Friday, 21 July 2017

Signifikan kawalan sosial jenayah

SIGNIFIKAN KAWALAN SOSIAL JENAYAH


Kawalan sosial adalah aspek dalam masyarakat yang melindungi aturan moral. Kawalan sosial bermaksud percubaan masyarakat untuk meregulasi fikiran dan kelakuan ahli masyarakat. Roucek mengatakan bahawa kawalan ialah;


“ A collective term for those process, planned or unplanned, by which individual are thougt, persuaded, or compelled to conform to the usages and life-values of groups”
(Roucek, 1956:3)


Selain itu, kawalan sosial merujuk kepada;” Semua proses yang menyebabkan individu akur pada norma masyarakat termasuk undang-undang jenayah, pihak polis, mahkamah dan institusi tahanan”
(Rokiah Ismail, 2002: 89).

Kawalan sosial bersifat fungsional. Matlamat utama kawalan sosial ialah untuk menentukan kedudukan seseorang dalam kumpulannya melalui nilai dan folkways. Kawalan sosial mempunyai pelbagai fungsi seperti menghukum, mendisiplin, menangkis, membalas, memdidik, memulihkan dan mensosialisasikan.

 Terdapat dua jenis kawalan sosial iaitu kawalan sosial formal dan kawalan sosial tidak formal. Kawalan sosial formal melibatkan sistem tatacara dan sistem autoriti seperti peraturan, undang-undang dan peranan agen-agen seperti polis, mahkamah, pusat tahanan atau pusat kebajikan masyarakat (Rokiah Ismail, 2002: 90).

Kawalan sosial formal adalah dalam bentuk undang-undang yang telah diaktakan oleh pihak berkuasa. Ia bersifat rasmi dan perlu dipatuhi oleh penduduk di wilayah tersebut. Sistem keadilan jenayah adalah satu sistem kawalan sosial rasmi. Agen-agen kawalan sosial sistem keadilan jenayah bertindak balas terhadap pelanggaran undang-undang jenayah sahaja.

Antara komponen sistem keadilan jenayah ialah polis, mahkamah dan hukuman yang dikenakan terhadap pesalah (Fuller J.R, 1998). Setiap komponen dalam sistem keadilan jenayah mempunyai bidang kuasa tersendiri dan kuasa tersebut hanya sah dalam bidang-bidang yang diperuntukkan sahaja.

Polis merupakan agen kawalan sosial rasmi yang utama dalam masyarakat. Polis adalah penghubung antara masyarakat dan sistem keadilan jenayah. Di Malaysia, Kanun Acara Jenayah telah menggariskan tugas dan tanggungjawab pegawai polis iaitu setiap anggota polis hendaklah menahan berlakunya sebarang kesalahan yang lazim ditangkap, menyampaikan maklumat jenayah kepada ketua dan mana-mana pegawai yang tugasnya mencegah dan menjalankan tindakan kesalahan itu dan mencegah seseorang daripada merosakkan harta orang ramai (Mohd Reduan Aslie, 1990:309).

Agen kawalan yang seterusnya ialah mahkamah. Mahkamah merupakan tempat yang adanya kuasa dalam sistem keadilan jenayah. Selepas tangkapan oleh pihak polis dibuat, pesalah akan dihadapkan ke mahkamah untuk menentukan sama ada suspek bersalah atau tidak bersalah. Mahkamah menentukan bentuk hukuman yang akan dijatuhkan kepada pesalah dan membuat keputusan tentang bagaimana agensi keadilan jenayah lain mengurus bidang mereka. Mahkamah diwujudkan untuk meminimumkan konflik manusia.

Dalam masyarakat yang demokratik di mana ahlinya masing-masing secara bebas mengejar matlamat, mahkamah berfungsi sebagai forum pengantara di mana perbezaan dan ketidakpuasan hati disuarakan. Mahkamah juga berfungsi sebagai penegak keadilan. Tanpa mahkamah, manusia akan bertindak dan menghakimi orang lain dengan bebas.

Hal ini akan menyebabkan huru hara dalam sitem sosial manusia kerana manuasia bertindak sesuka hati. Oleh itu, mahkamah menyediakan perkhidmatan penting kepada komuniti dengan menginstitusikan konflik tersebut melaui satu prosedur dan forum yang dipersetujui bersama (Fuller J.R, 1998).

Setelah melalui prosedur di mahkamah, pesalah akan dijatuhkan hukuman. Terdapat empat jenis bentuk hukuman iaitu balasan (retribution), pencegahan (deterrence), pemulihan (rehabilition) dan mengawal (societal protection) (Lillyquist M.J, 1980).

Hukuman berbentuk balasan merupakan satu perbuatan balas dendam moral oleh masyarakat kepada pelaku akibat perbuatan yang telah dilakukannya. Pendekatan ini melihat masyarakat sebagai keseimbangan moral. Apabila keseimbangan ini terjejas akibat perbuatan jenayah, hukuman hendaklah dijalankan mengikut ukuran keteraturan moral. Di dalam hal ini, mangsa atau pihak mangsa jenayah boleh menuntut ganti atau pembalasan akibat perbuatan yang dilakukan oleh pesalah terhadap pihak mangsa.

Pencegahan atau deterrence adalah percubaan untuk mengurangkan penjenayahan melalui hukuman. Ini adalah respon daripada hukuman balasan yang berdasarkan idea Enlignment iaitu manusia adalah mahkluk rasional dan tidak akan melanggar undang-undang jika terlebih dahulu berfikir tentang akibat yang akan diterima jika melakukan jenayah. Hal ini menyebabkan seseorang individu itu dapat dicegah daripada melakukan jenayah.

Terdapat dua jenis pencegahan iaitu pencegahan individu dan penjegahan umum. Pencegahan individu ialah apabila seseorang itu melakukan jenayah dan ditangkap, individu tersebut insaf daripada melakukan perbuatan jenayah lagi kerana individu tersebut tahu akibat yang akan menimpanya jika dia melakukan kesalahan tersebut.

Pencegahan umum pula ialah masyarakat mendapat iktibar dan pengajaran daripada orang lain yang dihukum setelah melanggar undang-undang (Lillyquist M.J, 1980; Fuller J.R, 1998). Pencegahan umum dilihat pencegahan yang penting kerana ia signifikan untuk memastikan undang-undang berfungsi secara optimum.

Bentuk pemulihan ialah satu program yang membentuk kelakuan seorang pelaku daripada melakukan kesalahan berulang. Secara logiknya, jika pelaku boleh belajar untuk menjadi seorang devian, dia juga boleh belajar untuk mematuhi peraturan dan kunci utamanya adalah dengan mengawal persekitaran.

Dalam bentuk ini, pesalah disosialisasikan semula supaya diterima oleh masyarakat. Contohnya modifikasi kelakuan untuk golongan pesalah juvana (Siegal L.J, 2002). Jenayah dilihat sebagai masalah sosial atau masalah peribadi pelaku. Oleh itu, keadaan sosial diperbaiki dan rawatan diberikan kepada pelaku.

Langkah kawalan pula adalah pendekatan rasional untuk menghukum dan juga melindungi masyarakat daripada jenayah. Pesalah-pesalah biasanya diletakkan di penjara bagi mengawal keselamatan masyarakat dalam satu jangka masa yang ditetapkan. Ini membolehkan perbuatan jenayah pesalah akan terhenti serta -merta. Hukuman ini dalam kebanyakan kes adalah efektif.


Biodata Ibnu Khaldun

2.0 Biodata Ibnu Khaldun

Tokoh Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun (عبد الرحمن بن محمد بن خلدون الحضرمي) ataupun lebih dikenali dengan Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1332 - 1395.

Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir.

Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung.
Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "the Cruel of Castile".

Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387.
Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj.

Karya teragungnya iaitu Muqaddimah bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal (secara pengalaman dan kajian).

Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ibn Khaldun membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.

Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri.


Tambahan lagi, Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah.




ibnu khaldun.doc 

Sunday, 28 May 2017

PERBEZAAN DIANTARA PERHATIAN DAN PENGAMATAN



Di dalam suatu proses kognitif iaitu mengenai perhatian dan pengamatan, terdapat beberapa perkara yang ingin dikaji iaitu adakah terdapat perbezaan diantara kedua-dua perkara tersebut. Seperti yang kita ketahui kedua-dua perkara tersebut saling berkaitan diantara satu sama lain. Sebagai contohnya, apabila seseorang memberikan sesuatu perhatian terhadap sesuatu perkara secara tidak langsungnya proses penumpuan akan berlaku. Proses pengamatan pula berlaku apabila melibatkan penglihatan dan pendengaran yang di bawa ke otak.
            Dari segi definisi pula, perhatian ini adalah suatu proses kognitif yang menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara dan tidak menghiraukan perkara-perkara yang lain. Perhatian juga merupakan pemusatan atau konsentrasi dari seluruh aktiviti individu yang ditunjukkan kepada sesuatu atau sekumpulan objek. Manakala menurut William james (1890) pula adalah iainya bersifat terhad kerana manusia hanya mampu tertumpu pada satu perkara pada satu masa. Penumpuan itu juga adalah terpilih sifatnya kerana manusia boleh memilih tumpuan pada satu perkara. Definisi yang seterusnya pula adalah pengamatan. Menurut ruth strang, pengamatan ialah satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederiaan. Proses ini penting terutama sekali dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak.
            Dengan meneliti kedua-dua definisi tersebut secara keseluruhannya dapat kita simpulkan bahawa terdapat perbezaan diantara proses perhatian dengan pengamatan. Apa yang membezakan diantara kedua-duanya ialah proses perhatian ataupun penumpuan hanya berlaku dengan penggunaan deria penglihatan dan pendengaran sahaja. Sesorang individu itu akan memberikan perhatian kepada sesuatu yang diingini sahaja dan hanya mampu memberikan satu perhatian sahaja pada suatu masa. Selain itu, perhatian juga merupakan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang yang tertuju kepada suatu objek atau sekumpulan objek. Hanya perkara yang menarik minat sahaja akan diberikan perhatian sepenuhnya.
Seperti contoh didalam kelas, hanya pelajar yang meminati subjek sejarah sahaja akan memberikan perhatian terhadap guru yang mengajar subjek tersebut manakala pelajar yang tidak berminat dengan subjek tersebut tidak akan memberikan perhatian kepada subjek sejarah tersebut. Apabila pelajar tersebut tidak memberikan perhatian kepada subjek tersebut akan membuatkan pelajar tersebut lebih cenderung untuk mendapat markah yang rendah berbanding mereka yang memberi tumpuan sepenuhnya.
            Manakala dari segi pengamatan pula, ianya berlaku apabila proses perhatian telah berlaku dan diikuti dengan pengalaman seseorang dan juga rangsangan yang diterima. Kemudian rangsangan yang diterima tersebut dihantar ke otak untuk melakukan proses mentafsir, menyimpan atau menyatakan rangsangan itu sebagai gerak balas melalui pertuturan ataupun perlakuan fizikal, atau kedua-duanya sekali.
            Sebagai contoh, apabila seseorang individu tersebut memberi perhatian terhadap bunyi motorsikal . Apabila kita telah memberi perhatian terhadap bunyi suatu motorsikal itu, sudah tentunya kita telah menghafal bunyi yang dikeluarkan oleh motorsikal tersebut di samping mengingati bagaimana rupa bentuk motorsikal tersebut sesuai dengan bunyi yang dikeluarkan. Dengan pengalaman kita sebelum ini memberi perhatian terhadap bunyi sesuatu motorsikal tersebut, apabila kita mendengar sahaja bunyi motorsikal tersebut di suatu kawasan, secara automatiknya kita telah membayangkan rupa paras motorsikal tersebut di dalam minda kita.
            Secara kesimpulannya, apa yang membezakan diantara kedua-duanya ialah perhatian hanya berlaku sekiranya seseorang itu meminati sesuatu perkara tersebut dan proses perhatian hanyalah sekadar menerima maklumat sahaja tanpa mengeluarkan apa yang diterimanya. Berbeza pula dengan pengamatan, iaitu proses pengamatan berlaku apabila menerima sesuatu rangsangan terhadap deria dan mengeluarkannya melalui gerak balas, melalui pertuturan dan perlakuan fizikal.

DEFINISI PENGAMATAN



Pengamatan ialah hasil tindak balas keseluruhan sistem deria setelah menerima rangsangan daripada sumber lain. Pengamatan ini berkaitan dengan keupayaan pancaindera untuk menerima rangsangan, kemudian mengutuskannya melalui system saraf ke otak untuk diproses. Otak akan melakukan proses mentafsir, menyimpan atau menyatakan rangsangan itu sebagai gerak balas melalui pertuturan ataupun perlakuan fizikal, atau kedua-duanya sekali. Proses ini sangat kompleks kerana ketepatan tafsiran yang dibayangkan oleh perlakuan atau pernyataan pertuturan bergantung kepada keadaan normal pancaindera, system saraf dan otak. Keupayaan ini pula bergantung pada pengalaman, emosi, situasi dan akidah atau keimanan seseorang.
            Sekiranya gerak balas fizikal atau pernyataan pertuturan difahami oleh orang lain, maka pemahaman dan pembelajaran itu dikatakan berlaku. Oleh itu, kepekaan berlaku sekiranya rangsangan-rangsangan diterima oleh deria dan kemudian diutuskan ke otak untuk diproses sehingga mencetuskan makna, pemahaman atau pengetahuan yang diterima oleh perangsang dan masyarakat sekitarnya. Peringkat antara kepekaan dan pengetahuan inilah dikenali sebagai pengamatan.
            Teori yang dijelaskan menunjukkan bahawa jika rangsangan diamati dengan sempurna, ia akan menjadi pengetahuan atau pelajaran. Peringkat pembentukan pengamatan menentukan kualiti pembelajaran. Di samping itu, perlu diingatkan bahawa bukan semua deria peka kepada rangsangan. Walaubagaimanapun deria lebih peka kepada ciri-ciri seperti perubahan, pergerakan, saiz, ulangan, kekuatan, set, dan juga kontra.
            Ciri-ciri yang disebutkan diatas hendaklah dijadikan panduan semasa menyediakan alatan pembelajaran. Jika boleh setiap alat yang digunakan hendaklah mengandungi satu atau lebih dari segi ciri-ciri perubahan, pergerakan, saiz, ulangan, kekuatan, set dan kontra.
            Sesuatu yang diamati atau sesuatu pengamatan akan diproses melalui pancaidera, saluran saraf dan seterusnya diproses di dalam otak. Dengan ini sudah semestilah kecenderungan atau kekuatan bahagian-bahagian yang dilalui tadi akan mempengaruhi pengamatan seseorang. Oleh sebab itu, jika terdapat kecacatan pada salah satu bahagian tersebut, ini boleh menimbulkan salah pengamatan.

Tuesday, 27 September 2016

Tamadun Mesopotamia

Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun terawal didunia. Undang - undang dan cara kehidupan pada tamadun ini masih digunakan pada alaf baru ini.

Dimanakah lokasi tamadun Mesopotamia?

Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun paling awal. Mesopotamia dalam bahasa Greek bermakna tanah di antara dua sungai. Terletak di sungai Tigris dan Euphrates yang mengalir dari pergunungan Turki ke lembah Iraq hingga ke Teluk Parsi. Dikelilingi pergunungan Zagros di timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya dan teluk Paarsi di selatan.

Bilakah tamadun Mesopotamia berlaku?

Bermula daripada zaman Neolitik kemudian muncul kerajaan Sumeria, Akkad, Ur, Babylon, Kassities, Assyria,Chaldea dan Parsi. Selepas kerajaan Parsi maka runtuhlah kerajaan orang Mesopotamia.

 Proses pembentukan tamadun Mesopotamia.

1. Terbahagi dua iaitu utara dan selatan Bandar Baghdad.
2. Tamadun bermula di selatan iaitu Sumer.
3. Ia dimulakan oleh masyarakat Neolitik.
4. Kemudian orang Sumeria Berhijrah ke situ membina petempatan, bertani dan membina pengairan, sehingga berlaku lebihan makanan dan pertambahan pendudukan.
5. Daripada kampung akhirnya menjadi Bandar seperti Kish, Ur dan Mari yang terletak di sepanjang sungai dan terusan.

Ciri- ciri tamadun Mesopotamia.

1. Negara Kota :

Mempunyai kawasan utama – iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
Kubu pertahanan – lengkap dengan pelbagai pintu gerbang.
Dalam kota – ada istana, rumah kediaman, rumah ibadat, pasar dan jalan yang lurus dan lebar.
Pusat kota – ialah rumah ibadat.
Pengangkutan – seperti kapal, pedati dan keldai.
Hubungan luar – melalui jalann laut, Bandar dan negara kota.

2. Organisasi sosial :

Terbahagi dua iaitu pemerintah dan rakyat .
Pemerintah terdiri dari raja , ketua pendeta , ketua tentera , dan bangsawan .
Rakyat terbahagi dua iaitu rakyat bebas ( seperti petani , artisan , pedagang ) dan hamba (tawanan perang ) .

3. Sistem pemerintahan :

Berbentuk Teokrasi – raja dianggap tuhan ,wakil tuhan dan pemilik negara kota .
Walau bagaimanapun mereka tidak menyembah raja , kecuali raja Raja Naramsin di Akkad yang menganggap dirinya terlalu agung bergelar “ Raja Empat Penjuru Alam .
Raja menjadi ketua pentadbir , ketua tentera , ketua pendeta .
Raja juga menjadi ketua agama dan beliau melantik keluarganya memegang jawatan di Zigurat .
Zigurat ialah pusat ibadat , perdagangan ,dan menyimpan khazanah negara .
Raja turut dalam soal tanah , cukai, pertanian ,dan perniagaan .
Raja dibantu oleh bangsawan yang ada ikatan keluarga .

4. Pengkhususan kerja :

Ia berlaku kerana wujudnya lebihan pertanian .
Maka ada petani bertukar kerja menjadi perniaga , pedagang .
Mereka berniaga hingga ke Lembah Indus .
Perdagangan penting kerana kurangnya hasil bahan mentah .
Maka logam , kayu – kayan , emas ,dari luar kerajaan ditukarkan dengan hasil pertanian mereka .
Terdapat juga pengusaha tekstil , tembikar dan tukang rumah kesan pertambahan penduduk .
Ada juga rakyat yang menjadi tentera mempertahankan negara kota daripada musuh .

5. Sistem Tulisan :

Ia bermula dalam bentuk gambar .
Kemudian berbentuk simbol yang ditulis di atas tanah liat kerana tiada kertas .
Tulisan ini berbentuk pepaku dikenali sebagai cuneiform .

e) Apakah sumbangan tamadun Mesopotamia .

1. Kod Undang –undang Hammurabi :

Ia digubaloleh Rja Hammurabi pemerintah Babylon .
Ia berteraskan hak rakyat terhadap keadilan .
Hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat .
Ia dipahat pada tembok dan tiang besar .
Ia menjadi dasar perundangan tamadun Mesopotamia .
Undang –undang ini mengelakkan masalah pelbagai kaum dan susun lapis masyarakat dan membawa perpaduan .

2. Hasil Tulisan :

Melahirkan jurutulis yang merekodkan urusan pentadbiran dan perniagaan – lengkap dengan resit , nota dan surat kredit
Lahirnya epik Gilgamesh – hasil sastera mengenai falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia .

3. Ilmu pengetahuan :

Ilmu astronomi – pencerapan pergerakan bulan ,bintang ,matahari telah memperkembangkan ilmu matematik seperti tambah , tolak , darab ,dan bahagi .
Ilmu Astronomi membantu mereka menggunakan jalan laut.
Kalendar mereka berasaskan system solar (12 bulan satu tahun ).
Ilmu perubatan – mementingkan kesihatan tentera menggunakan ubatan herba . Ramuan perubatan dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya dan cara mengubatinya telah dicatatkan .

4. Pengangkutan :

Roda menghasilkan kereta kuda untuk perang dan ketika aman pula ia digunakan sebagai kincir air untuk pertanian dan mengawal banjir .
Kapal layar dan kenderaan roda menghubungkan mereka dengan wilayah di India dan Laut Mediterranean .

5. Seni bina :

Mereka membuat batu –bata dari tanah liat .
Mereka mencipta arca seperti patung raja Gudes .
Arca dan tiang batu ada pada bangunan Zigurat .

6. Empayar pertama dunia :

Raja Sargon membina kerajaan Akkad (empayar pertama dunia )yang menyatukan wilayah –wilayah kerajaan Sumeria .
Beliau juga membentuk masyarakat berestika .

7. Perpustakaan diraja :

Dibina oleh Ashurbanipal di Bandar Nineveh .