1.4 AGAMA DAN TAMADUN
Agama adalah satu aspek yang tidak boleh diabaikan dalam kajian ketamadunan. Fenomena agama penting difahami kerana ia merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia. Berasaskan fahaman sekular agama melibatkan kepercayaan (belief) terhadap suatu yang bersifat “transcendent” dan “beyond”.4
Manakala tamadun merujuk kepada suatu tingkat pencapaian daripada segi pembangunan sosial, keadaan masyarakat yang berperadaban atau menjadi bertamadun. Ianya bermaksud suatu masyarakat yang mencapai tahap maju dalam bidang sosial, seni dan sains yang mempunyai kompleksiti daripada segi budaya yang dibentuk dalam kelompok tertentu berasaskanepoch yang tertentu.
Bagi menghuraikan hubungan antara tamadun dengan agama, suatu pendekatan yang bersifat kefalsafahan diperlukan. Ia harus bertitik tolak daripada konsep manusia sebagai agen tamadun par exellence. Oleh kerana tamadun dibina atas acuan dan bentuk serta latar budaya masyarakat yang tertentu maka faktor keagamaan atau sistem kepercayaan sesuatu masyarakat itu tidak dapat diketepikan dan/malah ianya dalam banyak keadaan menjadi faktor penentu.
Hal yang demikian ini dapat dibuktikan melalui singkapan sejarah tamadun-tamadun besar dunia. Tamadun-tamadun dunia yang pernah muncul seperti Aztec, Sumeria/Babylonia, Mesir Purba, China, Indus-Ganges misalnya mempunyai tradisi sistem kepercayaan yang mendominasi malah menentukan imej tamadun tersebut.
Kehidupan berbudi pekerti mulia dan bermoral tinggi merupakan perkara penting dalam kehidupan bertamadun. Pembinaan sifat tersebut pada diri seseorang berkait rapat dengan kepercayaan beragama dalam kehidupan seorang manusia. Agama berperanan membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta perilaku tindakan mereka dalam kehidupan. Daripada bukti tamadun-tamadun silam, dapat dilihat bagaimana agama mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan tamadun. Bukti-bukti peninggalan dan barangan tamadun-tamadun silam yang dapat dilihat sehingga ke hari ini menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama.
Namun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi dengan kuat oleh agama sebagaimana tamadun Barat kontemporari yang lebih cenderung memencilkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan masyarakatnya. Selain daripada itu, terdapat beberapa tamadun yang turut mengumpulkan pelbagai agama yang berbeza sebagai pegangan masyarakat. Fenomena ini dapat dilihat dalam zaman tamadun Islam yang lalu, apabila tidak semua yang bernaung di bawah tamadun itu terdiri dari kalangan masyarakat Islam.
Berasaskan pandangan para sarjana umumnya, terdapat sekurang-kurangnya dua aliran iaitu yang bependapat agama mempunyai pengaruh dan peranan yang besar terhadap tamadun di satu pihak dan mereka yang skeptikal terhadap peranan agama disatu pihak yang lain. Sebagai contoh, Arnold Toynbee berpendapat “in the course if its evolution, a civilisation produced, among other things, a universal state and higher form of religion”. Namun seorang lagi sarjana Amerika, Thomas Berry berpendapat bahawa tamadun ketimuran (oriental civilisation) seperti China dan India tidak dapat difahami sepenuhnya kecuali dengan merujuk kepada agama-agama besar Asia. Manakala Edward Sullivan ketika mengulas dan mengiktiraf peranan Islam dalam pembinaan tamadun Islam mencatatkan “Muslim civilisation was the product of Muslim religion”.
Para sarjana Islam dalam bidang ini pula telah membuat penegasan tentang kedudukan, peranan serta pengaruh Islam sebagai pemangkin kebangunan tamadun Islam. Muhammad Abduh misalnya dalam Tafsir al-Quran telah membuat suatu generalisasi bahawa semua tamadun (madaniyyat) dibangunkan di atas asas agama. Manakala Ali Shariati pula menekan persoalan peranan Islam sebagai faktor utama dalam proses kebangunan Tamadun Islam.
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini kehidupan yang berbudi pekerti mulia dan bermoral tinggi merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan bertamadun. Pembinaan sifat yang seperti ini pada diri seseorang begitu berkait rapat dengan kepercayaan yang diterima, manakala kepercayaan seseorang pula merujuk kepada kehidupannya sebagai manusia beragama. Peranan agama dalam membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta penlaku tindakan mereka dalam kehidupan sememangnya begitu penting. Di sini dapat diperlihatkan bagaimana agama mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan tamadun sebagaimana yang digambarkan oleh tamadun-tamadun silam.
kemuculan tamadun-tamadun silam sebelum ini merupakan manifestasi kepada kehidupan beragama yang berperanan membentuk pandangan semesta dan nilai kehidupan yang terpuji dalam masyarakat ketika itu. Perkara ini dapat dilihat sendiri kepada peninggalan bangunan dan barangan tamadun-tamadun silam yang dapat menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama. Namun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi dengan kuat oleh agama sebagaimana tamadun Barat kontemporari yang lebih cenderung memencilkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan masyarakatnya. Selam daripada itu, terdapat beberapa tamadun yang turut mengumpulkan pelbagai agama yang berbeza sebagai pegangan masyarakat. Fenomena ini dapat dilihat dalam zaman tamadun Islam yang lalu, apabila tidak semua yang bernaung di bawah tamadun itu terdiri dari kalangan masyarakat Islam.
1.1.2 Hubungan Tamadun dengan Budaya
Tamadun dan budaya mempunyai perhubungan yang rapat kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun. Budaya kehidupan sesebuah mesyarakat merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaran mereka (termasuk persekitaran sosial) dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Masyarakat yang berbudaya tinggi sudah pasti mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri- cin kehidupan bertamadun. Bagaimanapun tamadun berbeza daripada budaya sekiranya dilihat dari dua keadaan berikut:
a. Pengaruh dari natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh dari natijah budaya. Dengan pengertian lain sesuatu natijah budaya yang kekal lama dalam sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun. Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu natijah tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka telah jauh berbeza daripada keadaan silam. Manakala cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan pula merupakan natijah budaya kerana telah mengalami banyak perubahan dalam tempoh seratus tahun ini.
b. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di rantau Melayu berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab sungguhpun mereka berada di bawah naungan ketamadunan Islam.
Dalam kehidupan bertamadun, masyarakatnya manusia dicirikan sebagai masyarakat yang memiliki budaya yang tinggi dan terpuji. Budaya merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaranmya (termasuk persekitaran sosial) dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Berbudaya tinggi dan terpuji pula merujuk kepada kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang dipaparkan dalam kehidupan mereka. Bagaimanapun tamadun berbeza daripada budaya apabila dilihat dari dua keadaan berikut
a. Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh dan natijah budaya. Dengan pengertian lain sesuatu natijah budaya yang kekal lama dalam sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun. Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu natijah tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka telah jauh berbeza daripada keadaan silam. Cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan pula merupakan natijah budaya kerana telah mengalami banyak perubahan dalam tempoh seratus tahun ini.
b. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di rantau Melayu berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab sungguhpun mereka berada di bawah naungan ketamadunan Islam.
Tamadun dan Bangsa
Lazimnya sesuatu bangsa mempunyai pertalian yang rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu. Manakala tamadun pula bersifat universal melintasi sempadan geografi yang secara langsung melampaui batasan bangsa dan kebangsaan. Terdapat tamadun yang dibangun dan dimiliki oleh lebih daripada satu bangsa atau kaum seperti tamadun Barat yang mengandungi beberapa bangsa atau kaum di Eropah dan Amerika Utara. Manakala Tamadun Islam telah bangun dan berkembang dengan di latari oleh pelbagai budaya dan bangsa. Secara teorinya, tamadun dan bangsa mempunyai kaitan walaupun selalunya tamadun melampaui batasan kebangsaan. Namun demikian imej sesuatu tamadun itu banyak ditentukan oleh bangsa yang menerajui tamadun itu. Sebagai contoh yang dekat ialah tamadun Islam yang berkembang di Alam Melayu yang memperlihatkan imej dan citra keMelayuannya, pada waktu yang sama meletakkan Islam sebagai asas sistem nilai dan landasannya.
Hubungan antara tamadun dengan bangsa tidaklah begitu ketara sekalipun terdapat beberapa tamadun yang sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa seperti tamadun Cina dan tamadun India. Lazimnya sesebuah bangsa mempunyai pertalian yang rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu. Sebaliknya sifat tamadun melintasi sempadan geografi yang secara langsung melampaui batasan kebangsaan. Terdapat beberapa tamadun yang mengandungi lebih daripada satu bangsa seperti tamadun Barat yang mengandungi beberapa bangsa Eropah dan Amerika Utara. Tamadun dan bangsa sebenarnya tidaklah mempunyai kaitan yang jelas kerana selalunya tamadun melampaui batasan kebangsaan.
No comments:
Post a Comment