Thursday, 23 June 2016

KESAN KESAN ANAROKSIA


KESAN-KESAN ANAROKSIA

      Anaroksia nervosa merupakan salah satu penyakit dimana ianya sangat terkenal bagi sesetengah kaum wanita kerana bagi meraka kecantikkan seseorang wanita itu adalah terletak pada bentuk susuk tubuh dimana lebih ramping seseorang itu maka lebih cantiklah ianya kelihatan. Kadang kala mereka yang menghidap penyakit ini tidak merasakan ianya adalah suatu masalah bagi mereka kerana kecantikkan itu lebih utama daripada kesihatan. penghidap penyakit anaroksia ini lambat untuk mendapatkan kesedaran kerana mereka yang mengalami penyakit anaroksia tersebut bukannya dipandang serong atau dilihat sebagai seorang yang berpenyakit malah lebih teruk lagi ramai wanita muda yang mengagungkan susuk tubuh berkenaan sehingakan meminta tunjuk ajar daripada pesakit tentang bagaimana untuk menjadi sepertinya. (Patton et al, 1999).

       Kebiasaannya pesakit yang menghidapi anaroksia akan mula mendapat kesedaran tentang bahayanya penyakit tersebut apabila mereka tidak tahan dengan kesakitan yang mereka alami. Antara beberapa kesan daripada penyakit anaroksia yang mereka alami adalah luka pada kerongkong, mengalami masalah keguguran rambut, kulit kering, kuku rapuh, kadar jantung perlahan, mengalami masalah datang haid, otot mengecil, lemah sendi, kerosakan otak,mandul, murung dan akhir sekali adalah kematian. (Grunbaum et al, 2004)

      Pesakit anaroksia akan mengalami masalah luka pada kerongkong kerana mereka sering kali muntah disebabkan oleh kekurangan mineral yang diperlukan oleh badan dan kesan daripada itu membuatkan pesakit untuk mendapat jangkitan kuman pada saluran pemakanannya. Masalah seperti keguguran rambut, kulit kering, kuku rapuh dan segala masalah dari segi luaran pula akan mengakibatkan pesakit lebih cenderung untuk menjadi murung kerana penampilan mereka yang kelihatan seperti rangka yang bergerak akan menjadi bahan mulut masyarakat yang mana akan membuatkan pesakit merasa tertekan dan akan mengakibatkan pesakit untuk mudah mengalami masalah atau penyakit psikologi. (Becker et al, 1999).
      Antara masalah psikologi yang dialami oleh pesakit anaroksia adalah seperti perasaan dirinya tidak berharga, sensitif, mudah tersinggung, mudah marah, mudah merasa bersalah, kehilangan minat untuk berinteraksi dengan orang ramai, cenderung untuk berbohong untuk menutup tingkahlaku makannya dan juga depresi. (Wonderlich, 2005)

No comments:

Post a Comment