Sunday, 26 June 2016

Penderaan Fizikal Kanak-kanak


                               Penderaan Fizikal Kanak-kanak
                   
  Penderaan fizikal kanak- kanak bermaksud satu perbuatan memukul samaada dengan menggunakan objek atau kekuatan fizikal dengan tujuan untuk mendera atau mencederakan seseorang seperti kanak-kanak,orang tua,wanita,haiwan dan lain-lain.Bukan itu sahaja,ia termasuk perbuatan menendang,menyebat,mengikat,melecurkan,tidak memberi makanan dan lain-lain perbuatan yang membawa maksud mendera.

Sebab-sebab Penderaan Fizikal 

Sesungguhnya setiap perbuatan yang terjadi pasti ada sebab-musabab mengapa perkara sedemekian boleh terjadi ini sesuai dengan pepatah  melayu yang berbunyi masakan pokok akan jika bukan angin yang meniupnya.Antara orang yang terlibat dalam  mendera ini sudah tentu dari kalangan orang dewasa akan tetapi majoriti adalah dari  kalangan ibu bapa itu sendiri. Oleh itu,di sini kita lebih memfokuskan penderaan melalui ibu bapa kerana ibu bapa yang merupakan orang yang berada paling hampir dengan kanak-kanak ini.Sebab-sebab yang boleh kita kenal pasti ialah tekanan semasa kerja.Ini adalah antara sebab terpenting kerana mungkin boleh jadi kerana berasa sangat letih selepas pulang dari bekerja.Dan apabila pulang anak-anak membuat masalah seperti bergaduh atau membuat bising ini menyebabkan tekanan mental kepada ibu bapa.

Bagi melepaskan perasaan geram itu ibu bapa bertindak mendera dengan alasan anak-anak membuat bising.Faktor lain ialah masalah ekonomi.Keadaan ekonomi yang tidak kukuh terutama masalah kewangan rumah tangga menyebabkan ibu bapa terpaksa bertungkus- lumus mencari wang lebih untuk menyara keluarga.Seterusnya,Kurangnya ilmu dalam mendidik anak-anak juga boleh terjadinya perkara seperti ini.Bagi ibu bapa yang tidak mempunyai ilmu akan mengajar dengan cara yang kasar seperti merotan,mencekik,menampar dan lain-lain dengan tujuan untuk mengajar anak-anak untuk mendengar kata.

Selain itu,Pengalaman masa  silam.Ada dikalangan ibu bapa yang mana pada masa dulu dia pernah mengalami perasaan didera oleh orang tua mereka semasa mereka kecil dulu menyebabkan mereka membalas balik kepada anak-anak supaya anak-anak memahami perasaan bagaimana mereka dididik dulu.Bukan itu sahaja,ibu bapa yang dulunya seorang gengster atau penagih dadah juga merupakan salah satu sebabnya.Sebab yang terakhir ialah pengaruh media massa.Adegan seperti memukul atau mendera anak yang disiarkan di kaca televisyen juga boleh mempengaruhi ibu bapa untuk meniru pebuatan sedemikian tanpa sebab atau lebih tepat untuk bersuka-suka.



          Akibat Penderaan Fizikal

Setiap perkara yang kita lakukan pasti akan ada akibatnya.Perbezaannya adalah akibat yang datang itu sama ada baik atau buruk.Walaubagaimanapun,penderaan fizikal tentulah akan mendatangkan kesan buruk.Antara akibatnya ialah boleh mendatangkan kesan luka yang kekal.Setiap perbuatan  memukul atau mendera yang dilakukan secara berlebihan sudah pasti akan  mendatangkan kesan parut yang kekal.Sebagai contohnya, seorang bapa memukul anaknya dengan menggunakan rotan pada tangan anaknya sehingga kulitnya terkoyak dan mengalirkan darah.

 Apabila luka itu sembuh sudah pasti akan ada kesan parut.Kedua,kesan parut yang tersembunyi.Setiap perlakuan ibu bapa yang keterlaluan seperti itu pasti akan mendatangkan menanam perasaan benci anak yang didera itu sehingga ia dewasa.Dan apabila mereka sudah dewasa sudah pasti mereka membalas kembali kepada ibu bapa seperti mana mereka diperlakukan semasa mereka kecil dulu.Seterusnya,perkara ini akan menjadi lebih teruk lagi apabila anak yang didera itu terasa ingin membunuh diri kerana desakan yang melampau sehinngga menyebabkan mental mereka tidak dapat berfikir dengan waras dan salah satu jalan penyelesain yang tinggal ialah dengan membunuh diri.

Keempat,Menunjukkan tanda-tanda kemurungan. Semakin kerap kanak-kanak itu didera tidak mustahil simptom-simpton seperti in boleh terjadi. Apabila simpton seperti ini berlaku kanak-kanak itu menjadi seorang yang pendial,kurang bercakap,kurang keyakinan diri dan lain-lain.

Kelima,secara tidak langsung juga kanak-kanak yang didera itu akan mempunyai sikap yang buruk pada masa akan datang kerana dia sudah terbiasa dengan sikap yang ditunjukkan oleh ibu bapanya.

Keenam,Trauma dan kerap mengigau.Seseorang yang kerap didera akan mengalami trauma yang melampau sehinggakan dia boleh menjadi takut dan gentar apabila melihat dan mendengar nama yang menderainya.Seterusnya, ia akan membawa kepada mimpi menyebabkannya sentiasa mengigau.Akhir sekali,lari dari rumah.Seseorang kanak-kanak itu akan mengambil tindakan yang drastik dengan lari rumah apabila kanak itu sudah tidak tahan untuk tinggal di rumahnya kerana asyik sentiasa didera.




                                Akta kanak-kanak 2001
Bagi menjaga dan memeliha kanak-kanak dari terus dianiayai maka satu akta telah diwujudkan

    Seksyen 17(2)(b), Bab 1 – Bahagian V Akta Kanak-kanak 2001 Malaysia menyatakan bahawa seseorang kanak-kanak itu “tercedera secara fizikal jika ada kecederaan yang ketara dan nyata pada  mana-mana bahagian tubuhnya akibat penggunaan kekasaran atau  penggunaan alat dengan cara yang disengajakan yang dinampakkan  antara lainnya oleh luka melecet, lebam, lelasan, parut, tulang yang patah  atau tercedera, dislokasi tulang, sendi terkehel, pendarahan, visera yang  pecah, luka terbakar, kulit melecur, keadaan tidak sedar atau separuh sedar, kehilangan fungsi fisiologi atau fungsi fisiologi terjejas, atau  kehilangan rambut dan gigi.” 

Pesalah ini juga boleh dihukum mengikut akta kanak-kanak (2001) dan kod penal (dipinda 1997).Selain itu,pesalah juga boleh dikenakan denda maksimum rm 50,000 atau dipenjarakan sehingg 20 tahun ,atau kedua-duanya bergantung kepada jenayah.Pesalah juga boleh disebat selain hukuman denda dan penjara.

                 Tujuan akta diwujudkan

Tujuan akta ini ditubuhkan adalah untuk meningkatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap usaha melindungi kanak-kanak adalah merupakan tanggungjawab bersama.Sesungguhnya setiap tidak boleh melepaskan perkara seperti dibiarkan kerana dikhuatiri keadaan akan terus berlanjutan.Mereka seharusnya mengerti dan memehami perasaan kanak-kanak yang didera.Jika bukan kita atau undang-undang siapa lagi yang akan membela mereka.

Seterusnya,akta ini seperti ini ditubuhkan untuk menimbulkan perasaan takut dan gentar terutama orang dewasa menyebabkan mereka akan berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu tindakan.Kemudian,bertujuan melindungi hak-hak dan asasi kanak-kanak.Lebih tepat lagi melindungi mereka dari segi bentuk pengabaian,penderaan,keganasan dan pengeksploitasian kanak-kanak.Akhir sekali,memberitahu  kepada semua masyarakat bahawa negara Malaysia ini mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi dan tidak boleh sewenang-wenangnya untuk melanggari undang-undang yang telah ditetapkan.Kerana setiap perbuatan salah laku yang telah dilakukan pasti akan menerima hukuman yang setimpal selaras dengan apa yang telah mereka lakukan.



No comments:

Post a Comment