Sunday, 28 May 2017

PERBEZAAN DIANTARA PERHATIAN DAN PENGAMATAN



Di dalam suatu proses kognitif iaitu mengenai perhatian dan pengamatan, terdapat beberapa perkara yang ingin dikaji iaitu adakah terdapat perbezaan diantara kedua-dua perkara tersebut. Seperti yang kita ketahui kedua-dua perkara tersebut saling berkaitan diantara satu sama lain. Sebagai contohnya, apabila seseorang memberikan sesuatu perhatian terhadap sesuatu perkara secara tidak langsungnya proses penumpuan akan berlaku. Proses pengamatan pula berlaku apabila melibatkan penglihatan dan pendengaran yang di bawa ke otak.
            Dari segi definisi pula, perhatian ini adalah suatu proses kognitif yang menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara dan tidak menghiraukan perkara-perkara yang lain. Perhatian juga merupakan pemusatan atau konsentrasi dari seluruh aktiviti individu yang ditunjukkan kepada sesuatu atau sekumpulan objek. Manakala menurut William james (1890) pula adalah iainya bersifat terhad kerana manusia hanya mampu tertumpu pada satu perkara pada satu masa. Penumpuan itu juga adalah terpilih sifatnya kerana manusia boleh memilih tumpuan pada satu perkara. Definisi yang seterusnya pula adalah pengamatan. Menurut ruth strang, pengamatan ialah satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederiaan. Proses ini penting terutama sekali dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak.
            Dengan meneliti kedua-dua definisi tersebut secara keseluruhannya dapat kita simpulkan bahawa terdapat perbezaan diantara proses perhatian dengan pengamatan. Apa yang membezakan diantara kedua-duanya ialah proses perhatian ataupun penumpuan hanya berlaku dengan penggunaan deria penglihatan dan pendengaran sahaja. Sesorang individu itu akan memberikan perhatian kepada sesuatu yang diingini sahaja dan hanya mampu memberikan satu perhatian sahaja pada suatu masa. Selain itu, perhatian juga merupakan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang yang tertuju kepada suatu objek atau sekumpulan objek. Hanya perkara yang menarik minat sahaja akan diberikan perhatian sepenuhnya.
Seperti contoh didalam kelas, hanya pelajar yang meminati subjek sejarah sahaja akan memberikan perhatian terhadap guru yang mengajar subjek tersebut manakala pelajar yang tidak berminat dengan subjek tersebut tidak akan memberikan perhatian kepada subjek sejarah tersebut. Apabila pelajar tersebut tidak memberikan perhatian kepada subjek tersebut akan membuatkan pelajar tersebut lebih cenderung untuk mendapat markah yang rendah berbanding mereka yang memberi tumpuan sepenuhnya.
            Manakala dari segi pengamatan pula, ianya berlaku apabila proses perhatian telah berlaku dan diikuti dengan pengalaman seseorang dan juga rangsangan yang diterima. Kemudian rangsangan yang diterima tersebut dihantar ke otak untuk melakukan proses mentafsir, menyimpan atau menyatakan rangsangan itu sebagai gerak balas melalui pertuturan ataupun perlakuan fizikal, atau kedua-duanya sekali.
            Sebagai contoh, apabila seseorang individu tersebut memberi perhatian terhadap bunyi motorsikal . Apabila kita telah memberi perhatian terhadap bunyi suatu motorsikal itu, sudah tentunya kita telah menghafal bunyi yang dikeluarkan oleh motorsikal tersebut di samping mengingati bagaimana rupa bentuk motorsikal tersebut sesuai dengan bunyi yang dikeluarkan. Dengan pengalaman kita sebelum ini memberi perhatian terhadap bunyi sesuatu motorsikal tersebut, apabila kita mendengar sahaja bunyi motorsikal tersebut di suatu kawasan, secara automatiknya kita telah membayangkan rupa paras motorsikal tersebut di dalam minda kita.
            Secara kesimpulannya, apa yang membezakan diantara kedua-duanya ialah perhatian hanya berlaku sekiranya seseorang itu meminati sesuatu perkara tersebut dan proses perhatian hanyalah sekadar menerima maklumat sahaja tanpa mengeluarkan apa yang diterimanya. Berbeza pula dengan pengamatan, iaitu proses pengamatan berlaku apabila menerima sesuatu rangsangan terhadap deria dan mengeluarkannya melalui gerak balas, melalui pertuturan dan perlakuan fizikal.

No comments:

Post a Comment