Friday, 21 July 2017

PENGIKUT DAJJAL


Seperti yang kita ketahui mengenai Dajjal bahawa dia adalah seorang yahudi, sudah tentunya pengikut utama Dajjal juga merupakan seorang yahudi dan juga turut diikuti oleh pelbagai agama-agama lain yang terdapat di muka bumi ini.

            Diantara kelompok yang ramai menjadi pengikut Dajjal ialah diantara kaum wanita kerana kaum wanita lebih mudah terpedaya dengan kata-kata Dajjal. Terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan tentang pengikut Dajjal diantaranya ialah menurut Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya “ Dajjal akan datang ke kawasan di Marr Qana’ah (sebuah lembah di Madinah). Dia datang dari Thaa’if. Kebanyakan yang keluar mengikutinya adalah kaum wanita, sehinggakan orang-orang lelaki mendatangi isterinya, ibunya, saudara perempuannya dan mengikat mereka kerana bimbang mereka akan mengikuti Dajjal. ” ( Hadis Riwayat Ahmad ).
           
Selain itu, kebanyakan pengikut Dajjal juga adalah suku Badui iaitu orang-orang yang tinggal di padang pasir sebagai pengembala kerana mereka adalah manusia yang kurang cerdik iaitu mengikuti sahaja kebohongan-kebohongan dan tipu daya Dajjal.

            
Demikianlah,syaitan-syaitan hidup berdampingan dengan manusia di rumah-rumah mereka, makan bersama dan tidur bersama, dihormati. Mereka tidak takut sama sekali terhadap manusia setelah mereka berjaya menyesatkan manusia sehingga mereka mengikuti Dajjal dan mengakuinya sebagai tuhan yang dapat membangkitkan orang-orang mati.

No comments:

Post a Comment