2.0 Biodata Ibnu Khaldun
Tokoh Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun (عبد
الرحمن بن محمد بن خلدون الحضرمي) ataupun lebih dikenali dengan Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar
sains Islam yang hidup antara tahun 1332 - 1395.
Nama
penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr
Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27
Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di
Kaherah, Mesir.
Keluarga
Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik
kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung,
juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden.
Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling
awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga
menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung.
Ibn
Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan
pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam
Castile "the Cruel of Castile".
Ibn
Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan
riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibn
Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo
dan mengerjakan haji pada 1387.
Ibn
Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane,
pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar
Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj.
Karya
teragungnya iaitu Muqaddimah bermula sebagai penulisan mengenai
sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik
mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai
bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal
(secara pengalaman dan kajian).
Ibn
Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ibn Khaldun
membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan
rakyatnya dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan
dalam perdagangan, mencetak dan menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan
kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.
Dalam
segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga
buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka,
menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak
cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya
kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri
mereka sendiri.
Tambahan
lagi, Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya
dalam sosiologi, astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah.
Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi
intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung
jawab, pasaran efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan
penyelidikan sejarah.
ibnu khaldun.doc
ibnu khaldun.doc
No comments:
Post a Comment