Sunday, 13 October 2019

Nota psikologi kognitif

Bab 1 : pengenalan kognitif
http://destyy.com/w50bHP

Bab 2 : sensasi dan persepsi
http://destyy.com/w50nsH

Bab 3 : perhatian dan penumpuan
http://destyy.com/w50nnx

Bab 4 : ingatan
http://destyy.com/w50nU0

Friday, 21 July 2017

KEMUNCULAN DAJJAL





Dajjal dikatakan akan muncul dari sebuah daerah bernama Khurasan mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar as-siddiq r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda , maksudnya “ Dajjal itu keluar dari bumi sebelah timur yang disebut Khurasan. Dajjal akan diikuti oleh kaum yang wajah mereka seperti perisai yang dilapisi kulit ”.
            Selain itu, terdapat juga hadis-hadis lain yang menerangkan tentang kemunculan Dajjal anataranya ialah, sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya, “ Al-Masih akan dating dari arah timur dan tujuannya adalah Madinah, hingga dia sampai di balik Gunung Uhud. Lalu para malaikat menghalaunya ke Syam. Dan di sanan dia binasa ” ( hadis riwayat muslim ).
            Dalam sejumlah hadis yang lain, Rasulullah S.A.W. ada menyebutkan bahawa Dajjal akan keluar dari kalangan kaum Yahudi Ashfahaan dan wilayah tersebut juga berada di arah timur. Selain itu, Rasulullah juga pernah memberitahu bahawa fitnah ayakni malapetaka selalu muncul dari arah timur seperti mana sabda beliau yang bermaksud “ dari sini datang fitnah kearah timur. Kekasaran dan kekerasan hati merupakan sifat-sifat para pengembala unta dan lembu di kalangan suku Rabii’ah dan Mudhar. ”. ( hadis riwayat Bukhari )
Dari beberapa hadis diatas, jelaslah bahawa Dajjal akan keluar dari empat tempat yang mana kesemuanya berada di arah timur. Walaupun Dajjal mampu mengelilingi ke seluruh dunia pada waktu yang singkat, namun terdapat beberapa tempat yang tidak boleh dimasuki oleh Dajjal dan pengikutnya iaitu di Mekah dan Madinah.

Hal ini disebabkan lokasi –lokasi tersebut  memiliki penjaga yang khusus diciptakan untuk melindungi tempat tersebut dari Dajjal. Selain itu, terdapat juga empat tempat-tempat yang tidak boleh dimasuki olehnya iaitu, Masjidil Haram, Masjidil Aqso,  Masjid Nabawi dan seterusnya ialah Masjid Ath-thur.

TANDA-TANDA SEBELUM DAJJAL KELUAR

Dengan berkat rahmat Allah SWT, Dia telah memberikan kita tanda-tanda sebelum berlakunya sesuatu perkara yang besar supaya kita dapat bersiap-siap untuk menghadapinya. Oleh kerana itu, sebagai fitnah terbesar untuk umat islam di muka bumi ini, Dajjal juga mempunya tanda-tanda sebelum keluarnya ia.
            Antara tanda-tanda munculnya Dajjal ialah, akan munculnya al-Mahdi yang akan memimpin umat islam. Diakan meraih kemenangan dalam menhadapi musuh-musuh umat islam baik dari pihak timur dan barat sehinggakan penaklukannya sampai ke tempat yang paling penting dan pada saat itulah Dajjal akan muncul untuk memerangi al-Mahdi.
            Naafi’ bin ‘utbah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya “ kalian akan memerangi jazirah Arab, lalu Allah menaklukkannya. Setelah itu kalian menyerbu Romawi, dan Allah menaklukkanya. Kemudian kalian menyerbu Dajjal, lalu Allah memenangkannya. ”.  Kemenangan-kemenangan diatas wilayah lain ini terjadi pada masa al-Mahdi sebelum keluarnya Dajjal. Walaupun sebahagiannya terjadi pada zaman Rasulullah SAW dan khulafa ar rasyidin serta pemerintahan setelahnya, hadis diatas menerangkan mengenai akhir zaman.
            Tanda-tanda seterusnya pula ialah keringnya tasik Thabariyyah seperti mana yang diungkapkan Dajjal kepada Tamiim ad-Dhari dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Fathimah binti Qais. Dajjal berkata, “ air tasik itu nanti akan kering.”. lokasi tasik tersebut adalah terletak di Syam dimana ianya telah dimanfaatkan oleh orang Israel dan jordan.
            Antara contoh ketiga pula ialah kurma Baisaan tidak berbuah. Perkara tersebut telah disebut oleh Dajjal kepada Tamiim ad-Daari. Baisaan adalah sebuah kota di Jordan, kadang kala disebut dengan Lisaan al-Ardh. Di kota ini terdapat mata air masin yang dikenali sebagai ‘Ain- al-Fuluus. Kota ini digambarkan memiliki banyak pohon kurma. Pada masa kini, tidak terdapat pohon kurma yang berbuah di kota ini sebaimana yang dikatakan oleh mereka yang pernah mengunjungi kota ini pada masa kini.

            Demikianlah diantara beberapa contoh tanda-tanda awal yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita supaya kita dapat mengetahui tanda-tanda sebelum kedatangan Dajjal supaya umat islam dapat bersedia terlebih dahulu iaitu dengan meningkatkan iman dan perbanyakkan amalan supaya dapat dijauhkan daripada fitnah Dajjal pada masa hadapan.

PENGIKUT DAJJAL


Seperti yang kita ketahui mengenai Dajjal bahawa dia adalah seorang yahudi, sudah tentunya pengikut utama Dajjal juga merupakan seorang yahudi dan juga turut diikuti oleh pelbagai agama-agama lain yang terdapat di muka bumi ini.

            Diantara kelompok yang ramai menjadi pengikut Dajjal ialah diantara kaum wanita kerana kaum wanita lebih mudah terpedaya dengan kata-kata Dajjal. Terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan tentang pengikut Dajjal diantaranya ialah menurut Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya “ Dajjal akan datang ke kawasan di Marr Qana’ah (sebuah lembah di Madinah). Dia datang dari Thaa’if. Kebanyakan yang keluar mengikutinya adalah kaum wanita, sehinggakan orang-orang lelaki mendatangi isterinya, ibunya, saudara perempuannya dan mengikat mereka kerana bimbang mereka akan mengikuti Dajjal. ” ( Hadis Riwayat Ahmad ).
           
Selain itu, kebanyakan pengikut Dajjal juga adalah suku Badui iaitu orang-orang yang tinggal di padang pasir sebagai pengembala kerana mereka adalah manusia yang kurang cerdik iaitu mengikuti sahaja kebohongan-kebohongan dan tipu daya Dajjal.

            
Demikianlah,syaitan-syaitan hidup berdampingan dengan manusia di rumah-rumah mereka, makan bersama dan tidur bersama, dihormati. Mereka tidak takut sama sekali terhadap manusia setelah mereka berjaya menyesatkan manusia sehingga mereka mengikuti Dajjal dan mengakuinya sebagai tuhan yang dapat membangkitkan orang-orang mati.

Konsep pengamatan


KONSEP PENGAMATAN


Manusia mempunyai lima deria, iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan kulit untuk melihat, mendengar, menghidu, merasa dan menyentuh. Melalui organ-organ deria itu, kita dapat mengesan keadaan di sekeliling. Misalnya, mata membolehkan kita melihat bentuk, jarak dan warna objek; telinga membolehkan kita mendengar pelbagai jenis bunyi; hidung membolehkan kita mencium bau wangi dan busuk; lidah membolehkan kita merasa rasa manis, masin dan pahit; dan kulit membolehkan kita membezakan permukaan kasar atau halus, serta mengesan kesejukan dan kepanasan udara.

Proses-proses itu berlaku disebabkan oleh rangsangan yang dikesan oleh organ-organ deria. Umpamanya dalam proses melihat, cahaya dari objek itu terbentuk di retina. Ini menghasilkan impuls yang dihantar ke otak melalui saraf optik. Otak mentafsir impuls itu dan menginterpretasikannya mengikut sifat-sifat objek itu, misalnya dari segi bentuk dan warna. Objek itu dikira telahpun dilihat”. Contoh ini memperlihatkan pertalian di antara fungsi mata dengan mental (otak) yang memproses maklumat. Begitu juga organ-organ deria lain berfungsi untuk mengesan keadaan di alam sekitar, walaupun rangsangannya berbeza-beza, iaitu kulit mengesan rangsangan dengan sentuhan, hidung dan lidah mengesan bahan kimia dan telinga mengesan gelombang bunyi. Semua utusan yang diterima daripada rangsangan itu dihantar ke otak melalui sistem saraf sebagai impuls untuk ditafsirkan dan diinterpretasikan.


Proses mental yang membuat pemerhatian melalui organ-organ deria untuk mengecam objek dan perkara, serta memberi kesedaran tentang kualiti dan pertalian objek dan perkara, disebut pengamatan. Ini bermaksud pengamatan ialah satu proses kognitif yang mentafsir pengalaman. Pengalaman itu diperoleh melalui organ-organ deria dan dihantar melalui sistem saraf ke otakuntuk ditafsirkan. Akan tetapi, dalam proses pentafsiran itu, pengalaman yang sedang dialami itu diproses dengan menghubungkaitkannya dengan pengalaman lampau. Oleh itu pengalaman lampau mungkin mempengaruhi pentafsiran pengalaman baru. 

Justeru itu, pengamatan melibatkan tindakan membezakan dan memilih gerak balas. Dengan demikian, pengamatan menyedarkan pertalian serta perbezaan kualiti dan kuantiti rangsangan. Bahkan kemampuan seseorang membuat pengamatan untuk menimba maklumat daripada persekitaran akan meningkat dengan bertambahnya pengalaman dan latihan. Daripada huraian di atas, pengamatan dapat ditakrifkan sebagai proses mental dalam mentafsir segala objek dan situasi, termasuk kualiti dan pertalian asalnya yang dikesan melalui organ-organ deria seseorang, tetapi pentafsiran itu dipengaruhi oleh pengalaman lampaunya.

Dalil sifat pemurah


Sabda Nabi S.A.W maksudnya : "Seorang mukmin adalah orang yang mulia lagi pemurah dan orang fasik adalah penipu dan tercela." (Hadis Riwayat Tirmizi). Sabda baginda lagi maksudnya : "Tidak pernah terkumpul sifat bakhil dan iman di hati seorang hamba." (Hadis Sahih Riwayat Nasa'i)
 Sifat pemurah adalah sifat mahmudah yang sangat dituntut oleh Islam. Pepatah ada mengatakan " Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah". Kata-kata ini begitu sinonim dengan sifat dermawan seseorang itu. Sifat pemurah ialah sifat yang berada di tengah-tengah antara bakhil dan boros.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia dan jauh daripada api neraka. Orang yang kedekut itu jauh daripada Allah, jauh daripada manusia dan dekat dengan neraka. Sesungguhnya orang yang bodoh tetapi pemurah itu lebih disayangi Allah daripada seorang abid yang bakhil." (Hadis Riwayat Tirmizi)
Rasulullah S.A.W. merupakan antara lelaki yang kaya kerana 1/5 daripada harta rampasan perang(ghanimah) adalah milik Baginda. Namun baginda tidak meninggalkan apa-apa harta selepas kewafatan baginda. Baginda merupakan seorang pemimpin yang pemurah mengamalkan budaya hidup setara rakyat jelata. Diriwayatkan bahawa bagida membahagikan harta rampasan perang miliknya dalam masa tidak sampai satu jam kepada sahabat-sahabat yang memerlukannya.
Sukakan harta (hubbul Mal) merupakan fitrah semulajadi manusia, sebagai alat bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Namun untuk mencapai kebahagiaan itu ialah dengan banyak memberi sumbangan, sedekah dan untuk kerja-kerja dakwah dan tarbiah dan bukan membelanjakan harta untuk diri sendiri dan keluarga semata-mata. Harta yang dibelanjakan di jalan Allah S.W.T. adalah seolah-olah kita berniaga dengan Allah S.W.T. dan sesungguhnya tidak akan rugi sesiapa yang menjalankan perniagaan dengan Allah S.W.T.
Selain itu, Islam sangat menganjurkan kepada penganut-penganutnya menjadi pemurah. Bukan sekadar sanggup mengorbankan yang wajib sahaja. Mereka digalakkan bersedekah, menderma, memberi hadiah, mewakafkan harta seperti tanah, bangunan, kebun, bahan-bahan bacaan, kenderaan dan lain-lain lagi agar cepat masyarakat Islam terbangun.
Hasilnya kelak, yang sedang maju akan bertambah maju. Yang kurang maju akan jadi maju. Yang kurang, dapat dicukupkan. Yang koyak dapat ditampal. Yang lemah dapat dikuatkan. Yang tidak sempurna dapat disempurnakan. Yang tidak sudah, dapat disudahkan. Yang tidak mampu, dapat hidup bersama-sama dengan orang yang mampu. Agar yang sedih menjadi ceria semula. Yang terbiar dapat dibela. Juga agar fakir miskin tidak sengsara, anak-anak yatim terbela dan janda-janda dapat dijaga.
 Sifat-sifat pemurah terutama daripada orang-orang kaya dan berada akan menyebabkan masyarakat Islam terbela. Masyarakat Islam akan cepat maju dan kasih sayang akan terjalin. Hubungan antara orang kaya dan miskin semakin rapat. Tidak ada orang yang terbiar. Akan wujud perpaduan dan kerjasama. Tiada lagi jurang. Sudah tentu kadar jenayah juga akan berkurangan. Maka semua orang akan hidup dalam aman bahagia, murni dan harmoni. Itulah kesan daripada sifat pemurah dan tawaduknya orang-orang kaya. Banyak masalah masyarakat dapat diselesaikan.
Sebab itulah sifat pemurah sangat dikasihi oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Bahkan dikasihi juga oleh semua orang. Firman Allah SWT maksudnya : "Belanjakanlah (hartamu) pada jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik." (Surah al-Baqarah ayat 195)
Sahabat yang dikasihi, Ingatlah! Dengan sifat pemurah kalian tidak akan menjadikan papa. Bersedekahlah selalu kerana setiap amalan tidak akan menjadi sia-sia. Dan jadikanlah pemurah itu budaya hidupmu, kalian akan dekat dengan Tuhan, dekat dengan manusia, dekat dengan syurga dan jauh dengan neraka. Sifat bakhli, jauh dengan Tuhan, jauh dengan manusia, jauh dengan syurga dekat dengan neraka. Sifat pemurah itu menghilangkan hangat kubur, penaung di Padang Mahsyar dan penutup aurat di akhirat.
Orang pemurah selalunya di hujung umurnya dapat hidayah sebaliknya orang bakhil walaupun ahli ibadah, selalunya su'ul khatimah (kematian yang buruk). Pemurahlah, ia akan menambah rezeki, menambah harta, memajukan negara, pembersih jiwa, membuang ego, dan di sukai dan dikasihi Allah S.W.T. Bila sifat pemurah sudah hilang di dalam kehidupan datanglah kemurkaan Allah. Akibatnya, akan ditimpa bermacam mala petaka dan akan menjadi papa kedana, saudagar akan muflis kerana rugi dalam perniagaan, orang kaya kehilangan hartanya tidak tahu puncanya. Pemerintah dan pentadbir pening kepala kerana tidaka ada keberkataan, bala datang silih berganti, rakyat akan menderita dan kesetabilan dalam masyarakat tidak wujud. Oleh itu jauhilah dosa dan hidupkan semula sifat pemurah hingga ianya menjadi budaya dan pembahagiaan harta kekayaan di dalam masyarakat akan berlaku.



Sifat pemurah dan tangan terbuka

Sifat pemurah dan tangan terbuka sama sekali tidak mempunyai perbezaan yang ketara dimana ianya hampir menggabungkan maksud yang Saling berkaitan iaitu memberi dan menerima. Sifat pemurah mendifinisikan maksud mendermakan sesuatu kepada orang lain manakala tangan terbuka pula ialah menerima apa sahaja yang diberikan kepadanya tanpa mengira nilai pemberian tersebut walaupun si penerima lebih dari mampu untuk memilikinya. Selain itu tangan terbuka juga membawa maksud suka menolong orang dan bermurah hati.

Pelbagai contoh yang boleh dikaitkan dalam sifat permurah dan tangan terbuka. Dimana sifat pemurah merangkumi pelbagai aspek seperti pemurah kepada diri sendiri iaitu berusaha mencapai redha Allah, pemurah kepada pekerja bawahannya iaitu dari segi kepimpinannya, pemurah kepada hak tubuh badannya iaitu memberi ruang rehat yang secukupnya selain itu  bersikap pemurah juga kepada insan sekeliling iaitu dengan berkongis segala ilmu yang ada dan pemurah kepada maruah iaitu dengan memberi maaf serta sabar dalam menghadapi pelbagai kerenah dan ragam manusia sekeliling. Sikap pe,urah ini merupakan sikap semulajadi yang ada pada diri seseorang individu. Ianya lahir tanpa paksaan mahupun ikutan.

Seterusnya tangan terbuka pula ialah sedia menerima apa sahaja dari pelbagai aspek. Contohnya menanggung bebanan yang tiada kaitan dengan dirinya. Dalam situasi ini ia boleh dikaitkan dengan keadaan  seseorang yang sanggup membiaya pembelanjaan anak fakir miskin tanpa merungut dan mengungkit pemberian. Tangan terbuka adalah kiasan dari sifat Allah SWT yang memberi kemudahan dan kenikmatan kepada makhluk ciptaan Allah SWT.


Oleh yang demikian sebagai mahkluk Allah SWT dimuka bumi ini seharusnya mempunyai dua sifat terpuji tersebut. Didalam memberi ada penerima dan dalam menerima adanya pulak sifat untuk mmeberi semula. Jika dua sifat ini telah dipupuk dalam jiwa setiap manusia tidak hairanlah jika Islam dipandang mulia dan disanjung tinggi kerana mempunyai nilai komunikasi yang mungkin tidak mampu ditiru oleh orang kafir.