dealam kepercayaan orang-orang Cina (T'ien) juga disamakan dengan langit.
Semasa dinasti Chou, T’ien merujuk kepada maksud makhluk unggul yang mempunyai kuasa, menguasai perjalanan hidup dan juga menentukan nasib yang mendapat mandat dari syurga. Selain itu, T’ien juga dikenali sebagai pihak yang mengetuai, memerintah, dan menguasai seluruh dunia atau alam semesta. Ia sentiasa dikenali sebagai Maharaja tertinggi dalam Empayar T’ien atau Huang T’ien Shang Di.
T’ien yang merupakan asas atau dasar nasib (fate).Di sini T’ien mempunyai maksud yang sama dengan Nasib (Ming). Dan T’ien yang bermaksud nasib itu merujuk kepada peristiwa-peristiwa yang memang berada di luar daripada kawalan manusia. Tetapi terdapat sedikit kekeliruan tentang sama ada T’ien disamakan dengan nasib ataupun nasib hanya merujuk kepada keinginan T’ien.
T’ien yang merujuk kepada alam semesta atau alam semulajadi. Ini memang merupakan maksud T’ien dalam teori metafizika Cina yang menumpukan perhatian kepadakonsep Yin dan Yang. T’ien mewakili prinsip Yang dalan alan semesta, manakala prinsip Di (Bumi ) mewakili prinsip Yin. T’ien memulakan proses pewujudan sesuatu(makhluk hidup) dan Di atau Bumi memeliharanya. T’ien sebagai suatu Prinsip Moral yang terkawal dan tertinggi dalam alam semesta ini. Konfucius pernah merujuk kepada suatu prinsip moral (tertinggi) di dalam alam semesta ini yang menyokong pendirian orang-orang yang mengikut cara hidup yang beretika tinggi.
T’ien boleh mempunyai maksud berlainan apabila seseorang pemerintah merujuk kepada arahan atau mandate T’ien untuk menjustifikasikan dan mewajarkan pemerintahannya; ataupun semasa seseorang pemberontak menggunakan perintah. T’ien sebagai alasan untuk mempertahankan tindakannya. Herrlee G. Creel menunjukkan bahawa pada tahun 1027 sebelum Masehi, pemimpin puak Zhou(Chou) telah memberontak dan mengalahkan pemerintah terakhir yang menguasai Dinasti Shang(Dinasti Shang wujud dari 1600 hingga 1027 sebelum Masehi), dan beliau kemudian menakluki dan memerintah seluruh negeri China.
Konsep Dao
Konsep Dao mempunyai pelbagai maksud. Maksud terawal ialah “jalan” atau “lorong”. Sebelum kedatangan falsafah Konfucius, Dao digunakan untuk menunjukkan suatu “jalan” ataupun suatu cara kelakuan atau tabiat, sama ada baik atau buruk. Selepas Konfucius orang-orang yang mengikut fahaman daoisme (daoisme berasal dari perkataan Dao) menggunakan konsep dao dengan suatu maksud metafizik.
Perkara yang jelas ialah Konfucius menggunakan konsep Dao (Jalan atau cara) sebagai suatu konsep moral, Creel menegaskan bahawa Konfucius menganggap Dao sebagai suatu tatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seorang individu, atau suatu set peraturan-peraturan etika yang harus diikuti oleh seorang individu. Selain daripada itu, dao(dalam fahaman Konficius) juga merujuk kepada suatu corak atau jenis pentadbiran yang dapat menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat dengan cara yang paling baik.
Konsep Ying & Yang
Pemikir-pemikir Cina mempercayai bahawa perkara-perkara yang berlaku atau wujud di dalam alam ini adalah akibat daripada interaksi antara dua kuasa yang berlawanan iaitu Yin & Yang. Yin adalah mewakili perempuan dimana mempunyai ciri-ciri atau keadaan pasif, sejuk, gelap, basah, lembut dan lain-lain. Manakal Yang pula mewakili lelaki iaitu mewakili sifat seperti aktif, panas, cerah, kering, keras dan lain-lain. Ying & Yang adalah merupakan dua kuasa yang saling bertindak di dalam alam semesta ini. Dalam bentuk fizikal pula, kita dapat gambarkan bahawa Yang adalah merupakan langit manakala Ying pula adalah bumi.
Konsep The Golden Mean / Prinsip Chung
Konsep ini merujuk kepada suatu Doktrin yang bersifat kesederhanaan ataupun pertengahan. Konsep ini juga boleh kita gunakan untuk diaplikasikan kepada setiap emosi dan nafsu kerana ianya amat sesuai sekali untuk digunakan. Oleh itu Chung boleh menunjukkan jarak yang ideal dalam sesuatu keadaan, masa yang paling ideal dalam sesuatu keadaan, wajah atau rupa seseorang yang paling ideal dengan dua cara iaitu yang pertama dengan cara mencari keputusan yang betul tanpa mendapat gangguan daripada sebarang emosi kerana emosi itu sendiri mampu untuk mempengaruhi keputusan yang kita lakukan. Yang kedua pula ialah, kesederhanaan dalam perbuatan dimana kita dapat lihat bahawa sekiranya kita melakukan perbuatan dengan melebih-lebih atau melebih had diri kita maka sesuatu perkara yang kita lakukan itu akan terjejas kualitinya.
Konsep The Grand Unity atau Ta’tung
Menurut Kang Yu Wei dalam bukunya Ta’Tung Shu (Book of Great Unity atau Ta Tung) menyatakan bahawa ianya adalah suatu prinsip yang menumpukan perhatian kepada cara mengelakkan kesakitan dan penderitaan dan cara mendapatkan keseronokan secara maksima kepada jumlah manusia yang maksima.
Kesemua agama dan konsep-konsep penting dalam Tamadun Cina mengajar system moral dan ianya adalah penting dalam kehidupan. Manakala ‘ajaran-ajaran tuhan’ adalah satu cara untuk memberi hukuman.
No comments:
Post a Comment