Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun terawal didunia. Undang - undang dan cara kehidupan pada tamadun ini masih digunakan pada alaf baru ini.
Dimanakah lokasi tamadun Mesopotamia?
Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun paling awal. Mesopotamia dalam bahasa Greek bermakna tanah di antara dua sungai. Terletak di sungai Tigris dan Euphrates yang mengalir dari pergunungan Turki ke lembah Iraq hingga ke Teluk Parsi. Dikelilingi pergunungan Zagros di timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya dan teluk Paarsi di selatan.
Bilakah tamadun Mesopotamia berlaku?
Bermula daripada zaman Neolitik kemudian muncul kerajaan Sumeria, Akkad, Ur, Babylon, Kassities, Assyria,Chaldea dan Parsi. Selepas kerajaan Parsi maka runtuhlah kerajaan orang Mesopotamia.
Proses pembentukan tamadun Mesopotamia.
1. Terbahagi dua iaitu utara dan selatan Bandar Baghdad.
2. Tamadun bermula di selatan iaitu Sumer.
3. Ia dimulakan oleh masyarakat Neolitik.
4. Kemudian orang Sumeria Berhijrah ke situ membina petempatan, bertani dan membina pengairan, sehingga berlaku lebihan makanan dan pertambahan pendudukan.
5. Daripada kampung akhirnya menjadi Bandar seperti Kish, Ur dan Mari yang terletak di sepanjang sungai dan terusan.
Ciri- ciri tamadun Mesopotamia.
1. Negara Kota :
Mempunyai kawasan utama – iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
Kubu pertahanan – lengkap dengan pelbagai pintu gerbang.
Dalam kota – ada istana, rumah kediaman, rumah ibadat, pasar dan jalan yang lurus dan lebar.
Pusat kota – ialah rumah ibadat.
Pengangkutan – seperti kapal, pedati dan keldai.
Hubungan luar – melalui jalann laut, Bandar dan negara kota.
2. Organisasi sosial :
Terbahagi dua iaitu pemerintah dan rakyat .
Pemerintah terdiri dari raja , ketua pendeta , ketua tentera , dan bangsawan .
Rakyat terbahagi dua iaitu rakyat bebas ( seperti petani , artisan , pedagang ) dan hamba (tawanan perang ) .
3. Sistem pemerintahan :
Berbentuk Teokrasi – raja dianggap tuhan ,wakil tuhan dan pemilik negara kota .
Walau bagaimanapun mereka tidak menyembah raja , kecuali raja Raja Naramsin di Akkad yang menganggap dirinya terlalu agung bergelar “ Raja Empat Penjuru Alam .
Raja menjadi ketua pentadbir , ketua tentera , ketua pendeta .
Raja juga menjadi ketua agama dan beliau melantik keluarganya memegang jawatan di Zigurat .
Zigurat ialah pusat ibadat , perdagangan ,dan menyimpan khazanah negara .
Raja turut dalam soal tanah , cukai, pertanian ,dan perniagaan .
Raja dibantu oleh bangsawan yang ada ikatan keluarga .
4. Pengkhususan kerja :
Ia berlaku kerana wujudnya lebihan pertanian .
Maka ada petani bertukar kerja menjadi perniaga , pedagang .
Mereka berniaga hingga ke Lembah Indus .
Perdagangan penting kerana kurangnya hasil bahan mentah .
Maka logam , kayu – kayan , emas ,dari luar kerajaan ditukarkan dengan hasil pertanian mereka .
Terdapat juga pengusaha tekstil , tembikar dan tukang rumah kesan pertambahan penduduk .
Ada juga rakyat yang menjadi tentera mempertahankan negara kota daripada musuh .
5. Sistem Tulisan :
Ia bermula dalam bentuk gambar .
Kemudian berbentuk simbol yang ditulis di atas tanah liat kerana tiada kertas .
Tulisan ini berbentuk pepaku dikenali sebagai cuneiform .
e) Apakah sumbangan tamadun Mesopotamia .
1. Kod Undang –undang Hammurabi :
Ia digubaloleh Rja Hammurabi pemerintah Babylon .
Ia berteraskan hak rakyat terhadap keadilan .
Hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat .
Ia dipahat pada tembok dan tiang besar .
Ia menjadi dasar perundangan tamadun Mesopotamia .
Undang –undang ini mengelakkan masalah pelbagai kaum dan susun lapis masyarakat dan membawa perpaduan .
2. Hasil Tulisan :
Melahirkan jurutulis yang merekodkan urusan pentadbiran dan perniagaan – lengkap dengan resit , nota dan surat kredit
Lahirnya epik Gilgamesh – hasil sastera mengenai falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia .
3. Ilmu pengetahuan :
Ilmu astronomi – pencerapan pergerakan bulan ,bintang ,matahari telah memperkembangkan ilmu matematik seperti tambah , tolak , darab ,dan bahagi .
Ilmu Astronomi membantu mereka menggunakan jalan laut.
Kalendar mereka berasaskan system solar (12 bulan satu tahun ).
Ilmu perubatan – mementingkan kesihatan tentera menggunakan ubatan herba . Ramuan perubatan dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya dan cara mengubatinya telah dicatatkan .
4. Pengangkutan :
Roda menghasilkan kereta kuda untuk perang dan ketika aman pula ia digunakan sebagai kincir air untuk pertanian dan mengawal banjir .
Kapal layar dan kenderaan roda menghubungkan mereka dengan wilayah di India dan Laut Mediterranean .
5. Seni bina :
Mereka membuat batu –bata dari tanah liat .
Mereka mencipta arca seperti patung raja Gudes .
Arca dan tiang batu ada pada bangunan Zigurat .
6. Empayar pertama dunia :
Raja Sargon membina kerajaan Akkad (empayar pertama dunia )yang menyatukan wilayah –wilayah kerajaan Sumeria .
Beliau juga membentuk masyarakat berestika .
7. Perpustakaan diraja :
Dibina oleh Ashurbanipal di Bandar Nineveh .
Tuesday, 27 September 2016
Sunday, 26 June 2016
Penderaan Fizikal Kanak-kanak
Penderaan Fizikal Kanak-kanak
Penderaan fizikal kanak- kanak bermaksud satu perbuatan memukul samaada dengan menggunakan objek atau kekuatan fizikal dengan tujuan untuk mendera atau mencederakan seseorang seperti kanak-kanak,orang tua,wanita,haiwan dan lain-lain.Bukan itu sahaja,ia termasuk perbuatan menendang,menyebat,mengikat,melecurkan,tidak memberi makanan dan lain-lain perbuatan yang membawa maksud mendera.
Sebab-sebab Penderaan Fizikal
Sesungguhnya setiap perbuatan yang terjadi pasti ada sebab-musabab mengapa perkara sedemekian boleh terjadi ini sesuai dengan pepatah melayu yang berbunyi masakan pokok akan jika bukan angin yang meniupnya.Antara orang yang terlibat dalam mendera ini sudah tentu dari kalangan orang dewasa akan tetapi majoriti adalah dari kalangan ibu bapa itu sendiri. Oleh itu,di sini kita lebih memfokuskan penderaan melalui ibu bapa kerana ibu bapa yang merupakan orang yang berada paling hampir dengan kanak-kanak ini.Sebab-sebab yang boleh kita kenal pasti ialah tekanan semasa kerja.Ini adalah antara sebab terpenting kerana mungkin boleh jadi kerana berasa sangat letih selepas pulang dari bekerja.Dan apabila pulang anak-anak membuat masalah seperti bergaduh atau membuat bising ini menyebabkan tekanan mental kepada ibu bapa.
Bagi melepaskan perasaan geram itu ibu bapa bertindak mendera dengan alasan anak-anak membuat bising.Faktor lain ialah masalah ekonomi.Keadaan ekonomi yang tidak kukuh terutama masalah kewangan rumah tangga menyebabkan ibu bapa terpaksa bertungkus- lumus mencari wang lebih untuk menyara keluarga.Seterusnya,Kurangnya ilmu dalam mendidik anak-anak juga boleh terjadinya perkara seperti ini.Bagi ibu bapa yang tidak mempunyai ilmu akan mengajar dengan cara yang kasar seperti merotan,mencekik,menampar dan lain-lain dengan tujuan untuk mengajar anak-anak untuk mendengar kata.
Selain itu,Pengalaman masa silam.Ada dikalangan ibu bapa yang mana pada masa dulu dia pernah mengalami perasaan didera oleh orang tua mereka semasa mereka kecil dulu menyebabkan mereka membalas balik kepada anak-anak supaya anak-anak memahami perasaan bagaimana mereka dididik dulu.Bukan itu sahaja,ibu bapa yang dulunya seorang gengster atau penagih dadah juga merupakan salah satu sebabnya.Sebab yang terakhir ialah pengaruh media massa.Adegan seperti memukul atau mendera anak yang disiarkan di kaca televisyen juga boleh mempengaruhi ibu bapa untuk meniru pebuatan sedemikian tanpa sebab atau lebih tepat untuk bersuka-suka.
Akibat Penderaan Fizikal
Setiap perkara yang kita lakukan pasti akan ada akibatnya.Perbezaannya adalah akibat yang datang itu sama ada baik atau buruk.Walaubagaimanapun,penderaan fizikal tentulah akan mendatangkan kesan buruk.Antara akibatnya ialah boleh mendatangkan kesan luka yang kekal.Setiap perbuatan memukul atau mendera yang dilakukan secara berlebihan sudah pasti akan mendatangkan kesan parut yang kekal.Sebagai contohnya, seorang bapa memukul anaknya dengan menggunakan rotan pada tangan anaknya sehingga kulitnya terkoyak dan mengalirkan darah.
Apabila luka itu sembuh sudah pasti akan ada kesan parut.Kedua,kesan parut yang tersembunyi.Setiap perlakuan ibu bapa yang keterlaluan seperti itu pasti akan mendatangkan menanam perasaan benci anak yang didera itu sehingga ia dewasa.Dan apabila mereka sudah dewasa sudah pasti mereka membalas kembali kepada ibu bapa seperti mana mereka diperlakukan semasa mereka kecil dulu.Seterusnya,perkara ini akan menjadi lebih teruk lagi apabila anak yang didera itu terasa ingin membunuh diri kerana desakan yang melampau sehinngga menyebabkan mental mereka tidak dapat berfikir dengan waras dan salah satu jalan penyelesain yang tinggal ialah dengan membunuh diri.
Keempat,Menunjukkan tanda-tanda kemurungan. Semakin kerap kanak-kanak itu didera tidak mustahil simptom-simpton seperti in boleh terjadi. Apabila simpton seperti ini berlaku kanak-kanak itu menjadi seorang yang pendial,kurang bercakap,kurang keyakinan diri dan lain-lain.
Kelima,secara tidak langsung juga kanak-kanak yang didera itu akan mempunyai sikap yang buruk pada masa akan datang kerana dia sudah terbiasa dengan sikap yang ditunjukkan oleh ibu bapanya.
Keenam,Trauma dan kerap mengigau.Seseorang yang kerap didera akan mengalami trauma yang melampau sehinggakan dia boleh menjadi takut dan gentar apabila melihat dan mendengar nama yang menderainya.Seterusnya, ia akan membawa kepada mimpi menyebabkannya sentiasa mengigau.Akhir sekali,lari dari rumah.Seseorang kanak-kanak itu akan mengambil tindakan yang drastik dengan lari rumah apabila kanak itu sudah tidak tahan untuk tinggal di rumahnya kerana asyik sentiasa didera.
Akta kanak-kanak 2001
Bagi menjaga dan memeliha kanak-kanak dari terus dianiayai maka satu akta telah diwujudkan
Seksyen 17(2)(b), Bab 1 – Bahagian V Akta Kanak-kanak 2001 Malaysia menyatakan bahawa seseorang kanak-kanak itu “tercedera secara fizikal jika ada kecederaan yang ketara dan nyata pada mana-mana bahagian tubuhnya akibat penggunaan kekasaran atau penggunaan alat dengan cara yang disengajakan yang dinampakkan antara lainnya oleh luka melecet, lebam, lelasan, parut, tulang yang patah atau tercedera, dislokasi tulang, sendi terkehel, pendarahan, visera yang pecah, luka terbakar, kulit melecur, keadaan tidak sedar atau separuh sedar, kehilangan fungsi fisiologi atau fungsi fisiologi terjejas, atau kehilangan rambut dan gigi.”
Pesalah ini juga boleh dihukum mengikut akta kanak-kanak (2001) dan kod penal (dipinda 1997).Selain itu,pesalah juga boleh dikenakan denda maksimum rm 50,000 atau dipenjarakan sehingg 20 tahun ,atau kedua-duanya bergantung kepada jenayah.Pesalah juga boleh disebat selain hukuman denda dan penjara.
Tujuan akta diwujudkan
Tujuan akta ini ditubuhkan adalah untuk meningkatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap usaha melindungi kanak-kanak adalah merupakan tanggungjawab bersama.Sesungguhnya setiap tidak boleh melepaskan perkara seperti dibiarkan kerana dikhuatiri keadaan akan terus berlanjutan.Mereka seharusnya mengerti dan memehami perasaan kanak-kanak yang didera.Jika bukan kita atau undang-undang siapa lagi yang akan membela mereka.
Seterusnya,akta ini seperti ini ditubuhkan untuk menimbulkan perasaan takut dan gentar terutama orang dewasa menyebabkan mereka akan berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu tindakan.Kemudian,bertujuan melindungi hak-hak dan asasi kanak-kanak.Lebih tepat lagi melindungi mereka dari segi bentuk pengabaian,penderaan,keganasan dan pengeksploitasian kanak-kanak.Akhir sekali,memberitahu kepada semua masyarakat bahawa negara Malaysia ini mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi dan tidak boleh sewenang-wenangnya untuk melanggari undang-undang yang telah ditetapkan.Kerana setiap perbuatan salah laku yang telah dilakukan pasti akan menerima hukuman yang setimpal selaras dengan apa yang telah mereka lakukan.
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
2.1 MAKSUD AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Kalimah ahli Sunnah Wal Jamaah terdiri daripada kalimah ‘ahli sunnah wal jamaah’ yang membawa erti mereka yang mengikuti pegangan Nabi ataupun jalan hidup Nabi s.a.w dan jemaah para sahabat terutama sekali para khulafa al-Rasyidin yang dididik oleh Baginda s.a.w sendiri. Pengasas mazhab Ahli Sunnah wal JamaahGolongan Ahli Sunnah wal Jamaah diketuai oleh dua orang ulama' besar iaitu Syeikh Abu Hasan al-Ash'arir.a dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi r.a.Abu Hasan al-Asy'ari dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah dan meninggal dunia di Basrah pada tahun324 Hijrah.
Pada mulanya beliau berpegang dengan fahaman Mu'tazilah sebagaimana diajarkan oleh gurunya al-Jubba'i. Kemudian beliau meninggalkan aliran itu setelah mendapat hidayah daripada Allah. Antara kitab-kitab yang dihasilkannya ialah al-Ibanah fi Usuli'd-Diyanah, Maqalat al-Islamiyyin dan al-Mujaz. Antara para ulama besar yang menyebarkan aliran al-Asy'ari ini ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal, Abu Ishaq al-Isfara'ylni, Imam Hafiz al-Baihaqi, Imam al-Haramain, al-Juwaini, guru pada Imam al-Ghazali,Imam al-Qusyairi, Imam al-Baqillani, Imam al-Ghazali, Imam Fakhruz-Razi, Imam 'Izzud-Din ibn 'Abdiss-Salam yang semuanya pendokong aliran Ahli Sunnah sebagaimana yang dihuraikan oleh Imam AbdulHasanal-Asy'ari.
Konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah itu adalah suatu pegangan yang berakar umbikan dari Rasulullah s.a.w sendiri. Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah ini meliputi ajaran-ajaran Islam mengenal akidah, syariah dan akhlak yang dibawa sejak Nabi Muhamad s.a.w., para sahabat yang telah disusun secara bersistem oleh ulama kemudian dan disus un secara bersistem oleh ulama seterusnya, dipertahankan di dalam ajaran itu oleh dua tokoh iaitu, Syeikh Abu Hassan al-Asyri ( 260-324H ) dan Imam Abu Bakar al-Mansor Al-Maturidi (W333H). kemudian disebarkan oleh digelar sebagai Imam Abu Bakar al-Qaffal (W411H), Imam Hafiz al-Baihaqi (W455H), Imam al-Haromain al-Juwain (W460H), dan lain-lain lagi.
Pada umumnya, Ahli Sunnah Wal Jamaah ini adalah kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran, sunnah Rasul dan perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menentang perkara bd’ah. Terdapat nama-nama lain bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah ini antaranya adalah, ‘Ahlu Sunnah’, ‘Al-Jamaah’, ‘as-Salaf as-Soleh’, dan ‘Ahlul Hadis’.
2.3 GOLONGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Antara mereka yang termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut jalan agama Allah yang betul dan lurus, golongan yang selamat daripada neraka selain daripada 72 golongan yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w sepertimana yang dicatatkan oleh Imam Abdul Qahir al-Baghdadi (W299H/1037M) dalam kitabnya al-Farq Bain al-Firaq, mereka itu terdiri daripada lapan golongan tokoh-tokoh ulama berikut :-
I. Mempunyai ilmu pengetahuan mendalam dalam bidang kajian Tauhid, hal-hal kenabian, tentang janji-janji Allah iaitu percaya nikmat dan agama mengenai pahala dan seksa, mengenal syarat-syarat ijtihad dan kepimpinan ummah dimana mereka berlandaskan kajian para ahli al-Kalam yang bebas daripada konsep Tasybih (menyamakan Allah dengan Makhluk), konsep ta’till (menafikan kewujudan sifat-sifat Allah), dan daripada pandangan-pandangan bid’ah kumpulan Rafidhah khawarij, Jahmiyah, Najariyah dan seluruh kumpulan pengikut-pengikut hawa nafsu yang sesat.
II. Berpegang dengan konsep Usuluddin mengikut mazhab yang mensabitkan sifat-sifat Allah SWT yang azali dan menolak kefaham Qadariyyah, kefahaman muktazilah. Mereka mensabitkan rukyah Allah di hari akdirat dengan penglihatan mata, mensabitkan pengumpulan manusia dari kubur pada hari kiamat, membenarkan adanya soalan kubur, adanya haudh, adanya sirat, adanya syafaat, adanya pengampunan segala dosa selain syirik. Selain itu, mereka juga percaya kepada kekalnya azab neraka kepada orang kafir, mereka akui Khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali seterusnya menyanjungi golongan solafussaleh, mereka mewajibkan sembahyang jumaat dan pegangan imam-imamnya tidak mengikut kumpulan-kumpulan yang mengikuti hawa nafsu yang sesat. Kalangan ini juga mewajibkan solat Jumaat dan pegangan iman-imannya adalah di kalangan yang benar. Manakal perkahwinan mut’ah dikalangan mereka diharamkan.
III. Mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai saluran-saluran hadis dan sunnah yang dipindahkan daripada Nabi s.a.w dan dapat membezakan di antara hadis yang sahih dan hadis-hadis yang palsu disamping mengetahui sebab-sebab al-Jarh wa al-ta’dill dan mereka tidak mencampuradukkan ilmu mereka dengan bid’ah.
IV. Mempunyai ilmu yang mendalam mengenai bidang kajian sastera, nahu dan saraf mengikut aliran tokoh-tokoh bahasa seperti al-Khalill, Abu Amru Ibn al-‘ala’, Sibawih, al-Farra’, al-akhfasy, Abu Ubaid dan semua tokoh-tokoh ulama nahu daripada ulama-ulama Kufah dan Basrah yang tidak dipengaruhi oleh kumpulan dan golongan bid’ah.
V. Mempunyai Ilmu mendalam dalam bidang Qira’at yang membicarkan mengenai bacaan al-Quran dan mendalami bidang tafsiran dan takwilan al-Quran mengikut mazhab-mazhab Ahli Sunnah bukan mengikut takwilan kumpulan orang-orang yangmengikut hawa nafsu.
VI. Mempunyai sifat yang zuhid sufi dikurniakan pandangan yang murni dan mengambil iktibar dari ujian-ujian Allah, bersifat redha dengan taqdir dan qana’ah dengan kurniaan Allah SWT, mereka tahu bahawa pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya akan dipersoalkan tentang kebaikan dan keburukan yang dilakukan. Percakapan mereka juga mengikut cara ulama-ulama hadis, bukan mengikut orang lalai dengan ucapan, manakala yang melakukan kebaikan bukan kerana riak serta meninggalkan keburukan bukan kerana malu. Keadaan ini menunjukkan bahawa mereka berpegang pada tauhid dan menolak konsep tasybih dan sentiasa berserah dan bertawakkal kepada Allah SWT.
VII. Mujahidin yang mengawal kubu-kubu kaum muslimin untuk menentang orang-orang kafir dan memerangi musuh-musuh kaum muslimin, mempertahankan keselamatan kaum wanita dan kampung halaman kaum muslimin serta mengamalkan mazhab ahli sunnah dalam perkebunan mereka.
VIII. Mengamalkan syiar-syiar ahli sunnah, bukan yang mengamalkan syiar kumpulan yang sesat serta mengikut iktikad dan amalan-amalan bid’ah yang salah.
2.6 PRINSIP-PRONSIP YANG DISEPAKATI
Ahli Sunnah Wal Jamaah bergerak berlandaskan prinsip-prinsip yang jelas dan asas yang baik dalam I’tiqad yang mana melibatkan kepercyaan diri kepada hukum-hukum Allah dan merangkumi amal ataupun perbuatannya.
Setiap prinsip tersebut bersumberkan pada kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya yang mana menjadi pegangan dikalangan sahabat. Prinsip-prinsip penting yang menjadi inti akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu persepakatan tentang sifat-sifat allah, tentang al-Quran, rukyah allah di dunia, rukyah Allah di akhirat, berita keadaan selepas mati, asal usul iman dan cabangnya, tidak maksum selain Allah, karamah wali, perang terhadap yang keluar syariat, bersama pemimpin Islam, Qadar, dan juga mengenai iman.
Pada perenggan diatas prinsip-prinsip ini meliputi pelbagai aspek yang ada termasuklah tidak mengkafirkan seseorang muslim melainkan setelah melakukan apa yang membatalkan keislamannya. Adapun dosa besar selain kemusyrikan, tidak ada dalil ia jadi kafir. Contohnya, orang yang tinggalkan solat kerana malas, hukumnya fasiq dan imannya tidak sempurna surah an Nisa` ayat 48. Setiap perinsip yang ada memainkan peranan yang sangat penting bagi mendapatkan jalan yang benar serta diredhai oleh Allah SWT. Walhal, setiap organisasi perlu ada seorang pemimpin yang membawa agama yang benar, maka kita sebagai hambanya perlu mentaati kepada pemimpin muslimin selagi mereka tidak melanggar hukum Allah yang telah ditetapkan yang telah tertulis dalam Surah an-Nisa ayat 59
Kesimpulannya, setiap yang ditetapkan oleh Allah SWT adalah tunjang dan akal dalam kehidupan yang patot kita semai dalam diri. Setiap prinsip adalah penting untuk kita memenuhi segala aspek yang betul dalam kehidupan seharian bagi melengkapi ajaran al-Quran dan Sunnah dalam diri sendiri. Is seterusnya, satu konsep penerapan Islam dalam akidah kita sebagai seorang muslim.
HUBUNGAN TAMADUN BERDASARKAN MENGIKUT TIGA PERSPEKTIF
2.3 HUBUNGAN TAMADUN BERDASARKAN MENGIKUT TIGA PERSPEKTIF
Umumnya setiap bangsa dan agama setuju tamadun merupakan pencapaian kemajuan dalam pelbagai bidang kehidupan masyarakat. Ia saling berkaitan antara satu sama lain, kerana ia melengkapi apa yang dikatakan sebagai tamadun. Tiga perspektif yang dikatakan adalah, hubungan diantara adalah :
i. Hubungan Tamadun dengan Agama
ii. Hubungan Tamadun Dengan Budaya
iii. Hubungan Tamadun Dengan Bangsa
2.3.1 Hubungan Tamadun dan Agama
Agama adalah satu aspek yang tidak boleh diabaikan dalam kajian ketamadunan. Fenomena agama penting difahami kerana ia merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia. Berasaskan fahaman sekular agama melibatkan kepercayaan terhadap sesuatu yang bergantung kepada benda yang telah berlaku (beyond). Manakala tamadun merujuk kepada suatu tingkat pencapaian daripada sesi pembangunan sosial, keadaan mayarakat yang peradaban atau bertamadun. Ianya bermaksud suatu masyarakat yang mencapai tahap maju dalam bidang sosial, seni dan sains sehingga membentuk sesebuah budaya seterusnya diaplikasikan dalam kelompok tertentu.
Bagi menghuraikan hubungan antara tamadun dengan agama, ia adalah suatu pendekatan yang bersifat kefalsafahan yang diperlukan. Ia harus saling berkaitan dengan konsep manusia sebagai agen tamadun. Oleh kerana tamadun dibina atas acuan dan latar budaya masyarakat yang tertentu maka faktor keagamaan atau sistem kepercayaan sesuatu masyarakat itu tidak dapat diketepikan, malah ianya menjadi faktor penentu. Hal ini dapat dibuktikan melalui sejarah tamadun-tamadun besar dunia. Tamadun-tamadun dunia yang pernah muncul seperti Aztec, Sumeria/Babylonia, Mesir Purba, China, Indus-Ganges misalnya mempunyai tradisi sistem kepercayaan yang mendominasi malah menentukan imej tamadun tersebut.
Malah, amalan mulia dan bermoral tinggi merupakan perkara penting dalam kehidupan bertamadun. Pembinaan sifat tersebut pada diri seseorang berkait rapat dengan kepercayaan beragama dalam kehidupan seorang manusia. Agama berperanan membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta perilaku tindakan mereka dalam kehidupan. Daripada bukti tamadun-tamadun silam, ia dapat dilihat bagaimana agama mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan tamadun. Bukti-bukti peninggalan dan barangan tamadun-tamadun silam yang dapat dilihat sehingga ke hari ini menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama.
Umumnya, Para sarjana Islam dalam bidang ini pula telah membuat penegasan tentang kedudukan, peranan serta pengaruh Islam sebagai pemangkin kebangunan tamadun Islam. Muhammad Abduh misalnya dalam Tafsir al-Quran telah membuat suatu generalisasi bahawa semua tamadun (madaniyyat) dibangunkan di atas asas agama. Manakala Ali Shariati pula menekan persoalan peranan Islam sebagai faktor utama dalam proses kebangunan Tamadun Islam.
2.3.2 Hubungan Tamadun dan Budaya
Tamadun dan budaya mempunyai perhubungan yang rapat kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun. Budaya kehidupan sesebuah mesyarakat merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaran mereka dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Masyarakat yang berbudaya tinggi sudah pasti mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri- ciri kehidupan bertamadun. Tetapi, tamadun berbeza daripada budaya sekiranya dilihat dari dua keadaan berikut:
I. Pengaruh dan pengakhiran tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh dan pengakhiran budaya. Dengan erti kata lain sesuatu natijah budaya yang kekal lama dalam sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun. Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu natijah tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka telah jauh berbeza daripada keadaan silam. Cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan pula merupakan natijah budaya kerana telah mengalami banyak perubahan dalam tempoh seratus tahun ini.
II. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di rantau Melayu berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab sungguhpun mereka berada di bawah naungan ketamadunan Islam.
Secara kesimpulannya, hubungan antara tamadun dan budaya
2.3.3 Hubungan Tamadun dan Bangsa
Hubungan antara tamadun dengan bangsa tidaklah begitu ketara sekalipun terdapat beberapa tamadun yang sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa seperti tamadun Cina dan tamadun India. Lazimnya sesuatu bangsa mempunyai pertalian yang rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu. Manakala tamadun pula bersifat universal melintasi sempadan geografi yang secara langsung melampaui batasan bangsa dan kebangsaan. Terdapat tamadun yang dibangun dan dimiliki oleh lebih daripada satu bangsa atau kaum seperti tamadun Barat yang mengandungi beberapa bangsa atau kaum di Eropah dan Amerika Utara.
Manakala Tamadun Islam telah membangun dan berkembang dengan di latari oleh pelbagai budaya dan bangsa. Secara teorinya, tamadun dan bangsa mempunyai kaitan walaupun selalunya tamadun melampaui batasan kebangsaan. Namun demikian imej sesuatu tamadun itu banyak ditentukan oleh bangsa yang menerajui tamadun itu. Sebagai contoh yang dekat ialah tamadun Islam yang berkembang di Alam Melayu yang memperlihatkan imej dan, pada waktu yang sama meletakkan Islam sebagai asas sistem nilai dan landasannya.
Agama dan tamadun
1.4 AGAMA DAN TAMADUN
Agama adalah satu aspek yang tidak boleh diabaikan dalam kajian ketamadunan. Fenomena agama penting difahami kerana ia merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia. Berasaskan fahaman sekular agama melibatkan kepercayaan (belief) terhadap suatu yang bersifat “transcendent” dan “beyond”.4
Manakala tamadun merujuk kepada suatu tingkat pencapaian daripada segi pembangunan sosial, keadaan masyarakat yang berperadaban atau menjadi bertamadun. Ianya bermaksud suatu masyarakat yang mencapai tahap maju dalam bidang sosial, seni dan sains yang mempunyai kompleksiti daripada segi budaya yang dibentuk dalam kelompok tertentu berasaskanepoch yang tertentu.
Bagi menghuraikan hubungan antara tamadun dengan agama, suatu pendekatan yang bersifat kefalsafahan diperlukan. Ia harus bertitik tolak daripada konsep manusia sebagai agen tamadun par exellence. Oleh kerana tamadun dibina atas acuan dan bentuk serta latar budaya masyarakat yang tertentu maka faktor keagamaan atau sistem kepercayaan sesuatu masyarakat itu tidak dapat diketepikan dan/malah ianya dalam banyak keadaan menjadi faktor penentu.
Hal yang demikian ini dapat dibuktikan melalui singkapan sejarah tamadun-tamadun besar dunia. Tamadun-tamadun dunia yang pernah muncul seperti Aztec, Sumeria/Babylonia, Mesir Purba, China, Indus-Ganges misalnya mempunyai tradisi sistem kepercayaan yang mendominasi malah menentukan imej tamadun tersebut.
Kehidupan berbudi pekerti mulia dan bermoral tinggi merupakan perkara penting dalam kehidupan bertamadun. Pembinaan sifat tersebut pada diri seseorang berkait rapat dengan kepercayaan beragama dalam kehidupan seorang manusia. Agama berperanan membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta perilaku tindakan mereka dalam kehidupan. Daripada bukti tamadun-tamadun silam, dapat dilihat bagaimana agama mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan tamadun. Bukti-bukti peninggalan dan barangan tamadun-tamadun silam yang dapat dilihat sehingga ke hari ini menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama.
Namun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi dengan kuat oleh agama sebagaimana tamadun Barat kontemporari yang lebih cenderung memencilkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan masyarakatnya. Selain daripada itu, terdapat beberapa tamadun yang turut mengumpulkan pelbagai agama yang berbeza sebagai pegangan masyarakat. Fenomena ini dapat dilihat dalam zaman tamadun Islam yang lalu, apabila tidak semua yang bernaung di bawah tamadun itu terdiri dari kalangan masyarakat Islam.
Berasaskan pandangan para sarjana umumnya, terdapat sekurang-kurangnya dua aliran iaitu yang bependapat agama mempunyai pengaruh dan peranan yang besar terhadap tamadun di satu pihak dan mereka yang skeptikal terhadap peranan agama disatu pihak yang lain. Sebagai contoh, Arnold Toynbee berpendapat “in the course if its evolution, a civilisation produced, among other things, a universal state and higher form of religion”. Namun seorang lagi sarjana Amerika, Thomas Berry berpendapat bahawa tamadun ketimuran (oriental civilisation) seperti China dan India tidak dapat difahami sepenuhnya kecuali dengan merujuk kepada agama-agama besar Asia. Manakala Edward Sullivan ketika mengulas dan mengiktiraf peranan Islam dalam pembinaan tamadun Islam mencatatkan “Muslim civilisation was the product of Muslim religion”.
Para sarjana Islam dalam bidang ini pula telah membuat penegasan tentang kedudukan, peranan serta pengaruh Islam sebagai pemangkin kebangunan tamadun Islam. Muhammad Abduh misalnya dalam Tafsir al-Quran telah membuat suatu generalisasi bahawa semua tamadun (madaniyyat) dibangunkan di atas asas agama. Manakala Ali Shariati pula menekan persoalan peranan Islam sebagai faktor utama dalam proses kebangunan Tamadun Islam.
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini kehidupan yang berbudi pekerti mulia dan bermoral tinggi merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan bertamadun. Pembinaan sifat yang seperti ini pada diri seseorang begitu berkait rapat dengan kepercayaan yang diterima, manakala kepercayaan seseorang pula merujuk kepada kehidupannya sebagai manusia beragama. Peranan agama dalam membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta penlaku tindakan mereka dalam kehidupan sememangnya begitu penting. Di sini dapat diperlihatkan bagaimana agama mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan tamadun sebagaimana yang digambarkan oleh tamadun-tamadun silam.
kemuculan tamadun-tamadun silam sebelum ini merupakan manifestasi kepada kehidupan beragama yang berperanan membentuk pandangan semesta dan nilai kehidupan yang terpuji dalam masyarakat ketika itu. Perkara ini dapat dilihat sendiri kepada peninggalan bangunan dan barangan tamadun-tamadun silam yang dapat menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama. Namun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi dengan kuat oleh agama sebagaimana tamadun Barat kontemporari yang lebih cenderung memencilkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan masyarakatnya. Selam daripada itu, terdapat beberapa tamadun yang turut mengumpulkan pelbagai agama yang berbeza sebagai pegangan masyarakat. Fenomena ini dapat dilihat dalam zaman tamadun Islam yang lalu, apabila tidak semua yang bernaung di bawah tamadun itu terdiri dari kalangan masyarakat Islam.
1.1.2 Hubungan Tamadun dengan Budaya
Tamadun dan budaya mempunyai perhubungan yang rapat kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun. Budaya kehidupan sesebuah mesyarakat merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaran mereka (termasuk persekitaran sosial) dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Masyarakat yang berbudaya tinggi sudah pasti mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga merupakan ciri- cin kehidupan bertamadun. Bagaimanapun tamadun berbeza daripada budaya sekiranya dilihat dari dua keadaan berikut:
a. Pengaruh dari natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh dari natijah budaya. Dengan pengertian lain sesuatu natijah budaya yang kekal lama dalam sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun. Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu natijah tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka telah jauh berbeza daripada keadaan silam. Manakala cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan pula merupakan natijah budaya kerana telah mengalami banyak perubahan dalam tempoh seratus tahun ini.
b. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di rantau Melayu berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab sungguhpun mereka berada di bawah naungan ketamadunan Islam.
Dalam kehidupan bertamadun, masyarakatnya manusia dicirikan sebagai masyarakat yang memiliki budaya yang tinggi dan terpuji. Budaya merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaranmya (termasuk persekitaran sosial) dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Berbudaya tinggi dan terpuji pula merujuk kepada kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang dipaparkan dalam kehidupan mereka. Bagaimanapun tamadun berbeza daripada budaya apabila dilihat dari dua keadaan berikut
a. Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh dan natijah budaya. Dengan pengertian lain sesuatu natijah budaya yang kekal lama dalam sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun. Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu natijah tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka telah jauh berbeza daripada keadaan silam. Cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan pula merupakan natijah budaya kerana telah mengalami banyak perubahan dalam tempoh seratus tahun ini.
b. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di rantau Melayu berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab sungguhpun mereka berada di bawah naungan ketamadunan Islam.
Tamadun dan Bangsa
Lazimnya sesuatu bangsa mempunyai pertalian yang rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu. Manakala tamadun pula bersifat universal melintasi sempadan geografi yang secara langsung melampaui batasan bangsa dan kebangsaan. Terdapat tamadun yang dibangun dan dimiliki oleh lebih daripada satu bangsa atau kaum seperti tamadun Barat yang mengandungi beberapa bangsa atau kaum di Eropah dan Amerika Utara. Manakala Tamadun Islam telah bangun dan berkembang dengan di latari oleh pelbagai budaya dan bangsa. Secara teorinya, tamadun dan bangsa mempunyai kaitan walaupun selalunya tamadun melampaui batasan kebangsaan. Namun demikian imej sesuatu tamadun itu banyak ditentukan oleh bangsa yang menerajui tamadun itu. Sebagai contoh yang dekat ialah tamadun Islam yang berkembang di Alam Melayu yang memperlihatkan imej dan citra keMelayuannya, pada waktu yang sama meletakkan Islam sebagai asas sistem nilai dan landasannya.
Hubungan antara tamadun dengan bangsa tidaklah begitu ketara sekalipun terdapat beberapa tamadun yang sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa seperti tamadun Cina dan tamadun India. Lazimnya sesebuah bangsa mempunyai pertalian yang rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu. Sebaliknya sifat tamadun melintasi sempadan geografi yang secara langsung melampaui batasan kebangsaan. Terdapat beberapa tamadun yang mengandungi lebih daripada satu bangsa seperti tamadun Barat yang mengandungi beberapa bangsa Eropah dan Amerika Utara. Tamadun dan bangsa sebenarnya tidaklah mempunyai kaitan yang jelas kerana selalunya tamadun melampaui batasan kebangsaan.
Thursday, 23 June 2016
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TEORI PEMUSATAN KLIEN
KELEBIHAN
- MENEKANKAN HUBUNGAN AKRAB ANTARA KAUNSELOR DENGAN KLIEN
- PENERIMAAN, KEJUJURAN, PENHARGAAN AMAT PENTING DALAM MEMBINA HUBUNGAN
- KLIEN IALAH RAKAN KONGSI PENUH DALAM HUBUNGAN DAN BUKAN HANYA SEBAGAI
- RAKAN YANG MERENDAH DIRI
KELEMAHAN
- TIDAK MEMPUNYAI SATU SET TEKNIK ATAU TATACARA YANG TERTENTU
- KURANG MENYEDIAKAN PANDUAN TENTANG CARA MEWUJUDKAN HUBUNGAN KAUNSELOR DENGAN KLIEN
PERKEMBANGAN TASSAWUR
PERKEMBANGAN TASSAWUR
Tassawur islam berkembang melalui cara yang sama dengan cara berdakwah yang telah di terapkan dalam agama islam itu sendiri. Dengan kata lain perkembangan tassawur islam ini juga boleh dikatakan dakwah islamiyah, iaitu mengajar serta memperingatkan semula kepada semua umat manusia tentang islam. Ini berlaku kerana manusia kini sudah alpa dengan agamanya, iaitu mengangap agama itu adalah perkara biasa. Salah satu sebab perkara ini sudah terjadi, kerana mereka hanya mengamalkan proses islam baka. Islam baka ini adalah islam hanya pada keturunan sahaja, sedangkan mana-mana umat islam perlu menguatkan iman mereka dengan pelbagai cara, proses ini adalah cara yang tidak bersesuaian dengan apa yang berlaku pada zaman kita. Walhal, kita perlu mencari dan mengkaji tentang agama islam sehingga akhir hayat seseorang, kenapa kita perlu melakukan ini, ia atas sebab kita dijadikan makhluk di muka ini sebagai khalifah. Apabila kita berada di zaman rasulullah ,apa-apa masalah kita boleh merujuk kepada baginda terus. Selepas kewafatan baginda kita boleh bertanya kepada para sahabat Rasulullah S.A.W. iaitu Saidina Abu Bakar , Saidina Umar, Saidina Usman, dan Saidina Ali.
Keempat-empat sahabat adalah boleh dijadikan sumber pertanyaan yang tepat selepas Rasulullah wafat. Saidina Abu Bakar al-Siddiq merupakan khalifah Al-Rashidin yang pertama. Beliau meneruskan system pengurusn negara sepertimana yang dipraktikkan oleh Rasulullah S.A.W. Khalifah berperanan sebagai ketua agama dan ketua negara (pengurusan dan pentadbiran). Saidina Umar al-Khattab dilantik sebagai ketua hakim dan pengagihan zakat. Selain daripada itu, Saidina Umar juga turut mengasingkan di antara kuasa kehakiman daripada kuasa pentadbiran dan pengurusan. Bagi Saidina Umar al-Khattab menggantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah al-Rashidin yang kedua. Beliau mengubah corak pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran daripada system yang dilaksanakan oleh Saidina Abu Bakar. Pengubahsuaian ini dilakukan bagi memudahkan lagi pengurusan dan pentadbiran negara sesuai dengan perkembangan kekuasaan negara islam dan pertambahan umat islam serta masalah dan kemaslahatan negara. Namun begitu, dasar yang digariskan itu tidak lari daripada menegakkan keadilan, kekuasaan dan pemerintahan mengikut syariah islamiah. Saidina Umar tetap mengekalkan konsep syura sebagai asas kepada pentadbiran dan pengurusan negara.
Seterusnya di sambung oleh Saidina Uthman al-Affan setelah Saidina Umar al-Khattab meninggal dunia, tampuk pemerintahan negara islam dipegang oleh Saidina Uthman al-Affan sebagai khalifah al-Rasyidin yang ketiga. Beliau mengambil langkah mengekalkan semua gabenor dan sebilangan besar pegawai tinggi kerajaan yang dilantik oleh Saidina Umar. Beliau juga meneruskan system pentadbiran dan pengurusan seperti yang diamalkan oleh Saidina Umar di samping terus mementingkan system syura seperti yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan dua orang Khalifah sebelumnya. Jasa besar Saidina Uthman ialah dialah yang melengkapkan penyusunan Al-Quran dan Al-Quran dinamakan Resam Uthmani. Khulafa yang keempat adalah sepupu baginda Rasulullah SAW iaitu Saidina Ali Abi Talib. Beliau merupakam Khalifah yang terakhir dan dalam melaksanakan sistem pentadbiran dan pengurusan negara , beliau mengikuti jejak langkah semua khalifah yang sebelumnya. Gabenor diberikan kuasa mutlak untuk mentadbir dan mengurus wilayah masing-masing, tetapi dengan pengawasan yang rapi. Semua gabenor dan pegawai tinggi kerajaan digalakkan menjalani cara hidup yang sederhana. Mereka juga diminta menggunakan kebijaksanaan dan sifat lemah lembut dalam menyelesaikan maslaha orang ramai.
Tassawur islam semakin kembang dengan perubahan corak pemerintahan berubah daripada sistem khalifah kepada baiah kepada sistem monarki yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi berikutnya yang berlaku semasa zaman Bani Umaiyah. Dasar penerapan tasawwur pada masa ini bersifat kekeluargaan dan meminggirkan sistem syura.
Seterusnya, pada zaman Bani Abbasiah pula meneruskan cara warisan keluarga. Namun begitu, zaman ini penyerapan tassawur lebih mendalam berbanding zaman Bani Umaiyah. Terdapat sistem yang rasmi dan sistem kehakiman pula disusun lebih teratur atau diperkenankan lagi. Apabila zaman tabi’ tabi’in ia disambung dengan tabi’ tabi’ tabi’in dan sehingga lah zaman ulamak dan hingga ke moden. Pengurusan tasawwur di Zaman Moden di polopori oleh Jamaludin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Pada masa ini, pemikiran pengurusan islam lebih condong atau cenderung untuk mengembalikan semula kegemilangan umat dan dunia islam yang agak suram kerana kesan imprealimse Barat yang menjajah sebahagian besar daripada negara islam. Penerapan tasawwur di zaman moden yang agak terkenal ialah Mu’in al-Din, Zahid Ali, Jurji Zaidan, S. Khuda Bukhsh, s.M. Imanuddin, Ali Nadwi dan Prof. Dr. Haron Din.
Objektif perkembangan tasawwur islam pada zaman moden ini ialah untuk menyingkap ketinggian sistem pengurusan islam yang pernah dilaksanakan sejak berabad-abad sebelumnya (di zaman kegemilangan umat islam), membersih, memperbaiki sistem berfikir dan cara hidup umat islam serta membuat pembaikan secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan umat yang telah terpengaruh dan terbelenggu di dalam pemikiran dan pengaruh penjajah barat. Tujuannya ialah untuk mengembalikan semula umat islam kepada jati diri yang unggul untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan kejayaan hidup di akhirat. Bermula dari wahyu Rasulullah SAW iaitu اقرا(baca) sehingga terjadi sebuah kitab suci Al-Quran agung yang menjadi segala rujukan dan panduan hidup di ikuti dengan Hadis. Setelah itu qiyas dan ijmak yang menjadi penyelesaian sesuatu masalah. Pemikiran pengurusan islam meliputi secara lengkap dan praktikal pada setiap etika dan tempat dalam segala bidang sama ada politik, pentadbiran, ekonomi dan kewangan, pendidikan, perundangan dan kehakiman, keselamatan dan ketenteraman serta dalam bidang sosial dan kemasyarakatan.
Secara umumnya dapat disimpulkan bahawa pengurusan tasawwur daripada segi teori dan praktiknya telah lama wujud sejak bermulanya tamadun manusia itu sendiri. Tasawwur islam meliputi dan mencakupi pelbagai bidang iaitu aspek politik, ekonomi, social, pendidikan, ketenteraan, perundangan dan sebagainya. Pada masa kini, sistem pengurusan Islam telah disusun lebih sistematik dengan wujudnya peradaban baru dalam ketamadunan kehidupan manusia.
Rujukan
Prof. Dr. Haron Din (1992) Cetakan pertama (Edisi Kedua) : HIZBI Sdn. Bhd.
Dr. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Dr. Ideris Endot, Anuar Puteh (2008) : Pusat Perkembangan Pendidikan : UKM Bangi
http://www.scribd.com/doc/52583066/Modul-Nota-Ringkas-Tasawwur-Islam#scribd
http://scholarsupportcolumn.blogspot.my/2012/05/ilmu-islam-dan-barat-satu-penelitian.html
Subscribe to:
Posts (Atom)