Dajjal dikatakan akan muncul dari sebuah daerah bernama Khurasan mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar as-siddiq r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda , maksudnya “ Dajjal itu keluar dari bumi sebelah timur yang disebut Khurasan. Dajjal akan diikuti oleh kaum yang wajah mereka seperti perisai yang dilapisi kulit ”.
Selain itu, terdapat juga
hadis-hadis lain yang menerangkan tentang kemunculan Dajjal anataranya ialah,
sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya, “ Al-Masih akan dating dari arah timur dan
tujuannya adalah Madinah, hingga dia sampai di balik Gunung Uhud. Lalu para
malaikat menghalaunya ke Syam. Dan di sanan dia binasa ” ( hadis riwayat muslim
).
Dalam sejumlah hadis yang lain,
Rasulullah S.A.W. ada menyebutkan bahawa Dajjal akan keluar dari kalangan kaum
Yahudi Ashfahaan dan wilayah tersebut juga berada di arah timur. Selain itu,
Rasulullah juga pernah memberitahu bahawa fitnah ayakni malapetaka selalu
muncul dari arah timur seperti mana sabda beliau yang bermaksud “ dari sini
datang fitnah kearah timur. Kekasaran dan kekerasan hati merupakan sifat-sifat
para pengembala unta dan lembu di kalangan suku Rabii’ah dan Mudhar. ”. ( hadis
riwayat Bukhari )
Dari
beberapa hadis diatas, jelaslah bahawa Dajjal akan keluar dari empat tempat
yang mana kesemuanya berada di arah timur. Walaupun Dajjal mampu mengelilingi
ke seluruh dunia pada waktu yang singkat, namun terdapat beberapa tempat yang
tidak boleh dimasuki oleh Dajjal dan pengikutnya iaitu di Mekah dan Madinah.
Hal
ini disebabkan lokasi –lokasi tersebut
memiliki penjaga yang khusus diciptakan untuk melindungi tempat tersebut
dari Dajjal. Selain itu, terdapat juga empat tempat-tempat yang tidak boleh
dimasuki olehnya iaitu, Masjidil Haram, Masjidil Aqso, Masjid Nabawi dan seterusnya ialah Masjid
Ath-thur.
No comments:
Post a Comment