Friday, 21 July 2017

TANDA-TANDA SEBELUM DAJJAL KELUAR

Dengan berkat rahmat Allah SWT, Dia telah memberikan kita tanda-tanda sebelum berlakunya sesuatu perkara yang besar supaya kita dapat bersiap-siap untuk menghadapinya. Oleh kerana itu, sebagai fitnah terbesar untuk umat islam di muka bumi ini, Dajjal juga mempunya tanda-tanda sebelum keluarnya ia.
            Antara tanda-tanda munculnya Dajjal ialah, akan munculnya al-Mahdi yang akan memimpin umat islam. Diakan meraih kemenangan dalam menhadapi musuh-musuh umat islam baik dari pihak timur dan barat sehinggakan penaklukannya sampai ke tempat yang paling penting dan pada saat itulah Dajjal akan muncul untuk memerangi al-Mahdi.
            Naafi’ bin ‘utbah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya “ kalian akan memerangi jazirah Arab, lalu Allah menaklukkannya. Setelah itu kalian menyerbu Romawi, dan Allah menaklukkanya. Kemudian kalian menyerbu Dajjal, lalu Allah memenangkannya. ”.  Kemenangan-kemenangan diatas wilayah lain ini terjadi pada masa al-Mahdi sebelum keluarnya Dajjal. Walaupun sebahagiannya terjadi pada zaman Rasulullah SAW dan khulafa ar rasyidin serta pemerintahan setelahnya, hadis diatas menerangkan mengenai akhir zaman.
            Tanda-tanda seterusnya pula ialah keringnya tasik Thabariyyah seperti mana yang diungkapkan Dajjal kepada Tamiim ad-Dhari dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Fathimah binti Qais. Dajjal berkata, “ air tasik itu nanti akan kering.”. lokasi tasik tersebut adalah terletak di Syam dimana ianya telah dimanfaatkan oleh orang Israel dan jordan.
            Antara contoh ketiga pula ialah kurma Baisaan tidak berbuah. Perkara tersebut telah disebut oleh Dajjal kepada Tamiim ad-Daari. Baisaan adalah sebuah kota di Jordan, kadang kala disebut dengan Lisaan al-Ardh. Di kota ini terdapat mata air masin yang dikenali sebagai ‘Ain- al-Fuluus. Kota ini digambarkan memiliki banyak pohon kurma. Pada masa kini, tidak terdapat pohon kurma yang berbuah di kota ini sebaimana yang dikatakan oleh mereka yang pernah mengunjungi kota ini pada masa kini.

            Demikianlah diantara beberapa contoh tanda-tanda awal yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita supaya kita dapat mengetahui tanda-tanda sebelum kedatangan Dajjal supaya umat islam dapat bersedia terlebih dahulu iaitu dengan meningkatkan iman dan perbanyakkan amalan supaya dapat dijauhkan daripada fitnah Dajjal pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment