Friday, 21 July 2017

Sifat pemurah dan tangan terbuka

Sifat pemurah dan tangan terbuka sama sekali tidak mempunyai perbezaan yang ketara dimana ianya hampir menggabungkan maksud yang Saling berkaitan iaitu memberi dan menerima. Sifat pemurah mendifinisikan maksud mendermakan sesuatu kepada orang lain manakala tangan terbuka pula ialah menerima apa sahaja yang diberikan kepadanya tanpa mengira nilai pemberian tersebut walaupun si penerima lebih dari mampu untuk memilikinya. Selain itu tangan terbuka juga membawa maksud suka menolong orang dan bermurah hati.

Pelbagai contoh yang boleh dikaitkan dalam sifat permurah dan tangan terbuka. Dimana sifat pemurah merangkumi pelbagai aspek seperti pemurah kepada diri sendiri iaitu berusaha mencapai redha Allah, pemurah kepada pekerja bawahannya iaitu dari segi kepimpinannya, pemurah kepada hak tubuh badannya iaitu memberi ruang rehat yang secukupnya selain itu  bersikap pemurah juga kepada insan sekeliling iaitu dengan berkongis segala ilmu yang ada dan pemurah kepada maruah iaitu dengan memberi maaf serta sabar dalam menghadapi pelbagai kerenah dan ragam manusia sekeliling. Sikap pe,urah ini merupakan sikap semulajadi yang ada pada diri seseorang individu. Ianya lahir tanpa paksaan mahupun ikutan.

Seterusnya tangan terbuka pula ialah sedia menerima apa sahaja dari pelbagai aspek. Contohnya menanggung bebanan yang tiada kaitan dengan dirinya. Dalam situasi ini ia boleh dikaitkan dengan keadaan  seseorang yang sanggup membiaya pembelanjaan anak fakir miskin tanpa merungut dan mengungkit pemberian. Tangan terbuka adalah kiasan dari sifat Allah SWT yang memberi kemudahan dan kenikmatan kepada makhluk ciptaan Allah SWT.


Oleh yang demikian sebagai mahkluk Allah SWT dimuka bumi ini seharusnya mempunyai dua sifat terpuji tersebut. Didalam memberi ada penerima dan dalam menerima adanya pulak sifat untuk mmeberi semula. Jika dua sifat ini telah dipupuk dalam jiwa setiap manusia tidak hairanlah jika Islam dipandang mulia dan disanjung tinggi kerana mempunyai nilai komunikasi yang mungkin tidak mampu ditiru oleh orang kafir.

No comments:

Post a Comment