2.1 MAKSUD AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Kalimah ahli Sunnah Wal Jamaah terdiri daripada kalimah ‘ahli sunnah wal jamaah’ yang membawa erti mereka yang mengikuti pegangan Nabi ataupun jalan hidup Nabi s.a.w dan jemaah para sahabat terutama sekali para khulafa al-Rasyidin yang dididik oleh Baginda s.a.w sendiri. Pengasas mazhab Ahli Sunnah wal JamaahGolongan Ahli Sunnah wal Jamaah diketuai oleh dua orang ulama' besar iaitu Syeikh Abu Hasan al-Ash'arir.a dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi r.a.Abu Hasan al-Asy'ari dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah dan meninggal dunia di Basrah pada tahun324 Hijrah.
Pada mulanya beliau berpegang dengan fahaman Mu'tazilah sebagaimana diajarkan oleh gurunya al-Jubba'i. Kemudian beliau meninggalkan aliran itu setelah mendapat hidayah daripada Allah. Antara kitab-kitab yang dihasilkannya ialah al-Ibanah fi Usuli'd-Diyanah, Maqalat al-Islamiyyin dan al-Mujaz. Antara para ulama besar yang menyebarkan aliran al-Asy'ari ini ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal, Abu Ishaq al-Isfara'ylni, Imam Hafiz al-Baihaqi, Imam al-Haramain, al-Juwaini, guru pada Imam al-Ghazali,Imam al-Qusyairi, Imam al-Baqillani, Imam al-Ghazali, Imam Fakhruz-Razi, Imam 'Izzud-Din ibn 'Abdiss-Salam yang semuanya pendokong aliran Ahli Sunnah sebagaimana yang dihuraikan oleh Imam AbdulHasanal-Asy'ari.
Konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah itu adalah suatu pegangan yang berakar umbikan dari Rasulullah s.a.w sendiri. Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah ini meliputi ajaran-ajaran Islam mengenal akidah, syariah dan akhlak yang dibawa sejak Nabi Muhamad s.a.w., para sahabat yang telah disusun secara bersistem oleh ulama kemudian dan disus un secara bersistem oleh ulama seterusnya, dipertahankan di dalam ajaran itu oleh dua tokoh iaitu, Syeikh Abu Hassan al-Asyri ( 260-324H ) dan Imam Abu Bakar al-Mansor Al-Maturidi (W333H). kemudian disebarkan oleh digelar sebagai Imam Abu Bakar al-Qaffal (W411H), Imam Hafiz al-Baihaqi (W455H), Imam al-Haromain al-Juwain (W460H), dan lain-lain lagi.
Pada umumnya, Ahli Sunnah Wal Jamaah ini adalah kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran, sunnah Rasul dan perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menentang perkara bd’ah. Terdapat nama-nama lain bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah ini antaranya adalah, ‘Ahlu Sunnah’, ‘Al-Jamaah’, ‘as-Salaf as-Soleh’, dan ‘Ahlul Hadis’.
2.3 GOLONGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Antara mereka yang termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut jalan agama Allah yang betul dan lurus, golongan yang selamat daripada neraka selain daripada 72 golongan yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w sepertimana yang dicatatkan oleh Imam Abdul Qahir al-Baghdadi (W299H/1037M) dalam kitabnya al-Farq Bain al-Firaq, mereka itu terdiri daripada lapan golongan tokoh-tokoh ulama berikut :-
I. Mempunyai ilmu pengetahuan mendalam dalam bidang kajian Tauhid, hal-hal kenabian, tentang janji-janji Allah iaitu percaya nikmat dan agama mengenai pahala dan seksa, mengenal syarat-syarat ijtihad dan kepimpinan ummah dimana mereka berlandaskan kajian para ahli al-Kalam yang bebas daripada konsep Tasybih (menyamakan Allah dengan Makhluk), konsep ta’till (menafikan kewujudan sifat-sifat Allah), dan daripada pandangan-pandangan bid’ah kumpulan Rafidhah khawarij, Jahmiyah, Najariyah dan seluruh kumpulan pengikut-pengikut hawa nafsu yang sesat.
II. Berpegang dengan konsep Usuluddin mengikut mazhab yang mensabitkan sifat-sifat Allah SWT yang azali dan menolak kefaham Qadariyyah, kefahaman muktazilah. Mereka mensabitkan rukyah Allah di hari akdirat dengan penglihatan mata, mensabitkan pengumpulan manusia dari kubur pada hari kiamat, membenarkan adanya soalan kubur, adanya haudh, adanya sirat, adanya syafaat, adanya pengampunan segala dosa selain syirik. Selain itu, mereka juga percaya kepada kekalnya azab neraka kepada orang kafir, mereka akui Khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali seterusnya menyanjungi golongan solafussaleh, mereka mewajibkan sembahyang jumaat dan pegangan imam-imamnya tidak mengikut kumpulan-kumpulan yang mengikuti hawa nafsu yang sesat. Kalangan ini juga mewajibkan solat Jumaat dan pegangan iman-imannya adalah di kalangan yang benar. Manakal perkahwinan mut’ah dikalangan mereka diharamkan.
III. Mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai saluran-saluran hadis dan sunnah yang dipindahkan daripada Nabi s.a.w dan dapat membezakan di antara hadis yang sahih dan hadis-hadis yang palsu disamping mengetahui sebab-sebab al-Jarh wa al-ta’dill dan mereka tidak mencampuradukkan ilmu mereka dengan bid’ah.
IV. Mempunyai ilmu yang mendalam mengenai bidang kajian sastera, nahu dan saraf mengikut aliran tokoh-tokoh bahasa seperti al-Khalill, Abu Amru Ibn al-‘ala’, Sibawih, al-Farra’, al-akhfasy, Abu Ubaid dan semua tokoh-tokoh ulama nahu daripada ulama-ulama Kufah dan Basrah yang tidak dipengaruhi oleh kumpulan dan golongan bid’ah.
V. Mempunyai Ilmu mendalam dalam bidang Qira’at yang membicarkan mengenai bacaan al-Quran dan mendalami bidang tafsiran dan takwilan al-Quran mengikut mazhab-mazhab Ahli Sunnah bukan mengikut takwilan kumpulan orang-orang yangmengikut hawa nafsu.
VI. Mempunyai sifat yang zuhid sufi dikurniakan pandangan yang murni dan mengambil iktibar dari ujian-ujian Allah, bersifat redha dengan taqdir dan qana’ah dengan kurniaan Allah SWT, mereka tahu bahawa pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya akan dipersoalkan tentang kebaikan dan keburukan yang dilakukan. Percakapan mereka juga mengikut cara ulama-ulama hadis, bukan mengikut orang lalai dengan ucapan, manakala yang melakukan kebaikan bukan kerana riak serta meninggalkan keburukan bukan kerana malu. Keadaan ini menunjukkan bahawa mereka berpegang pada tauhid dan menolak konsep tasybih dan sentiasa berserah dan bertawakkal kepada Allah SWT.
VII. Mujahidin yang mengawal kubu-kubu kaum muslimin untuk menentang orang-orang kafir dan memerangi musuh-musuh kaum muslimin, mempertahankan keselamatan kaum wanita dan kampung halaman kaum muslimin serta mengamalkan mazhab ahli sunnah dalam perkebunan mereka.
VIII. Mengamalkan syiar-syiar ahli sunnah, bukan yang mengamalkan syiar kumpulan yang sesat serta mengikut iktikad dan amalan-amalan bid’ah yang salah.
2.6 PRINSIP-PRONSIP YANG DISEPAKATI
Ahli Sunnah Wal Jamaah bergerak berlandaskan prinsip-prinsip yang jelas dan asas yang baik dalam I’tiqad yang mana melibatkan kepercyaan diri kepada hukum-hukum Allah dan merangkumi amal ataupun perbuatannya.
Setiap prinsip tersebut bersumberkan pada kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya yang mana menjadi pegangan dikalangan sahabat. Prinsip-prinsip penting yang menjadi inti akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu persepakatan tentang sifat-sifat allah, tentang al-Quran, rukyah allah di dunia, rukyah Allah di akhirat, berita keadaan selepas mati, asal usul iman dan cabangnya, tidak maksum selain Allah, karamah wali, perang terhadap yang keluar syariat, bersama pemimpin Islam, Qadar, dan juga mengenai iman.
Pada perenggan diatas prinsip-prinsip ini meliputi pelbagai aspek yang ada termasuklah tidak mengkafirkan seseorang muslim melainkan setelah melakukan apa yang membatalkan keislamannya. Adapun dosa besar selain kemusyrikan, tidak ada dalil ia jadi kafir. Contohnya, orang yang tinggalkan solat kerana malas, hukumnya fasiq dan imannya tidak sempurna surah an Nisa` ayat 48. Setiap perinsip yang ada memainkan peranan yang sangat penting bagi mendapatkan jalan yang benar serta diredhai oleh Allah SWT. Walhal, setiap organisasi perlu ada seorang pemimpin yang membawa agama yang benar, maka kita sebagai hambanya perlu mentaati kepada pemimpin muslimin selagi mereka tidak melanggar hukum Allah yang telah ditetapkan yang telah tertulis dalam Surah an-Nisa ayat 59
Kesimpulannya, setiap yang ditetapkan oleh Allah SWT adalah tunjang dan akal dalam kehidupan yang patot kita semai dalam diri. Setiap prinsip adalah penting untuk kita memenuhi segala aspek yang betul dalam kehidupan seharian bagi melengkapi ajaran al-Quran dan Sunnah dalam diri sendiri. Is seterusnya, satu konsep penerapan Islam dalam akidah kita sebagai seorang muslim.
No comments:
Post a Comment