PERSEPSI PELAJAR IPTA MENGENAI AMALAN SEKS BEBAS DI MALAYSIA
Abstrak
Peratusan remaja Melayu yang melakukan seks bebas semakin meningkat sejak sedekad yang lalu.Masalah ini turut melibatkan pelajar-pelajar IPT..Kajian ini dilakukan bagi mengkaji persepsi pelajar terhadap amalan seks bebas dalam kalangan pelajar tahun keempat fakulti kejuruteraan di universiti kebangsaan malaysia Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti pandangan pelajar terhadap langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah seks bebas yang berlaku dalam kalangan pelajar IPTA serta faktor-faktor yang mendorong berlakunya masalah seks bebas. Populasi kajian adalah seramai 400 orang pelajar dari 10 kursus dan sampel dalam kajian ini merupakan keseluruhan populasi. Walaubagaimanapun, hanya 345 set soal selidik dapat dianalisis kerana 55 set tidak dikembalikan. Set soal selidik mengandungi 37 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science (SPSS). Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ialah α = 0.85. Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap amalan seks bebas adalah tinggi dengan nilai min 4.69. Manakala min bagi persepsi pelajar terhadap langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah seks bebas yang berlaku dalam kalangan pelajar IPTA pula adalah sederhana iaitu 3.34. Sementara faktor utama berlakunya amalan seks bebas dalam kalangan pelajar IPTA ialah media massa dengan nilai min 3.9.Kajian ini penting kepada Institut Pengajian tinggi awam kerana melalui kefahaman terhadap hubungan seksual, pelajar dapat mengawal dan menghindarkan diri daripada melanggari tatatertib dan disiplin di kampus dan juga perundangan agama.
Abstract
The percentage of Malay youths who commit sex has been increasing over the last decade.This issue also involves the students of public education institutionsThe purpose of this research is to investigate students’ perceptions towards free sexual practice among fourth year students of Faculty of Engineering, National University of Malaaysia. Besides that, the purpose of this research is to identify students’ perception towards the steps need to be taken to overcome free sexual practice among IPTA students, as well as the factors which lead to the problem. The population of this research was 400 students from 10 courses and the sample of this research was the whole population. Never the less, only 345 sets of questionnaires were analyzed because 55 sets were not returned. The questionnaires contained 37 items which was distributed to the respondents and was descriptively analyzed to obtain the mod, percentage as was as mean by using the Statistical Package For Sosial Science (SPSS) software. The validity value of the research instrument was α=0.85. The data analysis is shown in tables. Overall research shows that result of the students’ perception towards free sexual practice is high with mean 4.69. On the other hand, mean of the students’ perception towards the steps need to be taken to overcome the problem is moderate which is 3.34. Meanwhile the main factors which lead to free sexual practice is mass media with mean 3.96.This research is important to the public higher learning institutions because through the understanding of sexual relationships, students are able to control themselves and avoid breaching discipline and discipline on campus as well as religious laws.
Katakunci:Persepsi,pelajar,ipta,amalan seks bebas,di Malaysia
Pengenalan
Pendahuluan
Gejala seks bebas yang semakin berleluasa di Malaysia sememangnya membimbangkan banyak pihak. Satu demi satu paparan dan pandangan berkaitan permasalahan sosial ini dibuat oleh media sebagai refleksi keresahan ahli masyarakat yang nyatanya terganggu oleh kerendahan moral generasi muda Malaysia, lanya kelihatan seperti tidak terkawal apabila gejala seks bebas turut membawa kepada perlakuan tidak bermoral yang lain. Mengandung diluar nikah, pengguguran janin, pembuangan dan pembunuhan bayi dan juga penderaan kanak-kanak adalah permasalahan sosial lain yang acapkali dikaitkan dengan gejala seks bebas. Seperti yang dilaporkan oleh Mohd Radzi Mohd Zin didalam artikelnya yang bertajuk "Contohi Nabi Dekati Remaja" (Utusan Malaysia Online, Oktober26, 2010, para. 1-3)
Statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan kelahiran anak luar nikah dalam kalangan orang Melayu amat membimbangkan. Bagi tahun 2007, sebanyak 16,100 kelahiran anak luar nikah; tahun 2008 (16,541) dan 2009 (17,303). Secara tidak langsung hal ini menunjukkan bahawa remaja Melayu dan Islam berada dalam kemelut
masalah sosial yang semakin menakutkan
Selain daripada pertambahan bilangan anak tidak sah taraf yang membimbangkan, masyarakat turut digemparkan dengan kes-kes pembuangan dan pembunuhan bayi yang semakin berlarutan. Ini memperlihatkan betapa seriusnya kesan penularan gejala seks bebasyang tidakharus dilihat sebagai persoalan peribadi individu kerana ianya secara tidak langsung turut membawa kepada lambakan masalah sosial negara yang tidak berkesudahan.Apabila kita memperihalkan permasalahan sosial, persoalan tentang faktor-faktor penyumbang, langkah pencegahan dan penyelesaian masalah adalah merupakan perkara asas yang banyak dibincangkan. Langkah-langkah pencegahan serta penyelesaian perlu segera diambil bagi memastikan ketamadunan bangsa Malaysia tidak tercemar oleh krisis moral dan akhlaq. Hilangnya sifat cakna masyarakat didalam menangani isu ini harus dielakkan sama sekali agar bangsa Malaysia tidak mengikut jejak langkah rakyat Amerika Syarikat yang diperakui oleh Reb Bradley (2008), secara seksualnya, telah menjadi sebuah bangsa yang tunduk pada nafsunya sendiri.Paling membimbangkan, perlakuan melampaui batas agama, tatasusila sosial dan kemanusiaan ini turut melibatkan penuntut IPTA dan IPTS yang merupakan tonggak dan tiang negara seharusnya memiliki kekuatan fizikal, mental, rohani dan psikologi dalam mengharungi alam kehidupan. Mereka sewajarnya melengkapkan dan menyempurnakan diri mengenai aspek-aspek di atas agar menjadi insan yang berilmu, berketrampilan, proaktif dan dinamik supaya dapat membantu dan menyumbang kepada pembangunan
Kajian Lepas
Isu hubungan seksual bebas dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan. Justeru, beberapa kajian mengenai isu ini telah dijalankan oleh para pengkaji yang rasa terpanggil untuk mengkaji mengenai amalan seks bebas dalam kalangan pelajar di Institusi Pengajian Awam.Berikut adalah senarai nama pengkaji yang turut membuat kajian berkenaan dengan amalan seks bebas dalam kalangan pelajar IPTA.:
Farahwahida dan Noazila (2011)
Kajian mereka yang bertajuk Persepsi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam Terhadap Amalan Seks. Kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti pandangan pelajar terhadap langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah seks bebas yang berlaku di kalangan pelajar IPTA serta faktor-faktor yang mendorong berlakunya masalah seks bebas.
Hushim, Che Ruzana dan Rosni (2006).
Kajian ini merupakan kertas kerja konsep yang membincangkan fenomena permasalahan seksual remaja terutamanya mahasiswa IPT dari segi sebab dan akibat, keperluan kepada pendidikan seks dan sejauh mana pendekatan kaunseling boleh diaplikasikan oleh kaunselor dalam menangani permasalahan ini (Hushim, Che Ruzana dan Rosni, 2006).
Mustafa Kamal Ahmad Kassim (2014)
Kajian yang bertajuk Persepsi Pelajar Institusi Pendidikan Guru Kampus Ilmu khas Terhadap Isu Hubungan Seksual Masa Kini.Kajian ini hanya memberi fikus terhadap pelajar-pelajar pendidikn sahaja.
Mohammad Faizal Mohammad dan Mohd Zaki Ishak(2014)
Kajian mereka yang bertajuk Gejala Hubungan Seks dalam Kalangan Pelajar bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor penyebab berlakunya gejala seks dalam kalangan pelajar dan untuk mengkaji bgaimanakah seorang pelajar boleh terlibat dalam perlakuan seks tersebut
Mohammad Abu Bakar bin Shis (2010/2011)
Kajian beliau yang bertajuk Kajian Gejala Sosial di Kalangan Pelajar IPT Yang Menetap dI Kolej Kediaman Sembilan,Sepuluh dan Kolej perdana di Universiti TeknoLogi Malaysia pula telah memberi skop yang lebih terhad dan hanya menfokuskan kepada individu-individu tertentu sahaja.Kajian beliau bertujuan untuk mengkaji apakah faktor sebenar yang menyumbang kepada masalah tersebut dan cadangan bagaimana untuk mengurangkan peratusan berlakunya amalan seks bebas dalam kalangan pelajar.
Siti Marhamah Binti Kamarul Arifain,Khaidzir Bin Haji Ismail,Hanina Halimatussadiah Hamsan dan Zaki Ibrahim (2012)
Kajian yang telah mereka jalankan ialah yang bertajuk Faktor Risiko dan Pelindung Terhadap Tingkah Laku Seksual dalam Kalangan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam.Kajian ini bertujuan untuk mengenal Pasti faktor risiko dan pelindung yang mempengaruhi tingkah laku seksual pelajar institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.
Melati Sumari dan Zaharah Hussin (2006)
Kajian yang bertajuk Cabaran Institusi Pengajian Tinggi dalam Menangani Salah laku dan Kepincangan Akhlak Mahasiswa:Tinjauan dan Cadangan.Sepetimana telah disebut dalam tajuk kajian mereka oleh itu kajian ini lebih menfokuskan mengenai faktor yang menyumbang kepada amalan seks bebas dan juga langkah bagi mengurangkan amalan ini daripada menjadi semakin serius.
Norhapizah Mohd Burhan(2011)
Beliau pula telah memilih Pahang sebagai tempat kajian.Kajian Beliau bertajuk Seks Bebas:Persepsi di Kalangan Mahasiswa Ipta/Ipts di negeri Pahang.Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi di kalangan mahasiswa IPTA/IPTS terhadap seks bebas. Disamping itu juga, kajian ini juga bertujuan mengkaji gaya pergaulan golongan muda-mudi masa kini dan mengenalpasti faktor penyumbang kepada gejala seks bebas. Seramai 377 orang pelajar IPTA dan IPTS yang terdiri daripada 253 pelajar perempuan dan 124 orang pelajar lelaki terlibat di dalam kajian ini. Di antara IPTA/IPTS yang telah terpilih ialah UiTM Pahang (Kampus Jengka), Kolej Poly-Tech MARA Kuantan, Kolej Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP), Kolej Shahputra dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kuantan.
Norsimah Dasan,Rathakrishnan,Mohd Mahadzir Bin Mohamed Nawi
Pemantauan Ibu Bapa Terhadap Persepsi Tingkah laku Seksual Berisiko dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam di Sabah.Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan pemantauan ibu bapa dengan persepsi tingkah laku seksual berisiko dalam kalangan pelajar di Institusi pengajian tinggi awam di Kota Kinabalu Sabah.Kajian ini berfokus sepenuhnya kepada pelajar-pelajar sebagai sampel yang terdiri daripada pelajar di Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Teknologi Mara cawangan Sabah.Seramai 882 responden yang terlibat sebagai subjek kajian telah dipilih menggunakan persampelan rawak.
Zulkifli Haji Mohd Yusoff
Gejala Sosial Dlam Komuniti:Satu Sorotan Penyelesaian dari Perspektif Wahyu
Kertas ini cuba untuk menyatakan bahawa masa untuk menuding jari ke arah siapa yang menjadi punca lahirnya berbagai gejala tersebut sudah berakhir. Satu langkah pro-aktif perlu dilakukan dan semua pihak perlu bertanggungjawab membendungnya. Cadangan untuk menangani masalah ini secara berkesan cuba disorot menerusi pendekatan wahyu
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA AMALAN SEKS BEBAS
Berikut adalah kajian yang dibuat oleh beberapa pengkaji mengenai faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya amalan seks bebas dalam kalangan pelajar ipt
Siti Marhamah KamarulArifain dan rakan-rakan (2012)
Kajian mereka yang bertajuk faktor risiko dan pelindung terhadap tingkah laku seksual dalam kalangan pelajar di institusi pengajian awam menyatakan enam faktor yang memberi impak dan menyumbang terhadap mengapa berlakunya amalan seks dalam kalangan pelajar ipta.Faktor-faktor tersebut ialah disebabkan oleh pengaruh keluarga,pengaruh rakansebaya,pengaruh kawalan kendiri,pengaruh keagamaan,pengaruh institusi pengajian dan pengaruh komuniti.
i)Pengaruh Keluarga
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh beliau dan rakan-rakan,telah membuktikan bahawa keluarga merupakan salah satu faktor yang menyumbang dalam penglibatan pelajar di IPTA terhadap tingkah laku seksual. Dapatan kajian ini yang mendapati pengaruh keluarga sebagai faktor pelindung adalah selari dengan kajian oleh Yi et. al, 2010; Lee & Kato, 2006; Borawski et. al, 2003; Elizabeth, Taylor, Homma, & Ogilvie, 2008; Henke, Stolz & Barber, 2011; Lee Phaik Gaik et. al, 2010 serta Fadil Awaludin, 2010 yang mendapati faktor keluarga merupakan faktor pelindung dalam meramal tingkah laku seksual. Hal ini dapat membuktikan keluarga adalah pelindung yang paling kuat kepada pelajar di IPTA dalam mengelakkan mereka terlibat dalam tingkah laku seksual. Menurut pengkaji, kebanyakan pelajar IPTA dalam kajian ini terdiri daripada keluarga yang kurang berisiko. Ini kerana keluarga mereka boleh memainkan peranan sebagai pelindung kepada individu daripada terlibat dengan tingkah laku seks. Hal ini disebabkan pegangan nilai-nilai kekeluargaan dan tanggungjawab dalam menjaga maruah keluarga menyebabkan mereka lebih berhati-hati dalam bertingkah laku. Malah pemantauan dan sikap mengambil berat daripada ahli keluarga terhadap pelajar di IPTA ini menyebabkan mereka berfikir beberapa kali sebelum mencuba sesuatu yang berisiko, dalam konteks kajian ini adalah tingkah laku seks.
ii) Pengaruh rakan sebaya
Keputusan daripada analisis regresi logistik mendapati pembolehubah rakan sebaya merupakan faktor risiko dalam meramal tingkah laku seksual pelajar di IPTA. Rakan sebaya didapati sebagai pendorong paling kuat terhadap kelakuan seksual pelajar di IPTA. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian-kajian yang dilakukan oleh Yi et. al, 2010; Lee & Kato, 2006; Cleveland et. al, 2008, di mana dapatan kajian mereka turut menunjukkan rakan sebaya sebagai peramal kepada tingkah laku seksual pelajar di institusi pengajian tinggi. Pengkaji berpendapat, keadaan ini dapat dijelaskan berdasarkan kepada tekanan yang diberikan oleh rakan sebaya. Contohnya perlu mengikuti aktiviti yang dilakukan oleh ahli-ahli lain dalam kumpulan yang dianggotai termasuklah terlibat dengan pergaulan bebas, berparti liar dan mengambil bahan. Keadaan ini menyebabkan mereka cenderung untuk terlibat dengan tingkah laku seks. Malah mereka juga turut dicabar dan dipaksa untuk melakukannya. Seterusnya menyebabkan mereka turut terlibat dengan kancah seks bebas ini selepas mencubanya atau melakukannya sekali (Yi et. al, 2010; Fadil Awaludin, 2010). Pelajar di IPTA ini juga berkemungkinan melakukan sesuatu yang mereka tidak pernah melakukan sebelumnya supaya diri mereka tidak dilabelkan sebagai “ketinggalan zaman” termasuklah juga dalam melakukan aktiviti tidak bermoral seperti perlakuan seks bebas (Fadil Awaludin, 2010). Pandangan ini juga dapat dijelaskan berdasarkan kepada teori yang diutarakan oleh Bronfenbrenner (dlm Shaffer & Kipp, 2010) yang menjelaskan rakan sebaya boleh mempengaruhi individu daripada pelbagai aspek dengan cara saling dipengaruhi dan mempengaruhi dalam pembentukan sikap dan personaliti pelajar ini. Keadaan ini menjelaskan rakan sebaya mempengaruhi tingkah laku pelajar di IPTA. Begitu juga dengan pandangan Rosenberg (1965) menyatakan persahabatan melibatkan unsur peribadi. Ini bermakna rakan sebaya boleh mempengaruhi dalam pembentukan peribadi seseorang termasuk juga kepada sesuatu yang negatif seperti melakukan aktiviti seksual. Malah pengaruh rakan sebaya menyebabkan mereka bebas daripada kongkongan keluarga yang terlalu rigid dalam pengawalan tingkah laku pelajar di IPTA ini. Menurut pengkaji lagi, pengaruh rakan sebaya yang berkawan secara berkumpulan turut menyebabkan mereka lebih terjebak dalam kancah seksual berisiko. Hal ini kerana pelajar di IPTA ramai terlibat dalam aktiviti secara berkumpulan dan mereka cenderung untuk menuruti norma dan pendapat majoriti ahli kumpulan. Keadaan ini boleh membawa mereka melakukan sesuatu yang baru dan menyeronokkan bersama-sama ahli kumpulan.
iii)Pengaruh Kawalan Kendiri
Hasil analisis regresi logistik mendapati faktor kawalan kendiri sebagai faktor risiko, namun begitu ia bukan peramal yang signifikan. Hasil kajian ini adalah bertentangan dengan kajian yang dilakukan oleh Voisin et. al 2006; Brown, DiClemente & Park, 1992 yang mendapati bahawa kawalan kendiri luaran memberi pengaruh yang besar kepada perlakuan seksual yang berisiko berbanding dengan kawalan kendiri dalaman. Hal ini mungkin berlaku kerana keinginan individu yang lebih dipengaruhi oleh persekitaran individu itu sendiri untuk melakukan seksual dan keadaan ini juga menunjukkan lokus kawalan atau kawalan kendiri kurang memainkan peranan dalam tingkah laku seksual seseorang individu. Perkara ini dapat dijelaskan berdasarkan teori lokus kawalan Rotter (1971) yang membezakan antara dua jenis sifat manusia iaitu secara dalaman dan luaran. Individu yang mempunyai lokus kawalan dalaman cenderung menganggap dirinya mampu mengawal peristiwa manakala individu yang mempunyai lokus kawalan luaran pula, meletakkan peristiwa hidup kepada persekitaran luaran dan tidak mampu mengawalnya. Ini menunjukkan tingkah laku seksual seseorang itu tidak semestinya dipengaruhi oleh lokus kawalan. Pandangan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Alves dan Lopes (2010) yang menyatakan remaja atau belia yang mempunyai kawalan kendiri tinggi tapi masih terlibat dengan tingkah laku seksual. Perlakuan ini juga mungkin dipengaruhi oleh faktor lain seperti pengaruh rakan sebaya yang sangat kuat dan persekitaran yang merangsang perlakuan seks seperti suasana komuniti dan tempat belajar (Alves & Lopes, 2010)
Iv) Keagamaan
Faktor keagamaan merupakan faktor pelindung, namun begitu ia bukan peramal yang signifikan berdasarkan keputusan daripada hasil analisis regresi logistik. Hasil kajian ini bertentangan dengan kajian yang dilakukan oleh Hirshi, 1969; Henke, Stolz & Barber, 2011; Smith & Denton, 2005; Wallace & William, 1997 yang menunjukkan faktor agama merupakan faktor pelindung yang signifikan. Dapatan ini menjelaskan individu yang beragama dan yang terlibat dengan aktiviti keagamaan kurang terlibat dengan seks bebas. Malah mereka turut menjelaskan individu yang mempunyai pegangan agama yang kuat mempunyai kawalan diri yang kuat dan mengurangkan keterlibatan mereka dalam tingkah laku seksual. Manakala Wallace dan William (1997) pula menjelaskan faktor keagamaan sepatutnya memberikan impak yang positif kepada kefungsian pelajar di IPTA. Namun berdasarkan kepada perbincangan terhadap faktor agama, didapati faktor agama dalam kalangan pelajar di IPTA yang terlibat dalam kajian ini tidak menjadi faktor pelindung. Pengkaji berpendapat, hal ini disebabkan pelajaran keagamaan kurang dipraktikkan dalam kehidupan harian dan mereka kurang mempunyai kawalan dalaman (kerohanian) yang menyebabkan mereka lebih cenderung dan mementingkan keseronokan semata-mata. Tambahan pula, hal ini dapat menggambarkan individu yang beragama juga terlibat dengan tingkah laku seksual. Ia dapat memberi konotasi negatif dan ia berlaku disebabkan faktor luaran seperti pengaruh persekitaran. Contohnya, persekitaran pelajar IPTA yang berhampiran dengan pusat bandar yang terdedah dengan gejala-gejala tidak sihat seperti lepak di pusat hiburan dan berparti. Pengaruh persekitaran ini memberikan impak yang paling besar dalam diri individu. Walaupun pelajar-pelajar mempunyai kawalan kendiri yang kuat juga menjadi goyah dan terjebak. Pengaruh rakan sebaya daripada pelbagai latar belakang turut mempengaruhi mereka. Seterusnya perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru dan mencabar menyebabkan mereka terlibat dengan tingkah laku seksual
v)Pengaruh Institusi Pengajian
Hasil kajian ini mendapati bahawa institusi pengajian merupakan faktor pelindung namun ia bukan peramal yang signifikan. Ia bertentangan dengan dapatan kajian oleh Elizabeth et. al, 2008; Cleveland et. al, 2008; Brady, 2006 yang mendapati institusi pengajian merupakan faktor pelindung terhadap belia akhir yang dapat mengelakkan mereka terjebak dengan gejala sosial seperti perlakuan seks tidak sihat. Menurut pengkaji, hal ini berlaku kerana kepadatan jadual pembelajaran dan aktiviti kokurikulum yang terlalu banyak menyebabkan pelajar-pelajar di institusi terikat dengan pelbagai sistem seperti peraturan AUKU dan peraturan kolej yang mengawal tingkah laku pelajar di IPTA. Selain itu, mereka terlibat dengan pelbagai aktiviti yang wajib disertai oleh semua pelajar terutamanya pada tahun pertama pengajian. Keadaan ini menyebabkan pergerakan dan aktiviti sosial pelajar menjadi terhad. Pandangan ini sejajar dengan Brady (2008) yang menyatakan kehidupan sebagai pelajar tahun pertama amat sibuk memandangkan mereka dipaksa untuk menyertai banyak aktiviti kokurikulum sebagai kredit pada mereka. Seterusnya, terdapat pelajar di IPTA yang terlalu sibuk dengan kokurikulum sehingga berhadapan dengan masalah pembelajaran. Ini sejajar dengan kajian Norulhuda Sarnon & Khaidzir Ismail, 1997; Siti Rahayu Ahmadan & Khaidzir Ismail, 2008 yang menyatakan masalah ponteng sekolah/kuliah boleh dikaitkan dengan penyesuaian terhadap kerja sekolah/kuliah. Selain itu, didapati masalah tugasan kuliah paling menyumbang kepada permasalahan belia dan ini berlaku disebabkan oleh masalah beradaptasi dengan tugasan yang diberikan dan kaedah pembelajaran. Walaupun institusi pengajian ini memberi pendedahan kepada pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan kaedah pembelajaran yang berbeza daripada persekolahan, namun secara tidak langsung mereka turut mempelajari cara untuk berdaya saing dan beradaptasi dengan budaya sosial di institusi. Kegagalan untuk beradaptasi juga akan membawa kepada kelakuan yang tidak sihat iaitu salah satunya adalah terlibat dengan perlakuan seksual. Tambahan, pelajar yang mampu berdaya saing selalunya tidak akan mempunyai masalah dalam pelajaran mahu pun kokurikulum
vi)Pengaruh Komuniti
Faktor komuniti tidak menjadi peramal dalam meramal tingkah laku seksual pelajar di IPTA walaupun faktor ia merupakan faktor risiko kepada tingkah laku seksual. Dapatan kajian ini bertentangan dengan dapatan kajian Voisin et. al, 2008; Shrier & Crosby, 2003; Brady, 2006; Cleveland et. al, 2008; Yi et. al, 2010 yang menyatakan pendedahan dalam keganasan komuniti merupakan faktor risiko yang mempunyai kaitan dalam penyalahgunaan dadah dan perlakuan seksual belia. Pengkaji berpendapat, keadaan ini berlaku apabila belia yang dapat menyambung pengajian ke peringkat tertinggi terpaksa hidup di luar lingkungan keluarga. Mereka memulakan kehidupan baru iaitu menetap di tempat tinggal yang baru. Mereka akan tinggal sama ada di asrama atau rumah sewa dan cabaran bermula bagi pelajar di IPTA yang baru pertama kali berhijrah daripada tempat kelahiran asalnya. Persekitaran kawasan perumahan amat mempengaruhi mereka secara langsung atau tidak dan jiran amat memberi impak yang penting dalam diri individu. Jiran yang baik dan prihatin dapat mengurangkan keterlibatan mereka kepada gejala yang tidak sihat. Jiran yang mengambil berat persekitaran akan selalu menegur anak muda daripada melakukan kesalahan seperti membawa masuk dan keluar sesuka hati pasangan dalam rumah sewa mereka. Namun, kenyataan ini bertentangan dengan dapatan kajian Voisin et. al (2008) menyatakan bahawa belia yang terdedah dengan keganasan dalam komuniti dan komuniti yang tidak prihatin akan meningkatkan kebarangkalian terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat. Kebanyakan pelajar di IPTA dalam kajian ini berkemungkinan hidup di dalam persekitaran komuniti yang positif.
Mohd Abu Bakar bin shis (2010/2011)
Menurut kajiannya yang bertajuk kajian gejala sosial di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi yang menetap di kolej sembilan,kolej sepuluh dan kolej perdana universiti teknologi malaysia pula mengetengahkan tiga faktor berlakunya amalan seks bebas dalam kalangan pelajar ipta.Faktor-faktor tersebut ialah faktor pengaruh internet,faktor didikan agama dan faktor masa lapang pelajar.
i)Faktor Pengaruh Internet
“Dunia tanpa sempadan”, “Maklumat hanya dihujung jari”, berdasarkan kenyataan tersebut, maklumat kini mudah untuk diperolehi. Tidak terbatas dengan jarak dan masa. Pelajar IPT sering kali mengunakan komputer dalam menyelesaikan tugasan yang telah diserahkan oleh pensyarah dan ini termasuk dalam pencarian maklumat. Terdapat berbagai bentuk maklumat dan media yang disediakan didalam internet tetapi tidak semuanya adalah bersesuaian dengan tugasan yang diberikan. Maklumat dapat dikategorikan sebagai maklumat yang berguna dan maklumat yang tidak baik seperti 19 video dan gambar lucah, filem-filem yang memaparkan keganasan dan perlakuan menghisap dadah dan sebagainya lagi. Perkembangan teknologi merupakan suatu anugerah kepada kita manusia namun masyarakat perlu bersedia dengan ledakan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang turut membawa pengaruh-pengaruh negatif yang boleh diperoleh oleh sesiapa saja (Utusan Malaysia, Isnin, 23 Ogos, 2004). Penapisan bentuk maklumat seperti yang dilakukan jabatan penapisan maklumat dan media Negara merupakan satu tindakan yang baik. Penapisan maklumat dapat mengurangkan bentuk-bentuk maklumat yang tidak berguna atau tidak sepatutnya sampai kepada orang ramai. Penapisan dari segi maklumat internet seharusnya menjadi perkara penting dalam menangani masalah ini. Namun penapisan maklumat melalui internet adalah amat sukar untuk dilakukan dan ia agak mustahil untuk dilakukan dalam lingkungan masyarakat yang besar.
Noor Azam Abdul Rahman (2003) menerangkan remaja melayu kini telah dijangkiti ketagihan internet yang agak teruk ( cybermania). Golongan ini mengunakan internet bukan sahaja untuk tujuan pendidikan. Tetapi sebagai sumber untuk mendapatkan hiburan yang lebih bebas tanpa kongkongan keluarga seperti games, laman pronografi, berkenalan (chatting). Penyalahgunaan internet bukan sahaja merugikan masa seseorang itu, ia juga akan menberi kesan kepada persekitaran disekeliling mereka. Contoh kesan yang wujud seperti kerja yang tidak menentu, pandangan serong dari orang ramai, dan macam-macam lagi.
ii)Faktor Didikan Agama
Tugas mendidik anak beragama itu adalah wajib hukumnya, bukan setakat pendidikan untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Rasid Rahaman Berita Minggu, Ahad, 23 Dis. 2007). Setiap agama akan mengajar kita untuk menjadi seorang yang berguna bukan sahaja untuk diri kita malahan untuk orang lain. Agama memainkan 20 peranan dalam menentukan sikap seseorang samada betul mahupun salah. Setiap peraturan yang telah ditetapkan menpunyai sebab-sebab yang tertentu agar kita dapat menjalani hidup kita dengan lebih baik lagi. Dalam agama sendiri telah menyatakan bahawa kita seharusnya menpunyai kepercayaan kepada tuhan dan perintah-NYA. Peraturan dan perintah yang telah diwujudkan-NYA adalah bertujuan untuk kebaikan manusia sejagat.
Masalah sosial kini wujud adalah juga disebabkan dengan kekurangan ilmu agama di kalangan para remaja kita masa kini. Melalui daripada Sidek Baba , Berita Harian, Sabtu, 13 Dis. 2008, pelajar kini hanya diajar untuk menghafal bukan untuk memahami ajaran agama, ini menyebabkan pelajar yang mendapat markah yang baik dalam peperiksaan namun terjebak dalam gejala dadah. Tidak mustahil juga para pelajar ini akan terlibat dengan gejala sosial lain tidak hanya gejala dadah. Beliau turut menyebut bahawa mata pelajaran agama dapat digunakan secara berkesan dengan mengaplikasikanya kedalam kehidupan seharian. Dengan cara ini pelajar akan lebih memahami akan fungsi ilmu agama dalam kehidupan seharian dan dapat terus mengaplikasikanya kedalam kehidupan seharian mereka.
Noor Azam Abdul Rahman (2003), dalam Islam telah mengariskan prisip hubungan antara ibu bapa dan anak-anak berdasarkan peranan masing-masing. Peranan dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu, pertama tanggungjawab pendidikan iman yang menerangkan tentang dasar-dasar Iman, rukun Islam dan dasar-dasar Syariah. Kedua tanggungjawab pendidikan moral, iaitu pendidikan mengenai dasar-dasar moral dan keutamaan perangai atau tabiat yang harus dimiliki. Ketiga tanggungjawab pendidikan fisik iaitu merangkumi perkara-perkara seperti mejaga kebajikan anak-anak dan mengalakan mereka untuk berbuat baik. Prinsip yang pertama telah menyatakan bahawa ibu bapa adalah wajib untuk menberi pendidikan agama kepada anak-anak mereka. Pendidikan agama adalah penting untuk pelajar tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang merosakan diri mereka
iii)Faktor Masa Lapang Pelajar
Pelajar di insitusi pengajian tinggi adalah berbeza berbanding dengan pelajar di sekolah. Disini mereka lebih bebas untuk merancang corak pembelajaran mereka sendiri. Bagi pelajar yang bijak, mereka akan dapat menyusun dengan baik dan teratur. Penyusunan masa yang baik akan menbantu pelajar dalam pelajaran dan juga aktiviti yang melibatkan mereka. Penglibatan pelajar adalah berdasarkan pilihan mereka sendiri, namun pihak universiti telah menetapkan bahawa setiap pelajar diwajibkan untuk mengikuti dua aktiviti kokurikulum sepanjang mereka mengikuti pengajian.
Farahwahida mohd yusuf dan norazila sugiman(2011)
Kajian yang bertajuk persepsi pelajar institusi pengajian tinggi awam terhadap amalan seks pula meletakkan diri sendiri di tangga teratas dalam senarai faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya amalan seks bebas dalam kalangan pelajar ipta.seterusnya,diikuti dengan faktor institusi keluarga,faktor rakan sebaya,faktor masyarakat,faktor media massa dan tidak kurang pentingnya faktor kerajaan.
i) Diri Sendiri
Lazimnya perasaan ingin mencuba di samping nafsu yang tidak terkawal boleh mendorong seseorang melakukan seks bebas tanpa memikirkan kesan buruk perbuatan tersebut. Golongan remaja terutamanya paling mudah terpengaruh dan sering terdedah kepada unsur-unsur yang kurang sihat seperti dadah, mengambil minuman keras dan pergaulan bebas yang menjurus kepada seks bebas. Dalam keadaan demikian, jiwa mereka sering memberontak dan sentiasa ingin melakukan sesuatu yang baru tanpa mengira sama ada haram atau halal sehingga boleh merosakkan peribadi dan akhlak. Remaja terjerumus melakukan seks bebas kerana terlalu mengikut kehendak naluri yang mahukan kebebasan, lebih-lebih lagi remaja yang cetek akal fikiran.
Langkah-langkah Membendung Amalan Seks Bebas dalam Kalangan Pelajar Ipt
Melati Sumari dan Zaharah Hussin(2006)
(a) Contoh Teladan Ahli Akademik dan Pentadbir
Satu perkara yang paling utama dalam membantu pelajar mencapai kematangan moral dan akhlak ialah contoh yang baik yang ditunjukkan oleh orang-orang yang mereka hormati seperti ahli akademik dan pentadbir. Malahan di dalam Islam, Rasulullah saw diutuskan untuk kesempurnaan akhlak dan baginda merupakan contoh tauladan utama sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Qalam, ayat 4 bermaksud: “ Dan sesungguhnya kamu (Muhammad s.a.w. benar-benar memiliki akhlak yang agung. Kajian-kajian dan penulisan pakar juga telah membuktikan bahawa kehadiran contoh sangat penting di dalam membentuk keperibadian seseorang (Miskawayh, 1966; ‘Ulwan (1989), Wan Bakar Wan Dagang, 1991, Mazhahiri 2000; Masribanun Duki, 2004; Mohd Nasir Omar, 2005)
Bagi fenomena di IPT, kakitangan akademik dan pentadbir terutamanya harus menunjukkan etika yang mulia. Contohnya, dalam kes ketidakjujuran akademik (academic dishonesty) kakitangan akademik sendiri haruslah jujur dalam kerja-kerja akademik mereka. Walaupun hampir tiada kajian mengenai ketidakjujuranakademik di kalangan pensyarah di pusat pengajian tempatan, namun kajian yang dijalankan di luar negara boleh dijadikan panduan tentang betapa seriusnya masalah ini. Kajian Engel dan Smith (1990, m.s. 567)
misalnya melaporkan, “…a minority of faculty were plagiarizing research data and accepting sex for
grades”. Selanjutnya, Engel dan Smith juga menyatakan “…a sizable number of faculty appear to be
involved with canceling office hours excessively, utilizing outdated lecture notes, and allowing students to
grade non-objective exams” (m.s.567). Apa yang dilaporkan oleh Engel dan Smith menggambarkan tentang sikap sesetengah kakitangan akademik yang tidak beretika dalam tugas mereka. Sikap sedemikian boleh mendorong pelajar untuk mencontohinya tanpa disedari oleh kakitangan berkenaan.
B) Bimbing Pelajar sentiasa Berhubung dan Menjalin Hubungan Erat dengan Ibu-bapa danKeluarga.
Driscoll (1992) menyatakan bahawa remaja yang mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapa dan sekolah kurang melibatkan diri di dalam salah laku. Justeru itu, pensyarah perlu sentiasa menasihati pelajar secara tidak langsung agar berhubung dan sentiasa menjalinkan hubungan erat dengan keluarga mereka. Kajian Azizah Lebai Nordin (2002) menunjukkan bahawa remaja yang mempunyai hubungan erat dengan keluarga kurang menghadapi masalah disiplin.
Siti Marhamah Kamarul Arifain, Khaidzir HJ. Ismail, Hanina Halimatusaadiah Hamsan & Zaki Ibrahim (2012)
a)Kerajaan
Di samping itu, kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah dengan mendekati pelajar di IPTA dengan memberikan kaunseling serta program latihan. Mereka perlulah diberi sokongan sosial dan bantuan kewangan untuk menampung kehidupannya di institusi pengajian. Dengan bantuan seperti ini, mereka akan berasa masa depan yang cerah dan mampu untuk berjaya bagi menebus kesilapan silam mereka. Ini selaras dengan intervensi yang dijalankan di Sweden yang banyak dipengaruhi pandangan kemanusiaan tentang dasar sosial yang bertujuan untuk memberikan setiap orang peluang untuk belajar tanpa mengira tempat tinggal, latar belakang sosial, gender atau umur (Fatimah Abdullah 2010)
b)Pelajar Ipt sendiri
Pelajar di IPTA mestilah peka dengan keperluan diri sendiri. Walaupun mereka sudah duduk di luar lingkungan kekeluargaan dan kurang mendapat sokongan keluarga, namun tidak semestinya keluarga tidak sayang pada mereka. Cara mengatasi masalah diri sendiri ini juga boleh dilakukan dengan menganjurkan kempen nilai menahan diri daripada terjerumus dengan aktiviti seksual sehinggalah bernikah secara sah. Kempen ini telah dijalankan di Malaysia melaui program Youth Abstinence Walk 2007 untuk membantu golongan muda berurusan dengan individu, keluarga dan kepentingan menjaga diri. Mereka diberi peluang untuk bersoal jawab tentang implikasi seks sebelum nikah, hubungan sihat dan kesannya pada risiko HIV/AIDS (Fatimah Abdullah 2010). Menurut Nik Azis Nik Pa (1998) terdapat empat kekuatan asas untuk membantu remaja menjalani kehidupan iaitu kekuatan akidah, kekuatan ilmu, kekuatan akhlak dan kekuatan ekonomi. Perlaksanaan sesuatu program yang mengandungi keempat-empat kekuatan ini akan memberi impak positif dan menyebabkan penghijrahan jiwa remaja ke arah kebaikan. Kajian ini juga turut dilakukan Khairil Anwar dan Khaidzir Hj Ismail (2009) yang menerapkan isu psikologi Islam sama ada dalam bentuk kegiatan mahu pun secara pemikiran dan menawarkan epistemologi psikologi Islam dengan cara mentrasformasikan ideologi, budaya dan sosial yang bersumberkan Al-Quran dan Hadith yang berdasarkan kepada lima domain iaitu ilmu ketauhidan, hukum Islam, konsep pengetahuan Islam, sejarah Islam dan etika Islam.
Mustapha Kamal Ahmad Kassim(2014)
a)Pensyarah
Memohon kerjasama semua pensyarah yang mendapati para pelajar yang bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, hendaklah dinasihati atau memohon khidmat nasihat daripada pihak Unit Bimbingan& Kaunseling, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Kesimpulan
Kesimpulannya ialah sebagai umat islam,hidup kita mestilah hidup berpaksikan al-quran dan as-sunnah kerana sekiranya kita berpegang teguh terhadap kedua-duanya nescaya kita tidak akan sesat selamanya.dan sebagai hamba yang taat janganlah kita melanggar suruhan dan laranganNya kerana setiap apa yang diperintahkan itu mempunyai kebaikan untuk hidup kita.
Pelajar Ipt seharusnya memberi contoh dan tauladan yang baik kepada masyarakat.Oleh Itu,jauhkanlah diri daripada terjebak dalam gejala sosial yang tidak sihat seperti seks bebas kerana ia akan memberi impak negatif terhadap imej seorang pelajar ipt yang menjadi harapan bangsa untuk membentuk dan membangunkan negara yang bertamdun ia akan menjadi halangan dalam usaha untuk melahirkan generasi yang cemerlang,gemilang dan terbilang bukan sahaja dalam aspek akedemik bahkan dari sudut akhlak dan keterampilan.
Rujukan
Farahwahida Mohd Yusof, Norazila Sugiman.2011.Persepsi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam Terhadap Amalan Seks.Jilid 1.Universiti Teknologi Malaysia,Johor
Mariani bt. Md. Nor dan Hamidah bt. Sulaiman. 2005. Seks Bebas: Mengenal Pasti Punca Pelakuan dalam Roziah Omar dan Sivamurugan Pandian. Malaysia Isuisu Sosial Semasa
Maslee Malik dan Hamidah Mat. 2007. Cinta IPT: Rahsia Yang Perlu Anda Ketahui. Selangor:Edusystem Sdn. Bhd
Mohamad Faizal Mohamad,Mohd Zaki Ishak.2014.Gejala Hubungan Seks dalam Kalangan Pelajar.Universiti Malaysia Sabah
Mohammad Abu Bakar Shis.2010.Kajian Gejala Sosial di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Yang Menetap di Kolej Sembilan,Kolej Sepuluh,dan Kolej Perdana,Universiti Teknologi Malaysia.
Mustapha Kamal Ahmad Kassim, Azhar Mahmud, Saharudin Suhadi, Lim Siew Geck, Siti Hawa Hashim & Rose Maria Ira Jailani.2014.Persepsi Pelajar Institiut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Terhadap Isu Hubungan Seksual Masa Kini.
Norhafizah Mohd Burhan.2011.Seks Bebas:Persepsi di kalangan Mahasiswa Ipta/Ipts di Pahang.Institut Penyelidikan Universiti Teknologi Mara Shah Alam.Selangor
Siti Marhamah Kamarul Arifain,Khaidzir Hj.Ismail,Hanina Halimatusaadiah Hamsan&Zaki ibrahim.2012.Faktor Risiko dan Pelindung Terhadap Tingkah Laku Seksual dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam.
No comments:
Post a Comment